KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Ahad, 30 Januari 2011

CONTOH REFLEKSI JURNAL MINGGUAN



REFLEKSI 
Banyak kerja-kerja pengurusan yang terpaksa diselesaikan.

· Kerja bertimbun. Antara kerja yang perlu saya selesaikan ialah merancang web master sekolah, membuat dan menyemak soalan ujian diagnostik Jawi, terlibat sebagai AJK kantin sekolah, membuat rancangan tahunan pendidikan Islam tahun satu, merancang dan menyediakan kelengakapan praktikum, merancang dan menyediakan pengajaran dan pembelajaran sekolah.

· Fikiran saya menjadi buntu. Kerja yang mana satu harus diselesaikan. Keadaan ini membuatkan fikiran saya kusut dan saya berada dalam keadaan tertekan.

Menguruskan hiasan di bilik j-QAF

· Alhamdulillah, kami diperuntukkan sebuah bilik untuk kelas pemulihan jawi. Bilik ini terletak di bangunan lama bahagian belakang sekolah. Bilik ini perlu dihiaskan dengan cantik dan ceria. Perlu ada sedikit pelaburan kewangan daripada semua guru j-QAF demi memastikan bilik ini ceria dan menarik. Kami bersetuju mengumpul duit untuk menghias bilik ini. Walaubagaimanapun masalah kewangan membantutkan usaha kami.

Masalah peribadi saya sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi pengajaran antara masalah-masalah saya ialah:

· Kewangan. Kedudukan kewangan saya sedikit terdesak kerana isteri baharu sahaja melapor diri di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Gombak, Selangor. Biasanya, bagi guru baru tempoh pelunasan gaji adalah tiga bulan dan keadaan ini amat menghimpit saya.

· Masa. Masa saya banyak dihabiskan atas jalan raya. Ini kerana saya terpaksa mengambil isteri yang pulang sekolah pada pukul 6.30 petang. Saya turun rumah pada pukul 6.00 petang dan biasanya akan pulang pada pukul 8.00 malam.

· Kepenatan. Keadaaan ini amat memenatkan saya. Pengajaran dan pembelajaran tetap kena rancang.

Jalan penyelesaian:

· Saya perlu membuat jadual kerja yang terancang dan tersusun.

· Saya akan curi masa untuk tidur sekejap untuk merehatkan badan. Saya juga akan bangun malam untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah.



Masalah pengajaran dan pembelajaran:

· Jadual yang padat

Pada awal tahun, saya diberikan jadual oleh pihak pentadbiran sekolah. Masa yang diperuntukkan amat banyak iaitu 31 waktu seminggu. Keadaan ini tidak sesuai kerana saya sekarang sedang menjalani praktikum. Waktu praktikum hanyalah 12 jam seminggu. Untuk itu, saya mesti menyediakan dua buku rekod pengajaran. Satu untuk pihak sekolah dan satu lagi untuk memenuhi penyeliaan praktikum. Kerja pun jadi berganda. Pada waktu-waktu begini, masa amat bernilai bagi saya. Saya jadi berkira tentang masa. Saya rasa begitu sibuk sekali. Alhamdulillah, selepas kedatangan pegawai daripada PPD Daerah Petaling, beliau mengarahkan pihak sekolah supaya memperuntukkan masa mengajar 25 waktu seminggu kepada guru-guru j-QAF yang masih dalam kursus. Saya merasa sedikit lapang. Saya sudah mempunyai kelapangan untuk merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar serta menguruskan hal-hal praktikum.

· P & P terganggu dengan urusan sekolah. Saya selalu dijemput untuk membaca doa dalam sesuatu majlis. P& P saya terganggu sering kerana urusan tersebut. Saya membuat aduan kepada guru pembimbing mengenai masalah ini. Guru pembimbing akan cuba menanganinya.

· Masa P & P yang tidak praktikal. Masa selepas rehat dan masa sebelum pulang. Pada waktu ini, masa P & P sering keciciran. Masa sebenar P & P hanyalah 15 minit untuk satu waktu. Ini kerana masa selepas rehat telah dicuri oleh perhimpunan di dewan terbuka dan perjalanan masuk murid-murid ke kelas masing-masing. Masa sebelum balik sekolah pula terhakis oleh keadaan murid yang sudah tidak sabar untuk pulang. Semangat belajar mereka juga kurang dan guru terpaksa banyak menggunakan masa untuk mengawal tingkah laku mereka.

· Pelajar selalu bertukar kelas. Ujian KIA 2M akan menentukan kedudukan pelajar di sesebuah kelas. Selepas ujian dijalankan, mereka akan diasingkan kelas mengikut pencapaian masing-masing. Keadaan ini menyulitkan saya kerana terpaksa membentuk kumpulan murid yang baharu dan mengubah data-data murid yang telah disediakan.

CONTOH REFLEKSI PRAKTIKUM

MINGGU PERTAMA

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan praktikum selama 12 minggu pada semester kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam  proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah.

Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satu semester  yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan sekolah selama dua minggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu. Namun begitu hati saya turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan berjumpa dengan guru besar yang baru. Setelah melaporkan diri di pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah diminta untuk menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di  Dataran Bestari.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima memo untuk meggantikan kelas yang ketiadaan guru sementara menunggu guru penolong kanan menyusun jadual untuk saya nanti. Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki kelas secara tiba-tiba merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk berdepan dengan murid-murid. Terdetik juga di hati bagaimana agaknya keadaan murid kelas ketika itu... Saya kuatkan semangat untuk berdepan dengan karenah murid yang pelbagai.

Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal. Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan. Sukarnya seorang guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi dengan masalah suara saya yang kurang kuat menyebabkan beberapa kali saya cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid agar diam. Terasa betapa peritnya keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah. Kelas pada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan sesama murid.

Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk menggantikan guru yang tidak hadir. Lain kelas lain kerenah murid-muridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula lebih gemar bertanya dan bersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya mengadakan sesi teka teki. Semua soalan yang ditanya kebanyakkannya semua dapat dijawab dengan banyak jawapan. Terlintas difikiran...bijak juga murid-murid kelas ni....

Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam hati berkata bagaimana pula dengan murid-murid dari tahun 4 pula? Macamana aku nak kawal murid-murid dari tahun 4? Tahun 5 pun boleh tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi Tahun 4 kelas yang dikategorikan tahap sederhana. Bagi mengawal kelas dari terus membuat bising saya telah mengarahkan agar murid-murid membersih dan mengemas meja mereka mengikut susunan yang betul. Akhir sekali saya telah mengajak mereka bersama untuk menyanyikan lagu ”Goreng Pisang” bersama-sama. Ternyata mereka semua terhibur.

Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen yang diperlukan.

MINGGU KEDUA


21 Julai 2008 (Isnin)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.25 pagi – 1.15 petang

Hari ini merupakan hari yang kedua aku akan diselia oleh guru pembimbingku iaitu En. Suzili bin Mohamed. Walaupun pernah melalui pengalaman diselia kali pertama namun aku tetap berdebar juga sehingga berpeluh-peluh terutamanya semasa melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah. Aku cuba mententeramkan diriku agar sentiasa bertenang dan alhamdulilah aku dapat melaksanakan segala aktiviti pengajaran dengan lancar.

Namun disebabkan aku terlalu leka dengan memberi penerangan pada langkah pertama menyebabkan pengurusan masaku untuk langkah-lanagkah seterusnya terpaksa dipendekkan. Walaupun begitu objektif yang dirancangkan tetap tercapai dengan jayanya. Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sepanjang proses p&p berjalan.

Setelah selesai penyeliaan aku sempat bertemu dengan guru pembimbingku untuk mendapatkan komen-komen dari beliau. Ternyata anggapanku tepat iaitu kelemahan dari segi pengurusan masa.

Aku akan cuba menepati setiap masa yang telah aku ranacangkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi akan datang.
  
22 Julai 2008 (Selasa)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.15 pagi – 1.15 petang

Sepatutnya pada hari ini akau juga akan diseliakan oleh guru pembimbingku bagi kali pertama bagi opsyen minorku iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti biasa aku menuggu guru pembimbingku masuk ke kelas tetapi guru pembimbingku tidak masuk juga. Aku meneruskan sesi pengajaranku seperti biasa walaupun persediaan telah dibuat.

Pada sesi p & p pada hari ini aku telah meracangkan pengajaran tajuk yang baru bagi unit yang ke sembilan iaitu Tema Kebudayaan. Murid-murid begitu berminat dan seronok mendengar aku memberikan penerangan tentang kepelbagaian jenis tarian yang terdapat di Malaysia. Objektif pengajaranku pada hari ini adalah untuk mengajar murid-murid menyatakan isi tersurat dan juga isi tersirat berdasarkan gambar rajah yang terdapat di dalam buku teks.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan pencapaian murid-murid yang dapat mencapai hasil pembelajaran pada akhir sesi p & p. Sebagai menguji kefahaman mereka aku telah memberikan tugasan kepada mereka untuk membuat ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan dalam buku teks.

Aku pulang pada jam 1.30 petang.
  
23 Julai 2008 (Rabu)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.25 pagi – 1.15 petang

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu hari ini merupakan hari pertama aku akan diseliakan oleh pensyarah pembimbingku iaitu Dr. Rashidah bt. O.A Rajak. Takut, gementar, malu dan semuanya berkecemuk dalam diriku. Tak tergambar dalam hatiku seakan mahu terluruh jantungku...

Aku cuba menguatkan diriku..beristighfar kepada Allah Ta’ala agar dapat menenangkan diriku. Mungkin disebabkan aku tidak yakinkan diri untuk melaksanakan pengajaranku terutamanya semasa dalam kelas 5 Gigih yang aku rasakan susah untuk aku mengawal keadaan kelas tersebut. Ternyata pada permulaan pengajaran aku begitu gugup dalam memberikan penerangan kepada murid-murid.

Satu kesilapan yang aku lakukan adalah semasa pembahagian tugasan kepada murid-murid di mana aku telah meletakkan terlebih awal kad tugasan di dalam kotak menyebabkan murid-murid tidak lagi mendengar arahan dariku..Ini merupakan percubaan pertamaku dalam pembahagian kad tugasan kepada setiap kumpulan. Sebelum ini tidak aku lakukan pada mana-mana kelas. Namun pada kelas ini ku lakukan sebagai menjimatkan masa dan dalam mengawal keadaan murid agar tidak bergerak ke sana ke mari bertanya apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Harapanku pada kelas ini agar mereka tidak membuat bising dan merebut-rebut untuk mendapatkan kad soalanku.. Ternyata rancanganku menjadi sebaliknya..

Komen-komen dari pensyarah pembimbingku aku jadikan pedoman dan panduan kepada rakan seperjuanganku yang akan diseliakan pada keesokan harinya agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Pengalaman pertama diselia oleh pensyarah dan juga nasihat yang diberikan akan aku terapkan bagi mengatasi segala kelemahanku sebelum ini dan akan kujadikan segala komen-komen yang membina dari pensyarah pembimbingku sebagai panduan untuk aku merancang dan melaksanakan p &p pada sesi pengajaran yang akan datang.
  

24 Julai 2008 (Khamis)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi – 2.15 petang

Kelasku pada hari ini bermula pada jam 12.35 tengahari iaitu waktu terakhir sekali sebelum sesi pembelajaran pada hari tersebut tamat. Pada waktu pagi yang senggang itu aku cuba menambah sedikit sebanyak dalam penyediaan bahan-bahan sumber yang akan digunakan pada sesi p & p di dalam kelas nanti.

Murid-murid begitu seronok untuk berlakon. Berebut-rebut mereka apabila aku meminta beberapa orang murid untuk melakonkan watak yang telah aku rangkakan. Boleh dikatakan secara keseluruhannya objektif pengajaran pada hari ini mencapai objektif yang diingini.

Pada hari ini juga selepas waktu sekolah aku telah dijemput untuk menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang akan diadakan di bilik gerakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan berkenaan dengan peranan dan tugas-tugas ahli jawatankuasa sempena sambutan Israk Mikraj yang akan diadakan pada 30hb Julai ini dan juga Khemah Ibadah dan Motivasi Anak Soleh yang akan diadakan pada 2hb Ogos sehingga 3hb Ogos ini. Keterlibatan semua guru termasuk aku dan rakanku juga perlu dalam menjayakan lagi program ini.

Aku pulang jam 2.15 petang setelah mesyuarat tamat.
  
26 Julai 2008 (Sabtu)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi – 1.15 petang

Hari ini kelas ganti diadakan bagi menggantikan hari persekolahan yang diambil sempena cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan Oktober nanti. Kelas ganti pada hari ini akan menggunakan jadual pada hari Isnin. Kelas pada hari berjalan seperti biasa walaupun ada segelintir murid-murid yang seakan tidak bersemangat untuk belajar pada hari cuti minggu. Pengajaranku pada hari ini adalah di kelas 5 Gigih bagi mata pelajaran Kajian Tempatan dan kelas 5 Harmoni bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Pencapaian objektif menjadi keutamaanku bagi kedua-dua kelas tersebut. Walaupun masa yang singkat bagi pengajaran Kajian Tempatan bagi kelas 5 Gigih lantaran kelas bermula selepas waktu rehat dan murid-murid mengambil masa yang lebih sebelum masuk ke kelas. Masa pengajaran hanya tinggal cuma 15 hingga 20 minit sahaja. Namun begitu aku cuba juga untuk membolehkan murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang diajar.

Manakala kelas 5 Harmoni merupakan kelas yang tiada masalah bagi diriku untuk mengawal keadaan kelas. Kerana mereka semuanya agak berdisiplin semasa di dalam bilik darjah. Pengajaranku berjalan dengan lancar dan semua aktiviti yang telah aku rangka dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
  
1. Masalah
Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah  di mana murid-murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam bilik darjah.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari  p & p  yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan menggangu proses pembelajaran mereka.

3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:
(a)   Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah.
(b)   Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.
(c)   Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar dapat menarik minat murid-murid  belajar dan terus seronok mengikuti sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.
(d)   Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik darjah.

4. Tempoh masa
Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada minggu-minggu yang seterusnya.


5. Penilaian kejayaan
Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat murid-murid  dari sebelumnya.


6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.


MINGGU KETIGA

28 Julai 2008 (Isnin)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi – 1.30 petang




Proses p & p pada hari ini berjalan seperti biasa di kedua-dua kelas iaitu kelas 5 Gigih dan kelas 5 Harmoni. Bagi kelas 5 Gigih objektif yang dirancangkan sesuai dengan masa yang dirangka. Boleh dikatakan objektif yang ingin dicapai telah tercapai dengan jayanya, walaupun tidak banyak aktiviti berkumpulan dapat dilaksanakan ekoran masa yang singkat iaitu tidak sampai setengah jam ekoran kelambatan murid-murid yang masuk lambat ke kelas selepas waktu rehat.

Manakala bagi kelas 5 Harmoni sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan menyeronokkan di mana kedua-dua objektifnya tercapai. Suasana dan keadaan murid yang cerdik dan mudah mendengar arahan memudahkan aku untuk mengawal keadaan bilik darjah dan ini sekaligus melancarkan lagi proses p & p berjalan dengan lancar.

Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan sesi p & p pada hari ini.


29 Julai 2008 (Selasa)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi – 1.30 petang


Pada hari ini saya tidak mempunyai rancangan p & p ekoran aku telah menukarkan jadual dengan guru pembimbingku, cikgu Suzili kerana bagi memudahkan kepada pensyarah pembimbingku untuk datang menyeliaku bagi matapelajaran minorku iaitu Bahasa Melayu. Biasanya matapelajaran Bahasa Melayu pada hari Selasa, kali ini aku telah menukarkannya pada hari Khamis.

Namun begitu, masa yang ada aku gunakan sebaik mungkin untuk merangka rancangan pengajaran pada keesokkan harinya.


30 Julai 2008 (Rabu)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi – 2.00 petang

Pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertmepat di dewan terbuka Sek. Seksyen 6 Kota Damanasara telah diadakan satu majlis sambutan sempena Israk mikraj yang jatuh pada hari Rabu bersamaan dengan 27 Rejab 1429 iaitu tarikh berlakunya peristiwa israk dan mikraj ini. Semua murid dari tahun 1, 4, 5 dan 6 terlibat dalam mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kelas bagi proses p & p di 5 Gigih tidak dapat dilaksanakan ekoran murid-murid terlibat dengan majlis tersebut sehingga jam 9.35 pagi.

Namun begitu masa yang tinggal cuma 10 minit aku gunakan untuk mengawal keadaan murid yang tidak terkawal ketika baru memasuki ke kelas sementara menunggu guru seterusnya masuk ke kelas tersebut. Pada hari itu juga aku telah dijemput oleh anak muridku untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir dirinya. Terasa diri ini disayangi dan disukai oleh murid kerana sudi menjemputku dan merupakan antara tiga guru yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis sambutan kecil harijadi di dalam kelas sewaktu waktu rehat.

Kelas yang kedua bagi p&p yang seterusnya adalah di kelas 5 Jujur bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Proses p & p berjalan dengan lancar dengan objektif tercapai dan murid-murid tekun dalam mendengar penerangan dariku berkenaan dengan sejarah pembukaan Kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga dengan aktiviti berkumpulan yang dijalankan ternyata murid-murid seronok berbincang bersama-sama rakan mereka. Bagiku apa yang penting murid-murid seronok belajar dan objektif dapat dicapai dengan jayanya.

30 Julai 2008 (Khamis)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi – 1.30 petang


Kelasku pada hari ini bermula pada jam 8.15 pagi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 5 Harmoni. Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Bagiku perancangan yang dirangka untuk mata perlajaran Bahasa Melayu berbeza dengan mata pelajaran Kajian Tempatan dan juga Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Di mana Bahasa Melayu memerlukan ketig-tiga kemahiran bahasa diterapkan kesemua bagi satu sesi p & p  iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis. Aku cuba menerapkan kesemua kemahiran bahasa ini dalam kelas 5 Harmoni dan diharapkan kesemua murid mendapat kesemua kemahiran tersebut. Secara keseluruhannya objektif yang dirangka mencapai objektif yang telah dirangkakan.

Kelas yang terakhir ialah kelas bagi mata pelajaran Kajian Tempatan di kelas 5 Gigih. Murid-murid seperti tidak dapat dikawal lantaran mereka tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah maklumlah waktu terakhir pembelajaran menyebabkan keadaan mereka tidak terkawal. Aku cuba mengawal dan mententeramkan keadaan pelajar. Setelah itu barulah sesi p & p dapat dilaksanakan walaupun seketika cuma.

Aku pulang pada jam 1.30 tengahari.

1 Ogos 2008 (Jumaat)
Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara
7.20 pagi – 12.15 Tengahari

Pada hari Jumaat jadual saya tidak mempunyai sebarang kelas pengajaran dan pembelajaran. Masa yang terluang aku ingin memanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti penyediaan bahan-bahan bantu mengajar yang akan ku gunakan pada pengajaran yang akan datang.

Pagi itu juga kami berdua berbincang dalam merangka rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk minggu hadapan.

Sesi pembelajaran pada hari Jumaat tamat pada jam 12.00 tengahari bagi memberi laluan kepada guru-guru lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

1. Masalah
Masalah kali ini adalah berkisarkan  kepada gangguan semasa sesi p & p berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk  bilik darjah.


2. Analisis
Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga mahu ke koperasi sekolah untuk membeli peralatan alat tulis dan sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.

3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud iaitu:-
(a)  Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p berjalan.
(b)  Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.


4. Tempoh masa
Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1 minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti.


5. Penilaian kejayaan
Di dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta izin untuk keluar telah berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p & p.


6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.





KAEDAH METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN


TAJUK 1.1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                     AL-QURAN

1.1.1     Kaedah Talaqqi Musyafahah
1.1.2     Kaedah Tasmik
1.1.3     Kaedah Tadarus
1.1.4     Kaedah Tikrar
1.1.5     Kaedah  Imla’i
1.1.6     Kaedah Baghdadiah
1.1.7     Kaedah Iqra’
1.1.8     Kaedah Qiraati
1.1.9     Kaedah Hattawiah
 1.1.1.  KAEDAH TALAQQI  MUSYAFAHAH

Pengenalan

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. 

Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.  Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan.  Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. 

Talaqqi
Talaqqi pada bahasa :  pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Talaqqi pada Istilah   :   Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari
                                            pergerakan dua bibir.
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru,
                                          melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya.  Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid...

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah

1.      Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
2.      Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3.      Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4.      Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan  besar kepada murid.
Objektif

  1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
  2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
  3. Membaca dengan betul dan fasih.
  4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri

       1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
       2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
       3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
       4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
       5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1.         Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2.         Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3.         Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4.         Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5.         Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6.         Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7.         Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid
            mengikut)
8.         Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran
 membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan
naqib di bawah pengawasan guru.
9.         Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun
 dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10.       Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad
imbasan.  Guru menulis di papan tulis.
11.       Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di
papan gulung, manila kad atau sebagainya.  Pemulihan boleh dilakukan
secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12.       Penilaian -  guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa
ayat.  Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam
ayat.
13.       Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak
sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu
berikutnya. 
  

1.1.2.  KAEDAH TASMIK

Pengenalan

Bacaan  adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca  mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar.

Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan.  Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru.  Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan.  Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

Objektif

  1. Mengetahui pencapaian murid.
  2. kenal pasti tahap pencapaian.
  3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
  4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
  5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan

  1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.
  2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
  3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.


Kekuatan
  1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
  2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
  3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.
  4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat
5.   Guru dapat mengesan  kelemahan bacaan murid.







1.1.3.  KAEDAH TADARUS

Pengenalan

Pada bahasa : Belajar mengajar
Pada Istilah  : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat
                       yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang.  Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu.  Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan.  Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya.  Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.


 Objektif:
  1. Meningkatkan kemahiran sesama murid
  2. Guru dapat memantau pencapaian murid.
  3. Murid mendapat keyakinan diri.
  4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.


Prinsip

1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.
2.  Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3.  Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4.  Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.
                     
Pelaksanaan :
  1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.
  2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat kemahiran.
  3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.
  4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
  5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.


Kekuatan

  1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.
  2. Pengajaran dan Pembelajaran  secara aktif
  3. Berani mencuba
  4. Membina keyakinan diri.






1.1.4.  KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan)

Pengenalan

Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali
Pada Istilah   :                         Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untukmenguatkan
ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.  Selepas guru membaca, murid-murid ikut.  Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain.  Murid-murid membaca secara kelas.  Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja.  Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif:
  1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.
  2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal.
  3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

Pelaksanaan:
  1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
  2. Memastikan tahap kebolehan murid.
  3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
  4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
  5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan:
  1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
  2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
  3. Dapat membina keyakinan diri murid.


1.1.5.  KAEDAH IMLA’I

Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu.  Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut.  Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.

                                        
1.1.6.  KAEDAH BAGHDADIAH

Pengenalan

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.   Kaedah tersebut  memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam.  Kaedah Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman.  Hanya pada tahun 1990  an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.
                                           
Kaedah Baghdadiah

Kaedah Baghdadiah ini umumnya  menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut.  Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan cara menyebut nama huruf dari    ا    hingga   ي    secara latih tubi hingga hafaz.  Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.  Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya.  Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya.  Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata.  Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.  Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`.  Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha.  Walaupun murid-murid itu belum mengenal huruf-huruf  hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek.  Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

Panduan kaedah Baghdadiah

1.         Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari  ا  hingga  ي    secara latih tubi
sehingga hafaz.
2.         Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
3.         Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di
            atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
4.         Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan ا  dan 
            ي   serta membunyikannya.
5.         Murid diajar mengeja huruf    ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.
6.         Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf  ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan “  كم  serta membunyikannya.
7.         Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.
8.         Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih.  Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
9.         Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
10.       Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas  hingga an-Naba`. 
 11.      Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-
            Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu
            menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.


1.1.7.  KAEDAH IQRA`

Pengenalan

Kaedah Iqra` diasaskan oleh Ustaz As`ad Humam dari Jogjakarta, Indonesia.  Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu.  Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra` tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau di depan.  Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid.

Panduan mengajar buku Iqra` 
Buku  Iqra`
Panduan












Buku Iqra` 1
1.  Kaedah mengajar:
     1.1  Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah
            cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
     1.2  Guru menyemak seorang demi seorang
     1.3  Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.
2.  Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi
     ulasan.
3.  Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan
     betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.
4.  Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang
     pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu
     memperbetulkannya dengan segera dan jelas.
5.  Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf
     tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara
     berikut:
5.1     Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan
sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (زَ ), guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (رَ) dan sekiranya murid-muridmasih lupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar.
6.  Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf
     fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja
     yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-
     murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu
     seperti:
شَ سَ ضَ ظَ زَ عَ ذَ قَ اَ خَ
7.   Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
      ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
      berkenaan.
8.   Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.








Buku Iqra` 2
1.  Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam
     pengajaran buku 2.
2.  Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi
     semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.
3.  Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang
     disambung, contohnya:  بَصَرَ ، بَ  diawal,  بَ  خَطَبَ  di akhir
صَبَرَ،     بَ    di tengah kerana biasanya murid-murid sudah 
     boleh memahami dan membacanya.
4.  Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
     supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
5.  Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara
     putus-putus.
6.  Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru
     tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur
     mengapa dibaca demikian.









Buku Iqra` 3
1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8
     juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk 
     buku Iqra` 3.
2.  Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang
     sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya
     maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus.
     Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.
3.  Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar
     diikuti
     oleh murid-murid.
4.  Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah
     yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti:    وَمَا
     ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh
     diulang lagi.









Buku Iqra` 4
1.  Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,
     nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh
     digunakan untuk buku 4.
2.  Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf
     (sila rujuk buku 1 ms 32)                                              
3.  Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah
     atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan
     yang keliru itu sahaja.
4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah
     dengan singkatan :                                               قطــب جــــــد
5.  Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
     yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
     minat murid-murid.
6.  Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
     (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
     membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
     ulang kemudian baru diamati, contoh:
                                      تـــَـكَ     تـَــــكَ    تــــَكْْْ 








Buku Iqra` 5
1.  Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6,
     buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh
     diikuti dalam buku 5.
2.  Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya
     digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami
     maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada
     murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
3.  Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
     yang sama taraf pencapaiannya.
4.   Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid
     seperti:
     Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid-
     murid dapat menguasai bacaan dengan betul.
5.  Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai
     dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
     murid.







Buku Iqra` 6
1.  Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,
     nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan
     buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi
     buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6,
     hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.
2.  Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun
     panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah
     dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah
     mereka membaca bahagian seterusnya.
3.  Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan,
     walaupun dengan bacaan tartil.
4.  Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak
     langsung berdasarkan praktik bacaan.



Aplikasi Iqra`
Buku Iqra`
Aktiviti


Buku Iqra` 1
1.  Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
     buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2.  Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
     ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
     berkenaan.



Buku Iqra` 2
1.  Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam
     buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2.  Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
     supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
3.  Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan
     menggunakan  rentak nasyid/lagu agar lebih jelas
     perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:
                                        نَـانَنـَـا  نَنــَانَ نَنَنــَانَ نَنــَا نَنــَانَ




Buku Iqra` 3
1.  Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas,
     bawah dan depan.
2.  Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf
     mad  اْ  dan huruf mad يْ                                                   
3.  Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf
     mad اْ       ي ْ  ،dan huruf mad    وْ.











Buku Iqra` 4
1.  Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan
     depan.
2.  Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya
     Berbaris  di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah.
3.  Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya
     berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris
     di atas.
4.  Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati
     sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan.
5.  Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi.
6.  Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah.
7.  Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
     yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
     minat murid-murid.
8.  Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
     (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
     membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
     ulang kemudian baru diamati, contoh:
                                      تـــَـكَ     تـَــــكَ    تــــَكْْْ 

















Buku Iqra` 5




















1.  Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak
     dibunyikan ms 1-2: وَالـــــحمد      مـَـا اكتسبت             
2.  Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3-
     5: ءَامِينَ          نَستَعِينَ         
3.  Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas
     dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua
     harakat ms 6 : أَبـــَــدًا         وَزنـــــًا       
4.  Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha
     Sakinah ms 7-8 : ءَانيةٍ         حَاميَةً    
5.  Tanda bacaan panjang  (~ ) lebih dari dua harakat ms8
           لآاَعبُـــدُ         
6.   Nun dan mim syaddah نّ  مّ  dibaca dengung dua harakat
      ms 10 .
7.   Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung
      dua harakat ms 11 :خَيـــرُُ ُ  نِّســــَــاءُ ُ      
8.   Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif
       lam tidak dibaca ms 12-13 :وَالــــــــــنَّاسِ       
9.   Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah
      bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms
      14-18:    كَبـــَّرَ           بــَدَّلَ    
10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua
      harakat ms19-21 :    عَـــلَيــهِم  بِــالاِســـمِ
11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf
      lam dibaca tebal ms 22 :   وَاللَّــــهُ    
12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf
      lam dibaca nipis ms 23:                                                لِلَّـــــهِ
13. Huruf nun atau tanwin bertemu   ل dan ر   bacaannya
      Tidak didengungkan ms 24-25:    مَن رَّءَاى   خََيرُ ُ لَّك    
14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah
      dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27:    وَلآالــضَّــآ لِّيــنَ
15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
      yang sama taraf pencapaiannya.
16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
      beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
      murid.
Buku Iqra` 6
1.  Huruf  nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya
     hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 :   خَيرُ ُ وَأَبقى
2.  Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah
     dibaca dengung kadar dua harakat.  Dengungnya ditukar
     kepada mim yang ringan ms 7-9:    مِن بَــعضِ
3.  Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf  ikhfa`
     hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat
     ms11-18 :    مِن جُوع
4.  Tanda-tanda wakaf ms 19-20
5.  Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 .
6.  Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
     yang sama taraf pencapaiannya.
7.  Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
     beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.


1.1.8.  KAEDAH QIRAATI

Pengenalan

Kaedah Qiraati disusun pada tahun 1963 oleh Hj. Dachlan Salaim Larkasyi dari Indonesia.Ia diterbitkan paa 1Julai 1996,Kaedah ini mengandungi dua bahagian buku iaitu Qiraati untuk kanak-kanak dan Qiraati untuk dewasa. Qiraati untuk kanak-kanak mengandungi lima buah buku dan sebuah buku Gharib tentang kaedah Rasm Othmani. Qiraati untuk dewasa mengandungi tiga buah buku, Setiap bahagian diajar secara bacaan Al-Quran melalui mushaf dan tajwid.

Panduan mengajar kaedah Qiraati

Buku  Qiraati
Panduan


                          Buku Qiraati 1

1.  Kaedah mengajar:
     1.1  Menyebut huruf Hijaiyyah tidak
            berbaris            
     1.2  membaca huruf berbaris  atas
     1.3  membaca huruf-huruf sambung
            baris atas       

                         




Buku Qiraati 2
1.    Membaca huruf berbaris fathah dan kasrah, fathah dhummah dan kasrah
2.    Membaca huruf berbaris dhummah bersuara “ U “
3.    membaca baris  dua di atas “ fathatain “ bersuara “ An”
4.    Membaca baris dua di  bawah “ kasratain “ bersuara “ In”
5.    Membaca baris dua di hadapan “ Dhummatain “ bersuara “Un”
6.    Membaca huruf Ta’ Ta’nis atau Ta’ Marbutah.
7.    Mengenal Mad Asli
8.    Membaca Alif kecil dibaca dipanjang seperti alif besar
9.    Baca huruf alif kasrah diikutiya sukun
10.  Membaca huruf baris dhommah diikuti wau sukun .





Buku Qiraati 3
1.    Menerangkan bacaan huruf yang berbaris dhommah diikuti
      huruf wau yang ada huruf alif atau yang tidak ada huruf alif  
      bacaannya sama panjang.
2.    Fathah diikuti alif kecil kasrah diikuti ya kecil dan dhommah diikuti wau kecil 
3.    Huruf lam sukun supaya ditekan bacaannya.
4.    Huruf alif lam sukun dibaca seperti lam sukun .
5.    Huruf mim sukun tidak boleh  dibaca dengung.
6.    Baris dhommah diikuti oleh huruf wau bersuara “U”, dibaca panjang.





Buku Qiraati 4
1.    Membaca nun sukun dengan dengung.
2.    Baris  tanwin dibaca dengung seperti nun sukun sebab bunyi suaranya sama.
3.    Mad wajib Muttasil dibaca panjang dengan kadar 21/2 alif.
4.    Huruf alif dibaca tanpa ada suara panjang.
5.    Nun bertasdid dibaca dengung dengan kadar panjang 1 alif.
6.    Mim bertasydid dibaca dengung dengan kadar1 alif.
7.    Huruf bertasydid ditekan bacaanya.
8.    Huruf bertasydid didahului oleh ali lam, huruf alif lamnya tidak dibaca.
9.    Huruf wau bertanda bulat, huruf waunya tidak dibaca.
10.  Mim sukun tidak dibaca dengung melainkan mim sukun berhadapan dengan mim dibaca dengung.
11.  Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan mim suara nun sukun atau tanwin berubah mejadi suara mim sukun.
12.  Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan lam maka suara nun atau tanwin bertukar menjadi suara lam.







Buku Qiraati  5
1.    Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf wau maka suara nun sukun atau tanwinnya dimasukkan ke huruf waudan dibaca dengung.
2.    Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ya maka suara nun atau tanwin masuk ke dalam huruf ya dan dibaca dengung.
3.    Fathatain ada alif kecil wakafnya dibaca panjang selain fathatain wakafnya dibaca sukun.
4.    Sebelum lafaz Allah didahului kasrah maka dibaca dengan Tarqiq (nipis), jika didahului fathah atau dhommah maka dibaca dengan Tafkhim (tebal).
5.    Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ba,maka suara nun atau tanwinya bertukar kepada huruf mim sukun.
6.    Mim sukun bertemu huruf ba, bibaca dengung.
7.    Huruf ba sukun, dal sukun, jim sukun, To sukun  dan Qaf sukun maka dibaca melantun. 



1.1.9.  KAEDAH HATTAWIYAH

Pengenalan

Kaedah ini diperkenalkan oleh Drs. Haji Mohd Usman dari Riau Sumatera.  Beliau berpengalaman dalam bidang tilawah al-Quran selama 30 tahun.  Beliau menggunakan konsep mempelajari al-Quran secara cepat yang dikenali sebagai Kaedah Hatawiah.  Kaedah ini merupakan kaedah terkini sesuai, ringkas dan praktikal.  Seseorang itu boleh membaca al-Quran dalam tempoh 4 1/2 jam atau selama 6 kali belajar, khasnya kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi.  Kaedah ini juga sesuai untuk mengajar saudara baru.

Panduan mengajar Kaedah  Hattawiyah


Buku Hattawiyah

Panduan Mengajar



Buku  1
     1     Halaman 1- 14 tidak perlu diajar. Ia
            hanya untuk pengetahuan guru
            sahaja.
  1. Pengajaran dimulakan dengan doa dan dimulakan dari muka surat 15.
  2. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf  “ L “ dalam rumi dan huruf “  " ل al – Quran.
  3. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “ل "
  4. Pelajar  menyebut berulang-ulang.
  5. Guru memperkenalkan cara penyambungan huruf “ ل
  6. Guru memperkenalkan tanda bacaan  A, I dan U
      
Arab
Rumi
          _____
          _____
          _____

       A
        I
        U

  1. Guru  mengaplikasikan cara mengeja dan menyebut.
  2. dilatih tubi secara berkumpulan dan individu,
  3. Guru memperkenalkan tanda tambah ( ____) dan ganda  (____)
     

  _________

  _________

  Tambah

   Ganda

  1. Guru mengaplikasikan cara mengeja dan membaca tanda tambah dan ganda.
  2. Latih tubi secara berkumpulan dan individu.
  3. Guru memperkenalkan tanda tanwin(  ____    _____    _____ )
    
   Arab
Rumi
     _____

     _____

     _____

            AN

             IN

             UN
  1. Guru mengaplikasikan cara mengeja dan tanda tanwin.
  2. Latih tubi secara berkumpulan dan individu.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Kaedah ini.
     1. Aktiviti mengeja hanya boleh
         diaplikasikan sehingga muka surat
        19 sahaja.
      2.  Pastikan pelajar dapat menguasai
           halaman demi halaman dengan
           lancar sebelum berpindah halaman.
  1. Perlu memperkenalkan huruf mudah disebut selari dengan huruf Hijaiyah.
  2. Perlu mengecam bunyi huruf rumi diganding dengan huruf Hijaiyah.
  3. Perlu kuat pengecaman bunyi dengan membayangkan bunyi huruf hijaiyah.
  4. Jumlah huruf yang diperkenalkan bergantung kepada jumlah murid dan masa.
  5. Guru perlu memberi penekanan kepada pelajar tentang bacaan mengikut asas-asas hukum tajwid tanpa menyebut nama hukum.








Buku 2
      1.   Guru meminta murid  membaca
            surah al-Fatihah.
  1. Guru membimbing murid membaca
      surah al-Baqarah dengan lancar.
  1. Guru memperkenalkan hukum–hukum tajwid iaitu Mad asli dan hukum Nun mati dan Tanwin.
  2. Guru mengaplikasikan hukum tajwid yang telah dipelajari dalam bacaan hingga mahir sebelum pindah ke hukum lain.
  3. Guru memperkenalkan hukum mim mati serta mengaplikasikannya dalam bacaan sehingga mahir.
  4. Guru memperkenalkan hukum Mad Far’ie serta mengaplikasikannya dalam bacaan sehingga mahir.
  5. Guru memperkenalkan tanda waqaf.
  6. Aktiviti berpusatkan murid sepenuhnya.
  7. Murid yang tidak hadir dalam satu sesi mesti digugurkan dari kumpulan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...