Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


ABOUT US

CERITA ADMIN

Setelah saya berjaya menghabiskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya, saya dapati banyak koleksi bahan-bahan pengajian saya disia-siakan begitu sahaja. Saya telah tidak peduli tentangnya kerana saya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Saya tidak sedar bahawa maklumat seperti assignment dan kertas-kertas kerja adalah suatu ilmu yang patut disimpan dan dibuat rujukan. Sehingga kini telah banyak bahan-bahan pengajian saya hilang begitu sahaja. Sesetengahnya hilang terkena virus, ada yang hilang disebabkan pemformatan cakera keras, disimpan dalam CD yang entah kemana, hard disk rosak dan pelbagai sebab-sebab lagi.


JANGAN SIA-SIAKAN KERTAS KERJA ANDA

Atas kesedaran ini, kami mengambil inisiatif agar segala harta intelek yang kita miliki tersebut disimpan dan disebarkan kepada umum agar ia tidak hilang begitu sahaja ditelan zaman. Apa yang kita buat pada hari ini akan menjadi rujukan kepada generasi kita yang akan datang. Ilmu yang disorok tidak akan berkembang sebaliknya ilmu yang disebarkan akan berkembang dan menghasilkan impak kepada perkembangan ilmu pengetahuan secara menyeluruh. Rasulullah pernah bersabda "sampaikanlah apa jua pun dariku walaupun satu ayat". Semakin banyak kita memberi, semakin tinggi dan dihormati, itulah ilmu.


Kami mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini agar menghulurkan apa sahaja bahan akademik berunsur assignment, nota pensyarah, nota ringkasan subjek dan sebagainya untuk dikongsi kepada semua. Harapan agar semua bahan-bahan pengajian kita itu tidak terbiar begitu sahaja, diangkat dan diberi nilai tambah di blog ini.

Laman yang diusahakan ini adalah berkonsepkan 'sharing system' .Penyumbang artikel mendapat point untuk setiap artikel yang disiar. Seterusnya, point ini akan diterjemahkan kepada peratusan agihan pendapatan daripada keseluruhan operasi di laman ini. Ini bermakna setiap penyumbang berpeluang memperolehi pendapatan sampingan daripada artikel mereka secara tetap selagi mana laman ini beroperasi.

Kepada pengunjung yang budiman, sila e-mailkan bahan anda kepada admin di: 
  • Kami akan pastikan segala bahan yang dihantar oleh anda adalah 100% sama seperti yang disiarkan diblog ini.
  • Anda bertanggung jawab terhadap setiap bahan yang dihantar. 

VISI
  • MENJADI RUJUKAN UTAMA BAHAN-BAHAN AKADEMIK
  • MENYEBARKAN ILMU
MISI
  • MEMBERI PELUANG ANDA MENDAPATKAN PENDAPATAN MELALUI BAHAN DAN KERTAS KERJA ANDA
  • MEMAPARKAN PELBAGAI BAHAN-BAHAN AKADEMIK DARI PELBAGAI PERINGKAT PENDIDIKAN
  • MENJADI SUMBER AKSES UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...