Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Sabtu, 15 Januari 2011

CONTOH REFLEKSI AKTIVITI SUKAN TAHUNAN GERKO

RELEKSI
  
Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan PULAPAH telah diadakan pada pagi hari Khamis, 22 FEBRUARI 2007. Ini adalah temasya sukan sekolah yang pertama saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang.
            Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru S.K.PULAPAH. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah.
Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut.
Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah dan pihak PULAPOL  mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya apabila pihak sekolah memohon bantuan untuk menggunakan tenaga pengadil PULAPOL dan bantuan kecemasan dari Pusat Kesihatan PULAPOL untuk temasya ini, memandangkan kakitangan sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia mendatangkan beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan silaturahim antara warga S.K.PULAPAH dan warga PULAPOL di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru.
Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan semangat murid-murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.
Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak PULAPOL.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk acara lontar peluru. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru.
Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa meminjam daripada Pusat Latihan Polis Air Hitam (PU:LAPOL).
Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru matapelajaran dapat diatasi malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sekolah contohnya temasya sukan sekolah.
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari berkenaan.
Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis.
Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan kali pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk  saya gunakan untuk masa-masa akan datang.



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...