KERTAS KERJA PROGRAM KURSUS CELIK JAWI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal.
1.2 1.2 Melalui pemerhatian yang dijalankan ke atas murid-murid kelas pemulihan jawi ini,didapati mereka mengalami masalah dalam banyak perkara. Antara masalah-masalahnya mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal.
1.1 Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal.
1.2 1.2 Melalui pemerhatian yang dijalankan ke atas murid-murid kelas pemulihan jawi ini,didapati mereka mengalami masalah dalam banyak perkara. Antara masalah-masalahnya mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal.
1.3 Sehubungan dengan itu teknik dan metodologi yang berkesan perlu diajar supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap kemahiran jawi dalam mata pelajaran ini
1.4 Program Kursus Celik Jawi ialah satu program membasmi buta jawi dan mempertingkatkan jawi di kalangan murid
2.0 RASIONAL
2.1 Program ini memberi fokus kepada penguasaan membaca dan menulis jawi yang dijalankan dalam suasana yang menggembirakan dan meningkatkan kemampuan otak dalam daya ingatan
2.2 Program ini sesuai dan berpotensi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran jawi secara keseluruhan.
2.3 Teknik penguasaan minda yang diperolehi dalam kursus ini akan dapat mempertingkatkan daya ingatan dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang lain.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan murid yang dapat menguasai membaca dan menulis jawi
3.2 Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui Seni dalam Pendidikan melalui kaedah permainan
3.3 Membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam
1
4.0 JAWATAN KUASA INDUK
PENASIHAT:
EN NOR HADI BIN ABD KARIM PPN
(GURU BESAR)
PENASIHAT 11 :
PN DAHLIA BT TUAMAN
(PK KURIKULUM)
PENYELARAS:
PN NORHASNIZA BT HUSIN
(GURU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM)
SETIAUSAHA:
PN SALEHA BT HASHIM
(GURU j-QAF)
5.0 SASARAN
5.1 15 orang murid tahun 1 yang masih keciciran jawi
6.0 JANGKA MASA
3 jam (10.05 pagi hingga 01.05 petang)
7.0 BUTIRAN PROGRAM
· 7.1 TARIKH : 04hb November 2008
· 7.2 MASA : 10.05 pagi hingga 01.05 petang
· 7.3 TEMPAT : Bilik j-QAF Sekolah Kebangsaan Subang
8.0 TENTATIF PROGRAM
Masa | Perkara |
10.05-11.05 | Permainan Kemahiran huruf |
11.05-12.05 | Permainan Kemahiran suku kata |
12.05-13.05 | Aktiviti pengukuhan |
2
9.0 PENUTUP:
Adalah diharapkan Program Kursus Celik Jawi ini akan dapat berjalan dengan jayanya dan dapat mengatasi masalah jawi di kalangan murid-murid Diharapkan juga kursus ini akan dapat melahirkan pelajar yang lebih bermotivasi, berdaya saing, prihatin dan dedikasi terhadap tugas mereka sebagai seorang murid demi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan mereka sebagai seorang murid
Disediakan oleh:
…………………..
(Saleha Bt Hashim)
Setiausaha Program Kursus Celik Jawi
Disemak dan disahkan oleh:
…………………………
( )
3
PERJALANAN AKTIVITI PROGRAM
1. Kemahiran huruf ( Permainan Boling )
Sebelum permaianan boling dimulakan
Murid-murid telah diminta untuk membaca kesemua huruf jawi tunggal secara beramai-ramai sebagai langkah mengingat kembali.
Langkah Pertama: Murid-murid dikehendaki mengecam huruf yang ditentukan oleh guru.
Langkah Kedua : Murid-murid diberi penekanan dan latih tubi pada huruf yang sukar diingati oleh murid.
Langkah Ketiga : Murid-murid diminta untuk melakar huruf dengan “plastersin” mengikut arahan guru.
Semasa permainan boling dijalankan
Langkah Pertama : Murid hanya mengecam, guru menentukan pin boling yang perlu dijatuhkan.
Langkah Kedua : Dijalankan 5 Pusingan. Setiap pusingan mendapat mata melalui jawapan yang
betul. Murid perlu menyebut huruf yang terdapat pada pin boling yang berjaya
dijatuhkan.
Langkah Ketiga : Murid-murid diberi borang ujian, murid dikehendaki menulis huruf dalam
kotak-kotak yang disediakan. Setiap kotak telah ditentukan 20 huruf jawi
tunggal yang sering digunakan dalam pelajaran jawi
2. Kemahiran suku kata ( Permainan pancing )
2.1 Alatan yang digunakan:
2.1.1 objek ikan dikerat dua
2.1.2 batang pancing
2.1.3 kad suku kata
2.2 Persediaan:
2.2.1 Objek ikan diperbuat daripada `polystrin`
2.2.2 Letakkan magnet pada ikan dan tali pancing.
2.3 Cara permainan:
2.3.1 Permainan dijalankan secara berkumpulan
2.3.2 Cantumkan kepala dan ekor ikan yang dipancing bagi membentuk perkataan
2.3.3 Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi
perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.
LAPORAN PERJALANAN PROJEK
1.0 OBJEKTIF PROGRAM:
1.1 Dapat memulihkan murid yang keciciran jawi dan mewujudkan suasana pembelajaran
yang seronok dan aktif dalam pelajaran.
2.0 METODOLOGI PROGRAM
2.1 Pemerhatian tingkah laku pembelajaran
2.2 Permainan boling dan pancing
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM
3.1 Tidak boleh mengenal bentuk huruf jawi
3.2 Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi
3.3 Sukar mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru
3.4 Lemah pergerakan / perbuatan
3.5 Tidak mengingat kembali
3.6 Lemah daya pemikiran
4.0 PENILAIAN
4.1 Penilaian tahap penguasaan murid dalam permainan boling dan permainan pancing melihat kepada 3 kemahiran utama dalam pelajaran jawi:
a) Kemahiran mengecam dan mengenal dengan tepat.
b) Kemahiran menyebut dengan cepat
c) Kemahiran menulis dengan betul.
5.0 REFLEKSI
5.1 Pemilihan permainan ini jelas menunjukkan keberkesanannya dan dapat membantu
murid untuk mengingat dan juga penguasaan 3 kemahiran asas jawi yang diterapkan pada
setiap permainan berjaya membantu murid menguasai huruf jawi tunggal.
5.2 Melalui permainan ini, wujud persaingan yang sihat kerana kaedah pengiraan markah
yang diperkenalkan menyebabkan murid-murid berusaha untuk mendapatkan markah
yang tinggi. Sikap kepimpinan juga dapat dibentuk dalam aktiviti ini semasa murid
membantu rakan dalam melakukan aktiviti ini.
5.3 Didapati melalui kajian ini juga didapati murid-murid telah menunjukkan perubahan
sikap dimana mereka lebih berminat terhadap matapelajaran jawi.
ANALISA PENCAPAIAN PROGRAM
1. Mengenal huruf tunggal
Pada langkah pertama sebelum permainan boling dijalankan, murid-murid diminta menyebut dan membaca terlebih dahulu semua huruf jawi dan pada langkah ini penekanan diberi kepada huruf-huruf jawi yang sukar, pada langkah kedua ini murid-murid dilihat semakin kurang melakukan kesalahan.Hasil daripada langkah ketiga, peningkatan jumlah kutipan ini menunjukkan perkembangan positif dan murid-murid kurang membuat kesalahan.
Pada langkah pertama semasa permainan boling dijalankan, terdapat murid yang mampu menguasai huruf jawi tunggal namun pada tahap yang memuaskan sahaja. Pada langkah kedua, murid telah menunjukkan peningkatan dan dapat mengingat lebih banyak huruf. Pada langkah ketiga, murid-murid masih tidak mampu mengingat kesemua huruf dengan tepat kecuali 3 orang murid yang berada pada peringkat memuaskan.
2. Mengenal suku kata
Pada pusingan pertama permainan pancing dijalankan, hanya 5 orang murid sahaja yang berjaya mencari dan mencantumkan suku kata.Antara suku kata yang diarahkan oleh guru ialah duri,satu,roti,paku,lori.Pusingan kedua menampakkan lebih pemahaman di mana 10 orang murid telah berjaya mencari dan mencantumkan suku kata mengikut arahan guru.Manakala pada pusingan ketiga, seramai 13 orang berjaya mencantumkan suku kata.
Kesimpulannya,ingatan murid-murid terhadap pelajaran ini terutamanya huruf jawi tunggal dan mengenal suku kata semakin baik berbanding sebelum ini. Keputusan yang dicatat amat memuaskan walaupun terdapat kelemahan menulis huruf dengan cara yang betul.
TINDAKAN SUSULAN
Peningkatan yang dicapai oleh murid agak memuaskan dan kaedah ini berjaya menarik minat mereka dan membolehkan mereka menguasai huruf dengan cepat berbanding kaedah pengajaran kelas biasa.Antara tindakan susulan yang akan saya jalankan selepas ini ialah:
1. Ulang huruf yang sukar diingat setiap waktu samada dalam bentuk perkataan ataupun tunggal.
2. Tulis huruf dalam kertas atau pada tapak tangan mereka dan suruh mereka baca setiap masa walaupun dah habis waktu jawi.
3. Bila ada masa,panggillah seorang-seorang jumpa mereka atau kita terserempak dengan mereka dimana-mana sahaja, tanya kembali huruf tu berulang kali dan lakukannya setiap hari.bagilah sesuatu kalau mereka dapat mengingatinya sebagai perangsang untuk mereka terus berusaha.
4. Identitikan setiap huruf dengan sesuatu yang murid suka.Contohnya,`Cha` dengan `Cawan` dan `Cangkul`.Sekurang-kurangnya dua benda yang boleh yang boleh digambarkan secara maujud.Tampalkan dalam kelas atau buat carta atau mural dalam bilik pemulihan.
5. Saya akan cuba mereka lagu untuk mengenal huruf tersebut.
6. Selain itu,saya cuba untuk buat perbandingan antara konsonan rumi dengan konsonan jawi dan vokal rumi dengan vokal jawi dengan menggunakan warna pada sukukata
7. Saya akan meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk menggunakan masa perhimpunan 15 minit selepas rehat sebelum murid masuk ke kelas.Masa itu akan saya gunakan dengan mengajak murid-murid pemulihan jawi itu melakukan aktiviti seperti:
i. Hari isnin: tulis dengan mewarna huruf
ii.Susun huruf atau eja perkataan
iii.Cerita huruf
iv.Nasyid huruf
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
MURID PEMULIHAN JAWI MENGENAL HURUF TUNGGAL
MELAKAR HURUF TUNGGAL LATIH TUBI
MENGENAL SUKU KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
BAHAN BANTU BELAJAR
CARTA HURUF JAWI KAD IMBASAN
PERMAINAN BOLING PERMAINAN PANCING
Tiada ulasan:
Catat Ulasan