Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Memaparkan catatan dengan label KURSUS INDUKSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KURSUS INDUKSI. Papar semua catatan

Sabtu, 13 November 2010

DASAR-DASAR KERAJAAN

TUGASAN 2
KOMPONEN II: DASAR-DASAR KERAJAAN
Tugasan 2a

Semasa pemerintahan pihak British, sistem pendidikan vernacular yang telah dilaksanakan telah menimbulkan pelbagai masalah, khasnya masalah perpaduan negara. Oleh itu, perjuangan ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan telah dimulakan sejak merdeka melalui Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961), agar matlamat perpaduan negara dapat dicapai.

(i)          Huraikan strategi-strategi pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan yang dapat mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu.

(ii)        Sebagai guru, huraikan peranan-peranan yang boleh anda laksanakan untuk menyumbang ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar anda.













(i)            Huraikan strategi-strategi pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan yang dapat mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu.

Pengenalan:
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta  Pelajaran  1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat seperti yang dinyatakan dalam:-

“ Tujuan dasar pelajaran didalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa didalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.”
                                                                                    (Penyata Razak, Perenggan 12)

“ Satu daripada kemahuan dasar pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ini ialah mengubah corak Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa caranya supaya sempurna perkara ini ialah dengan jalan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah.”
                                                                                    (Penyata Razak, Perenggan 115)

“ Memeriksa akan dasar pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang dan mengesyorkan  sebarang perubahan kepadanya atau menyesuaikan dengannya yang mana wajib, dengan tujuan hendak menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan yang munasabah yang dapat diterima oleh rakyat didalam Persekutuan Tanah Melayu ini amnya dan dapat memenuhi kemahuan mereka serta menggalakkan kemajuan mereka sebagai suatu bangsa  didalam bidang kebudayaan masyarakat, ekonomi dan politik, dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu  itu bahasa kebangsaan  negeri ini dan dalam pada itu memelihara bahasa dan kebudayaan lain-lain bangsa yang ada didalam negeri ini.”
                                                                                    (Penyata Razak, Perenggan 1(a))

            Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan Negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Oleh kerana masyarakat Malaysia  berupa masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya menangkis gejala-gejala yang boleh memecah belahkan rakyat seperti gejala perkauman, keturunan, ugama, bahasa, perasaan kedaerahan dan lain-lain lagi.
            Untuk mencapai matlamat perpaduan negara ini melalui sistem pendidikan, Penyata Razak telah menggariskan dua aspek utama, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan. Oleh itu, bagi tujuan untuk menjamin pencapaian matlamat perpaduan melalui bidang pendidikan, maka kedua-dua aspek tadi perlulah diteliti secara lebih terperinci dengan memberi tumpuan kepada aspek berikut:-
·         Sistem Persekolahan
1.   Struktur masa persekolahan dan penjurusan
2.   Rancangan alih bahasa
3.   Peperiksaan yang sama
4.   Pengurusan dan pentadbiran secara berpusat
5.   Pengelolaan sekolah-sekolah swasta
6.   Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran
·         Kurikulum
1.   Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama
2.   Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan
3.   Buku-buku teks
4.   Pendidikan Sivik
5.   Pendidikan ugama, moral dan etika
6.   Pembentukan displin
7.   Kegiatan ko-kurikulum.

Kesan dari Penyata Razak ini, banyak perubahan-perubahan telah dibuat oleh menteri-menteri pelajaran Malaysia demi untuk mencapai perpaduan kaum. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah merupakan kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang menyedarkan banyak pihak tentang betapa pentingnya perpaduan kaum di Malaysia.

Struktur masa persekolahan dan penjurusan.
            Menyeragamkan waktu persekolahan diseluruh Malaysia. Walau bagaimanapun pihak pengurusan sekolah masih boleh menambah waktu persekolahan mengikut keperluan dengan persetujuan pihak berkuasa. Penjurusan murid mengikut tahap pencapaian dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang oleh guru mengikut tahap murid-murid tersebut.

Peperiksaan yang sama.
            Semua murid diwajibkan mengambil peperiksaan yang sama dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menjalankannya. Mengikut Akta Pelajaran 1961, Lembaga Peperiksaan adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan-peperiksaan awam di Malaysia sama ada dikelolakan sendiri atau dengan kerjasama badan-badan peperiksaan luar negara.

Pengurusan dan pentadbiran secara berpusat.
            Sistem pentadbiran pendidikan negara ialah sistem pusat. Struktur pentadbirannya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat negeri dan peringkat sekolah. Sekolah-sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) diletakkan dibawah pentadbiran satu bumbung. Walau bagaimanapun masih ada sekolah yang mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah yang mengurus sekolah tetapi tertakluk kepada pengurusan pusat.

Pengelolaan sekolah-sekolah swasta.
            Mengikut peruntukkan Seksyen 44 dalam Akta Pelajaran 1961, semua sekolah swasta mesti berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dengan syarat-syarat tertentu. Murid-murid disekolah swasta ini mengambil peperiksaan yang sama dengan murid-murid disekolah bantuan penuh kerajaan disamping peperiksaan-peperiksaan yang dianjurkan oleh sekolah itu sendiri.
            Murid-murid disekolah swasta disyaratkan supaya mengikuti kurikulum dan peperiksaan yang sama seperti mana yang diduduki oleh murid-murid disekolah bantuan penuh kerajaan seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia. Disamping itu sekolah-sekolah swasta juga boleh menyediakan murid-murid untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan seperti berikut:
·         Sijil Perdagangan Malaysia
·         City and Guilds of London Institute
·         London Chamber of Commerce and Industry
·         Council of Legal Education of London

Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama.
            Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang dapat membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Dalam konteks Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara disamping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Murid-murid sekolah dari semua kaum dan lapisan masyarakat mengikuti kurikulum yang seragam, melalui sukatan pelajaran yang sama kandungannya, kegiatan luar bilik darjah yang sama, mengambil peperiksaan yang sama dalam bahasa penghantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia.
            Bahasa Malaysia dijadikan satu matapelajaran wajib disemua peringkat dan jenis sekolah dan kelulusan dalam matapelajaran ini adalah syarat utama untuk mendapatkan kelulusan dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM sehingga sekarang. Dengan itu Bahasa Malaysia memainkan peranan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam proses untuk mencapai perpaduan negara yang dicita-citakan.

Buku-buku teks.
            Buku-buku teks yang digunakan disekolah diselaraskan dengan terbentuknya Unit Biro Buku Teks di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran pada 15 Mei 1967. Unit ini berfungsi untuk menilai buku-buku teks bagi semua matapelajaran yang diajar disekolah rendah, dikelas peralihan hingga ketingkatan lima disekolah menengah. Selain memastikan ia mematuhi sukatan pelajaran, buku-buku teks itu juga hendaklah mematuhi kehendak dan kepentingan Rukunegara, ditulis dalam bahasa yang baik dan dipersembahkan mengikut prinsip pembelajaran yang berkesan. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan dikehendaki menggunakan hanya buku Kementerian Pelajaran yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, manakala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Menengah Kebangsaan (Ugama) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dibenarkan memilih satu judul daripada beberapa judul yang telah diperakukan.
            Untuk menjamin kualiti penilaian buku-buku teks, adalah diperakukan bahawa langkah-langkah diambil supaya Biro Buku Teks ini bebas sama sekali dari sebarang tekanan atau kuasa dalam urusan nya menilai buku-buku teks yang bakal digunakan disekolah-sekolah. Penghasilan buku-buku teks oleh penulis-penulis yang terlibat dalam pengurusan biro ini adalah dilarang sama sekali.

Pendidikan ugama, sivik, moral dan etika.
            Pendidikan Ugama Islam adalah diwajibkan kepada semua murid Islam yang berugama Islam. Akta Pelajaran 1961, Seksyen 36 (1), menentukan bahawa pendidikan Ugama Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam sekiranya terdapat 15 orang atau lebih disesebuah sekolah. Sementara Pendidikan Ugama Islam diwajibkan kepada semua murid Islam, pendidikan ugama lain tidak boleh dipaksakan kepada murid-murid lain yang bukan penganutnya kecuali dengan persetujuan bertulis daripada ibubapa mereka.
            Pendidikan Ugama Islam bertujuan mewujudkan masyarakat berdisiplin dengan nilai akhlak yang tinggi. Unsur disiplin dan nilai akhlak ini merupakan asas yang kukuh bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, kerana Pendidikan Ugama Islam menanamkan nilai-nilai dan sikap hidup yang baik serta membentuk kelakuan yang bersopan santun dan hormat menghormati diantara satu sama lain.
            Objektif utama matapelajaran Sivik adalah untuk menyemai,menanam dan memupuk semangat cintakan negara, sifat bertimbang rasa dan toleransi, sikap berdikari,jayadiri dan semangat mahu dan sanggup memahami masalah-masalah masyarakat serta bersedia untuk bertindak dan melibatkan diri bagi menyelesaikan masalah-masalah itu. Sukatan pelajaran Sivik disemua sekolah adalah diasaskan kepada Rukunegara dan Perlembagaan Malaysia.






(ii)          Sebagai guru, huraikan peranan-peranan yang boleh anda laksanakan untuk menyumbang ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar anda.

JAWAPAN

Peranan yang boleh saya mainkan dalam menyumbang kepada semangat perpaduan di kalangan pelajar ialah dengan pembentukan disiplin dan kegiatan ko-kurikulum.

Pembentukan disiplin.
            Salah satu daripada matlamat pendidikan adalah melahirkan individi-individu yang berdisiplin. Mereka yang berdisiplin sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi pendidikan dan sosial serta negara. Disiplin diri adalah penting dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat yang bertata susila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
            Disiplin seseorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Persekitaran dan masyarakat juga mempunyai pengaruh terhadap pembentukan disiplin seseorang murid. Masyarakat dan persekitaran murid diluar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid.
·         Disiplin dan Masyarakat
Untuk mewujudkan dan mengembangkan disiplin yang diingini dikalangan murid-murid, penglibatan ibubapa secara aktif adalah diperlukan. Hubungan yang rapat diantara sekolah dengan rumah dan masyarakat membolehkan  wujudnya hubungan timbal balik diantara guru dan ibubapa. Justeru itu kedua-dua pihak dapat berusaha untuk mengatasi masalah murid-murid secara bersama dan berkesan. Usaha ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG).
·         Disiplin dan Perpaduan Negara.
Disiplin dan perpaduan negara  merupakan faktor-faktor penting dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang dicita-citakan. Ini boleh dicapai dalam aktiviti perhimpunan mingguan yang diadakan disekolah dimana nyanyian lagu kebangsaan dan aktiviti menaikkan bendera adalah asas penting dalam pembentukan disiplin dan perpaduan negara serta menyemaikan perasaan cintakan negara.
·         Disiplin di Sekolah
Diperingkat sekolah, pelaksanaan dan penyerapan disiplin itu dilakukan dengan dua cara:-
1.    Dengan cara langsung – apabila disiplin dikenakan dari luar
2.    Dengan cara tidak langsung – apabila disiplin disemai dan dihayati.
Semenjak 1956 pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan berbagai-bagai surat pekeliling mengenai peraturan-peraturan yang perlu dilaksanakan disekolah, namun konsep disiplin mengalami perubahan dari masa kesemasa. Pemansuhan hukuman dera adalah bukti perubahan ini. Perubahan ini mempunyai implikasi yang tersendiri apabila sikap sebilangan guru menganggap bahawa disiplin adalah tanggungjawab sebilangan guru sahaja. Ini adalah merbahaya dan merugikan kerana peraturan sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya jika seorang atau beberapa orang guru sahaja yang memikul tanggungjawab tersebut. Disamping itu ada juga guru yang kurang memberi sumbangan dalam pembentukan persekitaran pendidikan yang baik disekolah.

Kegiatan ko-kurikulum.
            Kegiatan ko-kurikulum adalah penting disemua peringkat persekolahan. Kegiatan ko-kurikulum dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, unit beruniform, kelab atau persatuan dan sukan. Semua murid diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kelab atau persatuan dan mana-mana satu aktiviti sukan.
            Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan, bekerjasama dan bertolak ansur diantara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang sosial dan ekonomi yang berbeza. Ia juga bertujuan melatih murid berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi.
·         Unit beruniform
Kegiatan unit beruniform disekolah adalah penting untuk menyemai sikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan kecekalan dikalangan murid. Untuk meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam unit beruniform ini, guru-guru juga dilatih dalam bidang ini.
·         Kelab dan Persatuan
Matlamat penubuhan sesebuah persatuan atau kelab adalah untuk menggalakkan murid-murid berkenalan sesama sendiri, memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan juga membolehkan murid mencapai kemahiran dalam sesuatu bidang atau hobi.
·         Sukan dan Permainan
Sukan adalah merupakan satu saluran yang berkesan untuk menanam semangat kesukanan, memupuk persefahaman serta perpaduan dikalangan murid
            Salah satu contoh program yang dilaksanakan ialah RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan). Ianya adalah satu program perkhemahan yang menghimpunkan perbagai bangsa untuk saling kenal-mengenal dan berinteraksi antara satu sama lain. Program ini dapat merapatkan hubungan dan mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama rakyat Malaysia.
            Kesimpulannya, Malaysia perlu mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu berteraskan kepada Rukunegara. Dalam masyarakat yang bersatu padu, setiap individu wajib mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia yang sanggup mengenepikan unsur-unsur perkauman yang boleh memecah belahkan masyarakat. Usaha berterusan dan sikap rakyat Malaysia sendiri adalah penting untuk mengekalkan perpaduan kaum yang telah wujud sejak sekian lama untuk kesejahteraan generasi yang akan datang.

JAWAPAN TUGASAN KISSM SOALAN 2a

TUGASAN 2
KOMPONEN II: NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Tugasan 2a
Ali guru lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia di ibu kota. Beliau telah ditempatkan disalah sebuah sekolah di kawasan luar Bandar. Beliau mendapat tahu bahawa guru yang ditempatkan diluar Bandar sering merungut tentang tugas dan persekitaran kerja yang kurang menyeronokkan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah beliau dapat menerapkan suasana keseronokan bekerja sebagai salah satu elemen dalam tonggak 12. Berikan contoh-contoh yang sesuai.

JAWAPAN

Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
Dalam kes Ali, pertama, beliau hendaklah menjadikan kerja sebagai suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran. Kedua, kerja itu hendaklah dijadikannya sebagai  cabaran yang bukan saja memerlukan daya usaha tetapi juga pemikiran dan kreativiti. Beliau patut merasakan bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan sumbangan yang amat besar untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya beliau akan merasa puas kerana sumbangan kecil beliau itu telah berjaya membangunkan negara.
Ketiga, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh agar dapat diiktiraf sebagai pakar dalam bidangnya yang tersendiri dan menjadi rujukan kepada rakan-rakan yang lain. Apabila beliau menganggap kerja itu sebagai domain atau pengkhususan maka dengan sendirinya beliau akan menjadi pakar yang diiktiraf oleh semua. Perkara-perkara ini akan menghasilkan keseronokan kepada Ali dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru.
Sebagai contoh, setiap kali Ali keluar rumah dan ingin melangkah ke sekolah, beliau patut menerapkan ke dalam diri niat yang baik untuk mendidik anak bangsa, ikhlas kerana Allah SWT. Disusuli dengan doa yang baik dan diredhai Allah. Amalan positif ini akan menimbulkan sikap dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggung jawab dan ikhlas dalam setiap kerja yang dilakukan dan apabila dilakukan secara berterusan akan menghasilkan keseronokan berkerja kepada dirinya.
Keseronokan bekerja sebenarnya lahir daripada sikap yang positif terhadap sesuatu tugas dan sesuatu tugas itu dihasilkan daripada inisiatif diri sendiri. Sebagai contoh, Ali dipertanggung jawabkan menjadi guru untuk persatuan pengakap sekolah. Perkara pertama yang beliau perlu lakukan ialah terima tanggung jawab tersebut dengan hati yang terbuka dan cuba lakukan yang terbaik terhadap tugasan itu. Jangan ada suatu perasaan negatif yang menolak dan alasan-alasan yang merupakan dalih untuk mengelak tanggung jawab tersebut. Perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan berusaha mendapatkan nasihat atau tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman mengendalikan persatuan. Ini akan menjadikan kerjanya lebih mudah dan seronok dilaksanakan.
Kerja akan menyeronokkan juga jika beliau berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru. Selain itu, untuk menjadikan Ali seronok bekerja, beliau hendaklah diberitahu oleh pihak pengurusan sekolah bahawa kerjanya itu penting dan membantu sekolah meningkatkan pencapaian pelajar. Sekiranya kerjanya dilihat bermutu dan berkualiti,  pengiktirafan sepatutnya diberi  oleh pihak sekolah. Jika ada sebarang kekurangan dari segi kemahiran akan dibaiki dengan latihan dari semasa ke semasa.
Seterusnya, kerja tidak akan membosankan jikalau Ali mendapatkan ganjaran yang setimpal dengan kerjanya. Kerja akan menjadi menyeronokan sekiranya hasil kerja diberi pengiktirafan, sama ada dalam bentuk surat pujian, hadiah atau pemberian cuti khas. Contohnya, guru besar memberi anugerah pekerja cemerlang kepada Ali pada tahun tersebut memandangkan Ali telah berjaya melahirkan 100%  pelajar yang lulus cemerlang dalam pelajaran matematik yang diajarnya di sekolah itu.
Selain itu, daya kreativiti dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif seseorang itu perlulah sentiasa didedah dengan perkembangan baru dalam bidang kerjanya. Sebagai contoh, Ali telah menggunakan pendekatan mengajar dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau menggabungkan teknik multimedia dan kaedah biasa dalam pengajarannya. Beliau mendapati murid-murid seronok untuk belajar dan ini memberikan lebih motivasi kepadanya untuk lebih bersemangat dalam kariernya.
Dalam mencari keseronokan bekerja, beberapa perkara perlu dielakkan agar tidak menjadi penghalang antaranya menganggap kerja sebagai beban, tidak komited, sentiasa mengharap dorongan oleh ketua, tidak diberi masa yang mencukupi, kerja tidak diiktiraf, hanya menunggu arahan, tidak berdisiplin, tidak suka menolong, tidak diberi tanggungjawab yang mencabar, tiada peluang untuk meningkat, tidak dipercayai dan selalu dicurigai.
            Seseorang yang menganggap kerja sebagai beban tidak akan bersemangat untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Ini akan menimbulkan rasa jemu dan bosan. Perkara yang menyebabkan bekerja itu tidak mendatangkan keseronokan ialah persekitaran yang tidak kemas, rakan sejawatan yang tidak bekerjasama dan ketua yang tidak menghargai kerja adalah di antara beberapa keadaan yang tidak mendorong seseorang itu bekerja dengan baik. Selain itu, tabiat "hanya menunggu arahan" adalah contoh kurang disiplin dan tidak bertanggungjawab. Inisiatif dan daya kreatif boleh membuat seseorang merasai keseronokan semasa bekerja.
Ketua juga berperanan penting dalam menghsilkan keseronokan bekerja. Ketua yang selalu mencurigai kepemimpinan dan kebolehan pekerjanya akan menimbulkan rasa terasing di kalangan pekerja. Ketua seumpama ini tidak cekap dan tidak ada daya kepemimpinan yang baik. Hal-hal yang mengganggu kerja dan mengakibatkan pekerja menjadi bosan, marah dan tidak berminat ialah:
(i) Gangguan terhadap kerja yang sedang berjalan dihentikan kerana mengutamakan kerja-kerja berupa ad hoc,
(ii) Ketua yang selalu mengubah-ubah keputusan atau membuat perubahanperubahan dengan mendadak,dan
(iii) Pihak atasan yang mahukan hasil kerja dengan segera yang menyebabkan kerja itu menjadi tidak sempurna.

Rasa terasing yang dirasai oleh pekerja itu perlu dikikis kerana ia tidak mendatangkan semangat kerjasama. Rasa terasing akan menimbulkan sifat rendah diri yang tidak sihat dari segi pemupukan semangat berpasukan dan motivasi untuk meningkatkan produktiviti. Pegawai dan kakitangan yang tidak suka membantu biasanya akan diasingkan oleh rakan-rakannya. Selain itu dia sendiri tidak akan dibantu dalam tugas-tugasnya walaupun dalam hal peribadinya. Pegawai dan kakitangan yang selalu merasai jemu terhadap kerja dan lesu semasa membuat kerjanya adalah akibat sikap negatif terhadap kerja. Kerja dianggap tidak penting, diiktiraf dan mendatangkan sebarang keuntungan. Oleh itu, Ali perlu mengelakkan dirinya daripada ganguan-ganguan ini yang menghalangnya daripada merasai keseronokan bekerja.

JAWAPAN TUGASAN KISSM SOALAN 1B

TUGASAN 1
KOMPONEN I : PERINTAH-PERINTAH AM


Tugasn 1b

Cik Z seorang kerani di salah sebuah jabatan kerajaan sering menerima gangguan seksual dari salah seorang pihak pentadbirnya. Gangguan tersebut telah menimbulkan perasaan serba salah, terancam serta kesan-kesan negatif yang lain ke atas dirinya.


(i)            Berdasarkan Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatertib) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Tahun 2005, huraikan kategori dan bentuk perlakuan gangguan seksual yang dihadapi oleh Cik Z.


(ii)          Nyatakan tindakan yang sepatutnya diambil oleh ketua jabatan bagi mengelakkan gangguan seksual ini dari berlanjutan.











(i)            Berdasarkan Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatertib) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Tahun 2005, huraikan kategori dan bentuk perlakuan gangguan seksual yang dihadapi oleh Cik Z.

Gangguan seksual bermaksud sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal. Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tidak terhad kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. Ia merentasi jurang gender dan status.
Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan dan keduanya gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi.
Gangguan seksual yang berbentuk ugutan memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.
Gangguan seksual berbentuk ancaman kepada ketenteraman peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitu juga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.
Antara tingkah laku yang diklasifiksikan sebagai gangguan seksual ialah; pertama, secara lisan iaitu gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan dan
bunyi yang bersifat seksual. Kedua, bahasa isyarat iaitu isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai gangguan seksual. Ketiga, secara visual iaitu menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi. Keempat, secara psikologi iaitu gangguan secara psikologi ini boleh muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. Kelima, secara sentuhan fizikal iaitu terdapat gangguan secara sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk,mencium dan serangan seksual seperti meraba.
            Keadaan seperti di atas adalah dianggap sebagai satu kesalahan di dalam perkhidmatan awam dan ianya boleh dikategorikan sebagai bentuk-bentuk gangguan seksual walaupun ianya dilakukan secara gurauan. Ini kerana kemungkinan perbuatan tersebut akan menimbul kesan yang mendalam dan trauma kepada seseorang individu seperti Cik Z. Sesuatu perlakuan boleh dianggap sebagai gangguan seksual menurut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (“Peraturan Pegawai Awam ).
            Kesimpulannya, sebagai penjawat awam seharusnya memahami, akur dan melaksanakan segala etika perkhidmatan dan peraturan-peraturan yang telah dibuat demi memastikan urusan kerja berjalan dengan lancar dan memuaskan.


(ii)          Nyatakan tindakan yang sepatutnya diambil oleh ketua jabatan bagi mengelakkan gangguan seksual ini dari berlanjutan.

Antara langkah-langkah yang patut diambil oleh ketua jabatan bagi mengelakkan ganguan seksual ini daripada berlanjutan ialah dengan menggalakkan mangsa untuk tampil ke hadapan melalui polisi dan prosedur laporan yang kukuh, tersebar luas dan disokong sepenuhnya. Penerangan mengenai polisi organisasi berkaitan dengan gangguan seksual perlu diperjelaskan berulang-ulang setiap masa bagi mengekalkan tahap kesedaran yang tinggi di kalangan kakitangan organisasi. Siasatan terperinci perlu dilakukan secara adil dan menyeluruh supaya tiada pihak yang dianiaya dan teranaiaya. Ini memerlukan bukti-bukti yang menyokong kes perlu jelas dan nyata.
            Selain daripada itu, ketua jabatan sentiasa membuat program yang bersifat mendidik dan melatih pekerja pada semua tahap tentang langkah-langkah mencegah gangguan seksual, mengenal pasti bahawa pekerja sokongan dan penyelia serta pengurus peringkat atasan memerlukan bentuk-bentuk latihan yang berbeza. Di sini ketua jabatan akan menerangkan batas-batas pergaulan antara golongan lelaki dan wanita disamping menekankan isu-isu moral dan seterusnya menjelaskan kepada kakitangan  tentang kesan yang akan timbul sekiranya keadaan ini berlaku.
            Seterusnya ketua jabatan juga hendaklah mewujudkan dan memelihara suasana tempat kerja yang kondusif dan bebas daripada perlakuan gangguan seksual ditempat kerja. Sebagai contoh dengan mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak terlalu melampau dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
            Ketua jabatan juga perlu kelakkan saluran komunikasi tidak formal secara terbuka. Ini termasuklah prosedur laporan secara formal dan tidak formal. Oleh itu, ahli organisasi dan pengadu mempunyai lebih banyak pilihan dan pendekatan untuk melaporkan kejadian gangguan seksual. Tegaskan kepada semua pekerja daripada pelbagai peringkat tentang bahayanya ganguan seksual dan kesan-kesan buruk yang bakal berlaku di tempat kerja. Ketua jabatan yang prihatin tentang masalah ini akan memberi amaran kepada pihak yang cuba melakukan ganguan seksual agar menghentikan tindakan mereka atau dikenakan hukuman tertentu.
Tindakan dan hukuman yang sewajarnya perlu diambil untuk menyekat pelaku ini daripada terus melakukan gangguan seksual di tempat kerja sehingga mewujudkan persekitaran kerja yang penuh dengan ancaman. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuk: (a) Amaran secara lisan, (b) Amaran secara bertulis, (c) Tempoh percubaan pemulihan akhlak, dengan gaji atau tanpa gaji, (d) Penurunan pangkat, (e) Penukaran kerja, (f) Penyingkiran dari pada organisasi.
            Kesimpulannya, pelbagai cara dan tindakan yang perlu boleh diambil oleh ketua jabatan yang prihatin demi memastikan jabatannya bersih daripada gejala-gejala yang akan menjadi virus kepada kelangsungan organisasinya.

JAWAPAN TUGASAN KISSM

Jawapan Tugasan 2a

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta  Pelajaran  1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat seperti yang dinyatakan dalam:-

“ Tujuan dasar pelajaran didalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa didalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.”
                                                                                    (Penyata Razak, Perenggan 12)
Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan Negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Oleh kerana masyarakat Malaysia  berupa masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya menangkis gejala-gejala yang boleh memecah belahkan rakyat seperti gejala perkauman, keturunan, ugama, bahasa, perasaan kedaerahan dan lain-lain lagi.
Untuk mencapai matlamat ini beberapa strategi perlaksanaan sistem pelajaran kebangsaan telah disusun.  Antaranya ialah sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan ia dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah. Semua sekolah diwajibkan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.  Bahasa Malaysia dijadikan satu matapelajaran wajib disemua peringkat dan jenis sekolah dan kelulusan dalam matapelajaran ini adalah syarat utama untuk mendapatkan kelulusan dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM sehingga sekarang. Dengan itu Bahasa Malaysia memainkan peranan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam proses untuk mencapai perpaduan negara yang dicita-citakan.
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang dapat membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Dalam konteks Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara disamping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Murid-murid sekolah dari semua kaum dan lapisan masyarakat mengikuti kurikulum yang seragam, melalui sukatan pelajaran yang sama kandungannya, kegiatan luar bilik darjah yang sama, mengambil peperiksaan yang sama dalam bahasa penghantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia.
 Selain itu murid dikehendaki mengambil peperiksaan yang sama. Semua murid diwajibkan mengambil peperiksaan yang sama dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menjalankannya. Mengikut Akta Pelajaran 1961, Lembaga Peperiksaan adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan-peperiksaan awam di Malaysia sama ada dikelolakan sendiri atau dengan kerjasama badan-badan peperiksaan luar negara.
Sistem pentadbiran pendidikan negara ialah sistem pusat. Struktur pentadbirannya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat negeri dan peringkat sekolah. Sekolah-sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) diletakkan dibawah pentadbiran satu bumbung. Walau bagaimanapun masih ada sekolah yang mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah yang mengurus sekolah tetapi tertakluk kepada pengurusan pusat.
Buku-buku teks yang digunakan disekolah diselaraskan dengan terbentuknya Unit Biro Buku Teks di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran pada 15 Mei 1967. Unit ini berfungsi untuk menilai buku-buku teks bagi semua matapelajaran yang diajar disekolah rendah, dikelas peralihan hingga ketingkatan lima disekolah menengah. Selain memastikan ia mematuhi sukatan pelajaran, buku-buku teks itu juga hendaklah mematuhi kehendak dan kepentingan Rukunegara, ditulis dalam bahasa yang baik dan dipersembahkan mengikut prinsip pembelajaran yang berkesan. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan dikehendaki menggunakan hanya buku Kementerian Pelajaran yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, manakala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Menengah Kebangsaan (Ugama) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dibenarkan memilih satu judul daripada beberapa judul yang telah diperakukan.
            Kegiatan ko-kurikulum adalah penting disemua peringkat persekolahan. Kegiatan ko-kurikulum dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, unit beruniform, kelab atau persatuan dan sukan. Semua murid diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kelab atau persatuan dan mana-mana satu aktiviti sukan. Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan, bekerjasama dan bertolak ansur diantara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang social dan ekonomi yang berbeza. Ia juga bertujuan melatih murid berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi.
Selain itu mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan member perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar Bandar atau pendalaman. Sistem ini juga mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. Selain itu juga system ini juga mempertingkatkan lagi pendidikan kerohanian, moral dan displin. Pendidikan Ugama Islam bertujuan mewujudkan masyarakat berdisiplin dengan nilai akhlak yang tinggi. Unsur disiplin dan nilai akhlak ini merupakan asas yang kukuh bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, kerana Pendidikan Ugama Islam menanamkan nilai-nilai dan sikap hidup yang baik serta membentuk kelakuan yang bersopan santun dan hormat menghormati diantara satu sama lain.
            Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan dan menyumbangkan kea rah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Antara peranan guru ialah menggunakan unsur-unsur perlembagaan untuk penyuburan semangat perpaduan dan nilai murni. Contohnya menyanyikan lagu kebangsaan, negeri dan sekolah serta membaca ikrar rukunegara semasa perhimpunan sekolah. Ini dapat menyemai lagi semangat kenegaraan dan cinta pada tanah air. Semua pelajar tidak kira kaum akan bersama-sama menyanyikan dan membaca ikrar.
            Di samping itu juga, guru harus menyampaikan pembelajaran dan pengajaran dengan baik. Guru melaksanakan kurikulum yang telah digubal dan dirancang dengan baik. Guru perlu melaksanakan rancangan pelajaran secara sistematik dan menarik serta bermakna. Penerapan Bahasa Malaysia perlu dititik berat oleh guru dalam proses pengajaran. Murid yang lemah dalam Bahasa Malaysia perlu diberi pemulihan sehingga pulih.
            Guru juga berperanan dalam menerapkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah. Murid-murid diwajibkan dan digalakan menggunakan bahasa Malaysia dalam perbualan atau dalam tugasan mereka. Pihak sekolah juga boleh menjalankan pelbagai jenis program untuk memartabatkan bahasa Malaysia contohnya bulan bahasa, pertandingan Bahas, membaca dan sebagainya.
            Guru juga boleh menjayakan Program RIMUP di sekolah. Pembentukan jawatankuasa disekolah perlu dibuat untuk menjayakan lagi program ini. Program ini dapat mengintegrasikan antara pelajar pelbagai kaum. Murid dapat mengenali budaya dan cara hidup pelbagai kaum.
            Di dalam aktiviti kokurikulum percampuran antara semua murid pelbagai kaum dapat menerapkan semangat kekitaan, mesra dan perpaduan. Guru perlulah memberi peluang sama rata antara semua murid tanpa memilih kasih dan perkauman. Di dalam apa juga pertandingan perlulah diwajibkan penglibatan semua kaum. Di dalam aktiviti kokurikulum ini juga dapat memupuk sikap dan sifat tanggungjawab terhadap diri dan sekolah.
            Selain itu guru perlu membentuk peraturan-peraturan sekolah berdasarkan prinsip keadilan dan merancangkan system kawalan yang rapi. Guru juga perlu bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan dan ganjaran yang diberikan.  
            Kesimpulannya Malaysia perlu mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu berteraskan kepada Rukunegara. Dalam masyarakat yang bersatu padu, setiap individu wajib mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia yang sanggup mengenepikan unsur-unsur perkauman yang boleh memecah belahkan masyarakat. Usaha berterusan dan sikap rakyat Malaysia sendiri adalah penting untuk mengekalkan perpaduan kaum yang telah wujud sejak sekian lama untuk kesejahteraan generasi yang akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...