Pengelolaan Aktiviti Kem Bestari Solat
Fasa sebelum pelaksanaan Kem Bestari Solat
Kem Bestari Solat Sekolah Kebangsaan Subang telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat 4 kali dalam setahun dengan jayanya.Kem ini dilaksanakan bermula pada peringkat Amali Wudhuk sehingga Amali Solat. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan yang terperinci mengenai cara-cara pelaksanaan ibadah solat kepada murid dan memastikan murid dapat menyempurnakan ibadah tersebut dengan betul dari segi bacaan, amali, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem ini juga dibantu oleh semua Guru-guru Pendidikan Islam , Guru-guru j-QAF dan Guru-guru akademik.
Kem Bestari Solat peringkat ke 4 ini telah diadakan pada 18hb oktober 2008.Sebelum pelaksanaan kem tersebut,satu mesyuarat telah diadakan pada 8hb oktober 2008 di Bilik Wawasan SK Subang.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hajjah Zaidah Bt Mustafa.Satu kertas kerja telah dibentangkan untuk makluman kepada guru-guru yang terlibat dalam kem tersebut.Pengerusi juga memberi penjelasan terhadap bidang tugas semua Jawatankuasa Kerja yang terlibat dan menasihatkan agar mereka yang terlibat melakukan tugasan yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.Sejumlah RM3904.00 anggaran perbelanjaan diperuntukan untuk kem ini.Pihak sekolah juga telah menjemput YDP PIBG, Pn. Mariati Bt Radwan untuk perasmian penutup Kem Bestari Solat ini.
Pada 15hb oktober 2008,Ketua fasilitator,Pn. Dalilah Bt Othman telah membuat taklimat ringkas kepada semua fasilitator yang terlibat dalam kem Bestari Solat ini.Beliau mengingatkan guru –guru yang tidak dapat hadir pada hari tersebut perlu memberi surat tunjuk sebab dan mencari orang lain sebagai penggantinya.Ini bertujuan mengelakkan kecelaruan pada hari Kem tersebut berlangsung.
Fasa semasa pelaksanaan Kem Bestari Solat
Kem Bestari Solat peringkat ke 4 dilaksanakan selama setengah hari. bermula jam 8.00 pagi, pendaftaran oleh Panatia Pendidikan Islam dibuat di dewan sekolah. Alhamdullilah, kehadiran melebih 90% yang hadir.Murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan . Kemudian, kami fasilitator diberi kumpulan dan diberi modul ringkas.
Tepat pada pukul 8.30 pagi,semua murid dan fasilitator bergerak ke kelas yang telah ditetapkan.Latihan dalam Kumpulan (LDK ) pertama yang di jalankan ialah Niat dan amali wudhuk.Murid diajar secara teori dahulu di kelas masing-masing selama lebih kurang 1 jam sebelum dibawa ke kolam untuk amali wudhuk.Bilangan murid yang kurang daripada 10 orang untuk seorang fasilitator memudahkan fasilitator mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid.Setelah itu murid diberi rehat selama setengah jam untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak kantin sekolah.
Pada pukul 10.00 pagi,LDK 2 dimulakan.Ia terdiri daripada Niat,Bacaan dan Perlakuan Solat yang dijalankan di kelas masing-masing seperti LDK 1 tadi.Disini fasilitator menggunakan kaedah latih tubi agar murid dapat melakukan Niat,Bacaan dan Perlakuan solat dengan betul dan lancar.
Tepat pukul 11.30 pagi acara perasmian penutup telah diadakan di dewan SK Subang.Upacara ini dimulai dengan bacaan Doa oleh ustaz Khairuddin Bin Ismail dan diikuti dengan bacaan Al-Quran serta oleh wakil murid tahun 1.Guru Besar SK Subang,En. Norhadi B. Abd. Karim memulakan ucapan diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG Pn. Mariati Bt Radwan.Pihak sekolah juga telah memilih 10 orang murid cemerlang dalam kem Bestari Solat kali ini.Manakala murid-murid yang lain diberi saguhati sumbangan dari sebuah badan swasta.Majlis di akhiri dengan persembahan 2 buah nasyid oleh murid –murid dari kelas 1 Dinamik.Kem Bestari Solat kali ke-4 ini bersurai pada pukul 12.30 tengahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan