KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Sabtu, 15 Januari 2011

CONTOH TUGASAN MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)

TUGASAN
MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)







SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG









KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)





Disediakan oleh:
MOHD KHAIRUDIN BIN CHE ISMAIL


Kad Pengenalan:
780526035719


Kumpulan:
Q 1.3

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

- SEKOLAH YANG PERTAMA DI KAMPUNG MELAYU SUBANG ADALAH   SEKOLAH  RAKYAT.
- DIBINA PADA TAHUN 1946 – MURID SERAMAI 70 ORANG
- GURU YANG MENGAJAR DILANTIK OLEH RAKYAT DAN GAJI               DIBAYAR OLEH RAKYAT
- 1950 KERAJAAN AMBIL ALIH DAN GURU DIBERI LATIHAN
- 1955 KERAJAAN MEMBINA SEBUAH SEKOLAH LAGI ( 5 KELAS ) DAN SEKOLAH INI DIBUKA PADA TAHUN 1956.  MURID 80  ORANG DAN GURU 5 ORANG.
- 1980 SEKOLAH TIGA TINGKAT DIBINA IAITU 7 BILIK DARJAH, PEJABAT, PUSAT SUMBER.  MURID KETIKA ITU 550 ORANG DAN GURU   15 ORANG.
- 1984 SEBUAH LAGI SEKOLAH TIGA TINGKAT DIBINA IAITU 14 BILIK DARJAH.  MURID 985 ORANG DAN GURU 35 ORANG.
- 1991 DAN 1992  DUA BANGUNAN TAMBAHAN SEMENTARA TELAH DIBINA IAITU 8 BILIK DARJAH.  MURID 1750 ORANG DAN GURU 70 ORANG SEKOLAH YANG PERTAMA DI KAMPUNG MELAYU SUBANG ADALAH   SEKOLAH  RAKYAT.
- 1993 BILANGAN MURID MENINGKAT KE 1985 ORANG DAN 76 ORANG GURU TERLATIH DAN TIDAK TERLATIH.
- 1995 BANGUNAN LAMA DIROBOHKAN DAN DIBINA SEBUAH BANGUNAN TIGA TINGKAT IAITU 8 BILIK DARJAH.  MURID 2357 ORANG DAN GURU 96 ORANG.



ALAMAT SEKOLAH

  • Sekolah Kebangsaan Subang, Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
  • Kod Sekolah: BBA8202
  • Berada di tengah-tengah kampung dan boleh diklasifikasikan sebagai sekolah bandar kelas kedua.

PLAN SEKOLAH



































Aktiviti 1
Data yang dikumpulkan.

Bilangan Murid Keseluruhan bagi tahun 2008

KELAS
MELAYU
INDIA
LAIN-LAIN
JUMLAH KECIL
JUMLAH
L
P
L
P
L
P
L
P
TAHUN 1
287
245
12
5
8
9
307
259
566
TAHUN 2
235
203
8
6
15
10
258
219
477
TAHUN 3
208
231
7
8
7
6
222
245
467
TAHUN 4
259
205
10
8
6
5
275
218
493
TAHUN 5
190
224
17
9
8
9
215
242
457
TAHUN 6
251
196
13
11
17
5
281
212
493
JUMLAH BESAR
1430
1304
67
47
61
44
1558
1395
2953




Bilangan Bilik Darjah :

78 KELAS
TAHUN 1 ADA 14 KELAS

Saiz / jumlah murid dalam kelas: 

PURATA 30 ORANG UNTUK SETIAP KELAS

Bilangan guru:

130 ORANG GURU TERDIRI DARIPADA SESI PAGI DAN SESI PETANG. 20 ORANG DARIPADANYA BERKELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN YANG SELEBIHNYA PEMEGANG DIPLOMA PERGURUAN.






Aktiviti 2

Jawapan untuk soalan aktiviti 2


Soalan satu : 

Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran di letakkan di kelas dan bagaimanana ianya digunakan?

Kelas          :    Ianya di letakkan di bahagian belakang kelas dan di tampal di ruang          1 Dinamik     khusus untuk setiap mata pelajaran yang di ajar.


Kelas          :     Barang-barang juga di letakkan di belakang kelas dan di tampal di ruang
1 Maju             yang khusus untuk setiap mata pelajaran.


Soalan dua :  

Apakah bahan yang boleh digunakan oleh murid apabila di perlukan?

Kelas          :    Bahan-bahan yang boleh di gunakan oleh murid-murid ialah bahan
1 Dinamik         bacaan seperti buku Iqra’ yang di simpan di bahagian belakang kelas.                            Buku latihan juga disusun di atas rak belakang kelas. Buku latihan tidak                            dibawa pulang oleh pelajar.

Kelas          :    Bahan-bahan yang boleh digunakan oleh murid ialah bahan
1 Maju             bacaan seperti buku Iqra’ yang di simpan di bahagian belakang kelas.
                        Buku latihan juga disusun di atas rak belakang kelas. Buku latihan tidak                                     dibawa pulang oleh pelajar.


Soalan tiga :  

Sejauh manakah pergerakkan murid di benarkan?

Kelas          :    Murid-murid dibenarkan bergerak secara individu untuk keluar kelas sama 1 Dinamik    ada untuk ke tandas ataupun untuk lain-lain hal. Walau bagaimanapun,                                  Kad keluar masuk kelas tidak dibekalkan kepada pelajar. Keadaan ini                              menyebabkan pelajar mengambil kesempatan untuk keluar berdua.                                            Manakala hal hal yang berkaitan dengan waktu pengajaran dan                                      pembelajaran, mereka di minta untuk bergerak secara berkumpulan,                            mengikut kumpulan yang telah di susun atur.

Kelas          :    Murid murid di benarkan keluar dari kelas untuk ke tandas ataupun untuk 1 Maju                      lain lain hal secara individu. Manakala, sewaktu waktu pengajaran dan
pembelajaran, mereka di benarkan untuk bergerak menulis di papan hitam
secara individu ataupun berkembar bersama rakan semeja yang telah di
susun atur.



Soalan empat :          

Kenal pasti caramana murid di letakkan di dalam kumpulan.

Kelas        :      Murid-murid di letakkan secara berkumpulan (berkembar empat )             1 Dinamik    mengikut susunan guru kelas. Murid yang hyperaktif diletakkan                                         berhampiran dengan meja guru manakala murid berkelakuan baik                                              diletakkan ditempat yang difikirkan sesuai oleh guru kelas mereka. Murid                                     yang kurang cerdik di letakkan di dalam kumpulan yang berada di                                             hadapan papan hitam dan seterusnya di ikuti oleh kumpulan yang lebih                           pandai.

Kelas        :      Murid-murid di letakkan secara berkembar dan susun atur mereka                   1 Maju              berdasarkan kepada tahap kepintaran mereka di dalam menjawab
peperiksaan yang diadakan. Murid yang bising akan diasingkan daripada                       rakan sebelah dan dipindahkan kepada rakan yang lain.


Soalan Kelima :

Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua dua kelas tersebut.

Perbezaan yang terdapat untuk dua kelas tersebut boleh di rumuskan kepada beberapa perkara seperti di bawah ini.

1) Nama kelas  :          

Nama kelas pertama di kenali sebagai kelas 1 Dinamik, manakala kelas kedua di kenali sebagai kelas 1 Maju.

2) Bilangan murid :       

Bilangan murid di kelas Dinamik seramai 35 orang manakala bilangan murid di kelas Maju seramai 24 orang. Kelas Maju adalah kelas KIA 2M yang menempatkan murid-murid yang lemah membaca dan menulis.



3) Susun atur meja

Kelas Dinamik di susun atur secara berkembar empat di dalam satu kumpulan besar. Manakala Kelas Maju di susun secara berkembar dua, tidak berdasarkan kumpulan. Ini kerana kelas Dinamik antara kelas yang menempatkan murid-murid yang pintar dan tidak memberi masalah kepada guru untuk mengawal kelas. Berbeza dengan kelas Maju yang mana murid-muridnya kurang patuh arahan guru dan suka merayau sana sini.

4 ) Keaktifan murid

Murid di kelas Dinamik lebih berminat untuk belajar berbanding dengan kelas Maju. Manakala Kelas Maju lebih gemar berinteraksi sesama sendiri dan kurang memberi respon kepada pengajaran guru.


Soalan keenam :

Apakah yang membuatkan ianya berbeza.

Faktor-faktor yang membuatkan ianya berbeza mungkin dapat di rumuskan melalui beberapa aspek. Diantaranya sebagaimana berikut :

1)           Faktor perbezaan nama adalah kerana perbezaan kepintaran murid di dalam kelas.Pelajar di kelas Dinamik di dapati lebih pintar berbanding dengan pelajar di kelas Maju.
2)           Sikap dan tingkah laku murid. Setiap orang berbeza disegi sikap dan tingkahlaku masing-masing. Sikap yang kurang baik menyebabkan cara pengurusan kelas mesti disesuaikan dengan keadaan mereka begitulah sebaliknya.

















Aktiviti 3

Soalan pertama : Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?

Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah di semai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizkal yang sempurna. Peraturan sekolah adalah undang-undang yang perlu bagi kesejahteraan individu dan masyarakat sekolah.

            Peraturan sekolah dapat di katakan juga sebagai disiplin. Peraturan sekolah dapat di lihat dalam beberapa perkara seperti mana berikut :-

Peraturan sekolah

1-     Perhimpunan sekolah
2-     Pakaian seragam
3-     Rambut / kuku
4-     Tatatertib
5-     Masa rehat
6-     Kebersihan
7-     Bayaran khas / yuran sekolah
8-     Kehadiran
9-     Rawatan
10- Langkah keselamatan
11- Aktiviti kokurikulum
12- Lawatan pelawat
13- Kebakaran / kecemasan
14- Ketua darjah / Pengawas
15- Surat menyurat
16- Kegiatan luar
17- Budi pekerti / amalan
18- Jenis jenis kesalahan


Huraian kepada 18 perkara di atas

Peraturan sekolah

Peraturan sekolah diwujudkan berdasarkan kepada matlamat dan objektif tertentu. Antara matlamatnya ialah untuk memperbaki serta meningkatkan mutu dan prestasi pelajaran murid dari semasa ke semasa. Seterusnya, untuk menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid. Matlamat lain yang dapat di lihat ialah untuk melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggung jawab serta berdisiplin, bersatu padu, bersikap mulia, setia kepada Negara dan patuh kepada perintah agama. Dengan wujudnya masyarakat yang sebegitu, secara tidak langsung akan mempertingkatkan dan mengekalkan keyakinan masyarakat kepada sekolah. Malahan, guru-guru juga terikat kepada peraturan sekolah tersebut. Ini penting kerana guru adalah merupakan ikon kepada muri-murid dan guru juga adalah teladan kepada pelajar-pelajarnya.
           
            Itu adalah diantara matlamat diwujudkan peraturan sekolah, manakala objektifnya dapat di rumuskan untuk meningkatkan prestasi murid-murid di dalam kurikulum, ko-kurikulum, mutu disiplin, melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan indah.

Perkara pertama : Perhimpunan sekolah

1.1    Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.kehadiran semua guru dan pelajar adalah diwajibkan.
1.2    Hari perhimpunan adalah di tetapkan oleh pihak sekola iaitu pada mana mana hari persekolahan di dalam seminggu.
1.3    Apabila mendengar isyarat loceng isyarat perhimpunan,murid-murid hendaklah berjalan segera ke tempat perhimpunan di dalam keadaan tenang dan tidak bising.
1.4    Peraturan berbaris : murid yang rendah di hadapan dan murid yang tinggi di belakang.
1.5    Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat) hendaklah berbaris di barisan yang paling tepi.
1.6    Muruid-murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan Ketua Murid atau penolongnya.
1.7    Sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman yang disampaikan.
1.8    Hormat kepada lagu Kebangsaan dengan keadaan berdiri tegak.


Perkara kedua            :Pakaian seragam sekolah

2.         Untuk pakain seragam.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk lelaki dan
perempuan.

Murid lelaki

2.1.1        Seluar pendek / panjang berwarna biru gelap
2.1.2        Baju kemeja putih berkolar lengan pendek yang di pakai dengan sempurna dan mengikut peraturan sekolah.
2.1.3        Kasut berwarna putih (bukan kasut kulit) dan sarung kaki putih.Sekiranya bertali pinggang, hendaklah berwarna gelap dan tidak berkepala besar dan tidak berhias.
2.1.4        Baju dalam putih dan baju PJ sekolah sahaja di benarkan.






Murid perempuan

2.1.5        Murid Islam di galakkan memakai baju kurung warna putih dan kain sarung warna biru tua. Mini telekung dengan anak tudung warna putih. Murid yang bukan beragama Islam di kecualikan.
2.1.6        Kasut dan stoking adalah sama dengan pelajar lelaki.
2.1.7        Dilarang memakai alat solek dan barang barang kemas ke sekolah.

2.2       Pakaian pendidikan Jasmani
2.2.1    Baju putih T dan seluar trek berwarna biru tua atau hitam.

2.3       Lencana sekolah   

2.3.1        Murid murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag) sama ada hari hari persekolahan biasa atau semasa menertai aktiviti lawatan kokurikulum.


Perkara ketiga : Rambut dan kuku

3.1              murid lelaki tidak boleh berambut panjang iaitu rambut tidak boleh mencecah kolar baju atau cuping telinga
3.2              rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah di dandan atau pun di ikat dengan kemas mengunakan reben warna biru tua.
3.3              Rambut hendaklah bersih dan di sikat dengan kemas.
3.4              Murid di larang menyimpan kuku panjang.
3.5              Murid-murid juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan  murid–murid yang memakainya. Murid murid lelaki juga di benarkan memakai sogkok berwarna hitam. Adalah berdasarkan surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.4/1976 bertarikh 10 Mac 1976.

Perkara ke empat : Tatatertib

4.1              Di kelas

4.1.1        Semua murid di kehendaki berada di kelas pada setiap masa didalam keadaan senyap dan bersopan santun.
4.1.2        Murid-murid tidak di benarkan  meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.
4.1.3        Sentiasa menjalankan tugas yang dipertanggung jawabkan seperti menjaga kebersihan dan kekemasan bilik.
4.1.4        Tidak dibenarkan makan ataupun minum di dalam kelas.
4.1.5        Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan di dalam kelas.
4.1.6        Sekiranya di perlukan, alat-alat elektrik boleh dipasang dan mesti ditutup sebelum meninggalkan kelas.
4.1.7        Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana jadual yang ditetapkan.
4.1.8        Murid-murid dikehendaki beratus di luar kelas pada waktu pagi iaitu sebelum kelas bermula dan pada waktu selepas rehat. (sebelum masuk ke kelas)

4.2              Dalam kawasan sekolah

4.2.1        murid murid tidak di benarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar /  Wakilnya.
4.2.2        Tidak dibenarkan berlari / bising atau meronda di kawasan sekolah.
4.2.3        Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas terutama masa ke tempat perhimpunan dan waktu pulang.
4.2.4        Dilarang menghampiri atau masuk ke Bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilik cetak, tandas guru, bilik alatan, setor sukan, bilik mesyuarat, bilik buku teks dan lain-lain kecuali mendapat kebenaran guru.

4.3              harta benda sekolah

4.3.1        Setiap orang murid hendaklah bertanggung jawab menjaga harta benda sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain lain. Sebarang kecurian, kerosakan, kekotoran dan sebagainya hendaklah di laporkan segera kepada guru kelas ataupun guru bertugas. Mereka yang terlibat boleh di denda atau diminta ganti rugi yang sepatutnya.

4.4              Buku Teks / SPBT

4.4.1        Buku teks yang di pinjam hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastic supaya tidak rosak atau hilang. Buku yang rosak atau hilang mestilah diganti atau di bayar mengikut harganya.
4.4.2        Pelajar tidak di benarkan meninggalkan buku teks di sekolah.


4.5              Alatan Sukan.

4.5.1        Mengambil, menggunakan alatan pendidikan Jasmani/permainan/sukan mestilah mendapat kebenaran guru yang berkenaan.
4.5.2        Alatan yang rosak atau hilang semasa menggunakannya adalah menjadi tanggung jawab mereka yang berkenaan.
4.5.3        Menyimpan semula peralatan yang digunakan di dalam setor dalam keadaan yang baik.


4.6              Pusat Sumber Sekolah.

4.6.1        Pinjaman / Pemulangan buku buku perpustakaan hendaklah mengikut peraturan yang di berikan.
4.6.2        Murid-murid dikehendaki berpakaian kemas dan lengkap. Murid-murid hendaklah sentiasa senyap supaya tidak mengganggu pelajar-pelajar lain.

5.         Masa Rehat

5.1              Murid dikehendaki membeli makanan di kantin bukannya di kedai kedai-kedai luar / daripada penjaja.
5.2              Mengamalkan doa sebelum makan.
5.3              Murid-murid tidak dibenarkan berada di kelas semasa rehat kecuali dengan kebenaran guru.
5.4              Murid-murid bertaggun jawab menjaga kebersihan kantin. Sampah sarap dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang di sediakan.
5.5              Berhenti makan atau minum setelah loceng rehat di bunyikan.
5.6              Bekas-bekas makanan seperti pinggang mangkuk dan gelas hendaklah di kumpulkan di tempat yang telah di sediakan.

6.         Kebersihan

6.1              Kebersihan bilik darjah adalah tanggung jawab kelas masing masing.
6.2              Sampah hendaklah di buang ke dalam tong yang di sediakan.
6.3              Tidak di benarkan menconteng atau mengotori mana mana dinding sekolah.
6.4              Tandas hendaklah di gunakan sebaik baiknya.
6.5              Segera menutup paip air setelah di gunakan.
6.6              Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan lebihan makanan kedalam singki tandas.
6.7              Tidak dibenarkan meludah di merata rata tempat.

7.         Bayaran khas / Yuran sekolah

7.1              Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan dalam minggu pertama persekolahan semester pertama. Sijil berhenti sekolah atau keputusan-keputusan peperiksaan tidak akan di keluarkan kepada murid yang gagal menjelaskannya.
7.2              Bayaran hendaklah di buat melalui guru kelas masing masing. Resit akan dikeluarkan dan hendaklah di simpan sebagai bukti pembayaran.

8.         Kehadiran

8.1              Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap hari persekolahan kecuali sakit. Surat Akuan Doktor / Ibu Bapa / Penjaga hendaklah di hantar kepada pihak sekolah untuk di rekodkan.
8.2              Murid-murid dikehendak berada di sekolah sekurang kurangnya sepuluh minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
8.3              Murid-murid yang hadir lewat akan ditulis nama mereka di dalam Buku Rekod kehadiran Lewat oleh pengawas yang bertugas. Jika tiga kali, mengikut catatan rekod tersebut, satu surat akan di hantar kepada penjaga untuk memberitahu perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.
8.4              Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah di kira sebagai ponteng. Jikatidak hadir tiga hari berturut-turut pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada penjaga. Setelah 3 kali surat peringatan di hantar, tetapi masih juga tidak hadir ke sekolah.Murid berkenaan boleh di singkirkan / di buang sekolah.
8.5              Jika murid terpaksa pulang lebih awal dari waktu biasa oleh sebab-sebab tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar / Wakilnya dan di rekodkan ke dalam buku yang di sediakn di pejabat sekolah.

9.         Surat rawatan

9.1              Murid-murid yang perlukan rawatan doktor bolehlah mendapatkan surat rawatan yang di sediakan di sekolah.
9.2              Murid yang perlu rawatan kecemasan semasa belajar mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

10.       Langkah keselamatan

10.1          Murid-murid dilarang membawa pisau / benda merbahaya / alat permaianan ke sekolah.
10.2          Letakkan basikal di tempat yang di sediakan dan di kunci.
10.3          Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak boleh berada atau bermaian di kawasan tersebut.
10.4          Murid-murid di larang berbasikal di kawasan sekolah.
10.5          Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah atau van hendaklah beratur mengikut peraturan.
10.6          Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalan raya.
10.7          Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir dari bilik darjah hingga ke pintu pagar sekolah.Tidak dibenarkan memecahkan barisan sama sekali.
10.8          Murid-murid mesti menjaga hak sendiri seperti wang, peralatan sekolah supaya tidak hilang.
10.9          Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas yang berharga pada bila bila masa persekolahan.
10.10      Jika kehilangan sesuatu barang berharga, hendaklah segera di beritahu kepada guru dan jika terjumpa barang barang bukan milik sendiri hendaklah di serahkan kepada guru.

11.       Kegiatan aktiviti ko-kurikulum

11.1          Setiap murid tahun 4,5 dan 6 di mestikan menyertai ketiga-tiga aktiviti berikut :-
1)      Persatuan / Kelab
2)      Pakaian seragam
3)      Permaianan

11.2          kehadiran di wajibkan setiap kali di adakan aktiviti dengan berpakaian lengkap dan kemas.
11.3          Selipar dan baju T yang pelbaga tidak di benarkan
11.4          Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan di kenakan.

12.       Lawatan Pelawat

12.1          Murid-murid di kehendaki menghormati mana mana pelawat yang hadir ke sekolah
12.2          Segera membuat laporan kepada guru jika di syaki atau melihat  watak yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.

13.       Latihan kebakaran / kecemasan
                                      
13.1          Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan semasa latihan kecemasan di jalankan.

14.       Ketua darjah / Pegawas
                   
14.1          Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa, berkeadaan kemas dan sentiasa rapi.
14.2          Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan.
14.3          Sentiasa memberi kerjasama kepada guru-guru dan kakitangan sekolah apabila diperlukan.
14.4          Sentiasa peka dan bertangung jawab agar dihormati dan di patuhi oleh murid-murid lain.

15.       Surat menyurat

15.1          Surat yang di kirim kepada murid sekolah ini melalui alamat sekolah akan ditapis oleh Guru Besar atau Wakilnya
15.2          Sekiranya terdapat surat yang isinya menyeleweng dan tidak secucuk dengan taraf sebagai pelajar, tindakan akan diambil

16.       Kegiatan luar.

16.1          Murid-murd dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang tiada kaitan dengan aktiviti sekolah keuali mendapat kebenaran bertulis daripada guru / ibubapa / penjaga.

17.       Budi pekerti / tingkah laku /kelakuan yang patut diamalkan.

17.1          Murid-murid hendaklah sentiasa patuhi segala arahan / pesanan nasihat dan amalan yang diberikan oleh guru.
17.2          Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik disekolah dan di luar sekolah.
17.3          Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan guru / kakitangan sekolah / kawan kawan.
17.4          Sentiasa menghormati lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah serta bendera Negara dan Negeri.
17.5          Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah.
17.6          Sentiasa memberi ucapan salam apabila bertemu dengan guru-guru ataupun orang lebih tua.

18.       Jenis-jenis kesalahan

18.1          Tingkah laku jenayah

18.1.1    Berjudi
18.1.2    Mencuri
18.1.3    Melawan, mengancam, memukul, mencederakan guru, kakitangan sekolah, pengawas, ketua kelas dan murid-murid lain.
18.1.4    Memeras ugut / membuli
18.1.5    Membawa senjata tajam
18.1.6    Mencabul kehormatan
18.1.7    Menceroboh bilik khas, kedai buku, pejabat dan surau sekolah.
18.1.8    Menunjuk perasaan dan mengganggu ketenteraman awam.
18.1.9    Bertaruh / unsur-unsur judi.


18.2          Tingkah laku lucah

18.2.1    Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
18.2.2    Mengeluarkan kata-kata / perbuatan lucah
18.2.3    Melukis gambar / menulis kata-kata dan gambar lucah.
18.2.4    Menulis dan menerima surat cinta.

18.3          Tingkah laku tidak mementingkan masa

18.3.1    Berkeliaran di kawasan sekolah
18.3.2    Hadir lewat ke sekolah
18.3.3    Lewat ke perhimpunan.

18.4          Tingkah laku kurang sopan dan biadab

18.4.1    Berkelakuan kasar terhadap guru.
18.4.2    Berkelakuan kasar terhadap Pengawas / Ketua kelas
18.4.3    Berkelakuan kasar terhadap murid lain /rakan
18.4.4    Berbahasa kesat
18.4.5    Menyimpan / menghisap rokok
18.4.6    Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
18.4.7    Tidak menghormati guru
18.4.8    Tidak menghrmati pengawas / ketua kelas
18.4.9    Tidak menghormati bulan puasa, makan dan minum di khalayak ramai.

18.5          Tingkah laku tidak jujur / Menipu

18.5.1    Ponteng sekolah / kelas /perhimpunan.
18.5.2    Penipuan yang melibatkan kepercayaan
18.5.3    Penipuan yang melibatkan harta benda / barangan.

18.6          Ponteng

18.6.1    Ponteng sekolah / kelas / perhimpunan.
18.6.2    Ponteng kegiatan kokurikulum.
18.6.3    Ponteng ujian / peperiksaan































Soalan kedua :           Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut?


Di Sekolah Kebangsaan Subang, murid-murid di dedahkan dengan peraturan-peraturan sekolah pada setiap masa. Antara cara yang dapat dilihat melalui pemerhatian yang di buat ialah :-

a) Buku peraturan sekolah

Buku ini merakam semua peraturan yang terdapat di sekolah dan ianya di edarkan kepada semua murid dan mereka wajib memilikinya.

b) Pengumuman di perhimpunan.

Apabila wujud sebarang perkara yang melibatkan peraturan sekolah, ianya akan di umumkan di perhimpunan mingguan untuk pengetahuan semua pelajar.

c) Pemberitahuan kepada mereka yang di hukum.

Sebelum mana-mana pelajar di hukum, akan di beritahu terlebih dahulu tentang kesalahan yang di lakukan dan ini juga salah satu daripada cara yang digunakan supaya murid tahu tentang peraturan-peraturan tersebut.
























Soalan ketiga             :           Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah ?

Masalah disiplin adalah tanggung jawab bersama semua warga sekolah. Guru disiplin hanyalah orang yang bertanggung jawab menguruskan perkara ini dengan cara yang lebih teratur. Perkara ini boleh dilihat secara lebih jelas lagi dengan lukisan gambar rajah di bawah.


Kesalahan

Maklumat dari
ketua Darjah/ Pengawas

Maklumat dari
Guru / Guru bertugas

Guru Disiplin


Penyelesaian


Selesai
(Di rekodkan)

Kes pertama
( Hukuman)

Selesai
(Di rekodkan)

Selesai
(Di rekodkan)

Kes Kedua
Penjaga di Panggil

Selesai
(Di rekodkan)



Kes ketiga
Untuk kes ketiga bagi pelajar yang sama.Biasanya pelajar ini digantung sekolah ataupun di buang sekolah.


Berdasar kepada gambar rajah di atas, dapatlah di jelaskan bahawa setiap kesalahan akan di laporkan oleh dua pihak iaitu pelajar (Pengawas / Ketua Kelas) dan Guru. Pekara ini akan di bawa kepada guru disiplin. Di peringkat guru disiplin ini penyelesaian terhadap masalah disiplin akan di buat. Bagi kes pertama pelajar ini akan di beri peringatan hukuman yang setimpal dengan kesalahan. Sebagai contoh, untuk kesalahan bergaduh, murid akan di beri amaran dan di kenakan hukuman sekali rotan. Manakala untuk kesalahan yang kedua, pihak penjaga akan di panggil untuk membuat perbincangan dengan pihak sekolah dan jalan penyelesaian untuk permasalahan ini akan buat. Bagi kesalahan yang berlarutan sehingga ke peringkat yang ketiga. Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut, sama ada dengan menggantung persekolahan pelajar terbabit ataupun mengenakan hukuman buang sekolah.

Aktiviti 4 ( Berkaitan dengan aktiviti 5):

Pengurusan Bilik Darjah
Pengajaran yang dibuat pemerhatian: 1 Dinamik ( Jawi ) dan 1 Maju (Bahasa Melayu)
Umur murid: 7 tahun

1)      Bagaimanakah  murid memberi tumpuan?

·        Murid pintar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang di ajar.
·        Murid memfokuskan perhatian kepada alat bantuan mengajar.
·        Murid yang lemah tidak berminat .
2)      Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?
·        Setiap soalan yang ditanya guru dijawab dengan baik.
·        Murid-murid aktif menjawab soalan.
·        Murid bertanya guru perkara yang tidak difahami.
3)      Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?
·        Guru meminta murid memberi tumpuan kepada apa yang diajar.
·        Penerangan berkaitan topik dijelaskan sehingga pelajar faham.
·        Guru mengulang-mengulang apa yang di rasakan penting.
4)      Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.
·        Bentuk arahan yang diberi adalah jelas kerana menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas
·        Arahan yang diberi oleh guru jelas, ini kerana murid-murid dapat memahami arahan dan melaksanakannya dengan baik.
·        Arahan yang di berikan adalah jelas dan tidak bertindih. Ini untuk memudahkan murid-murid menyelesaikan gerak kerja yang diberikan.
5)      Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?
·        Arahan yang diberikan oleh guru ringkas tetapi disertai dengan kata-kata motivasi.
·        Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
·        Guru mengulangi arahan yang diberi sehingga pelajar faham.
6)      Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah siap tugasan / tidak ada tugasan?
·        Sentiasa beri nasihat atau teguran yang berguna dan bertegas apabila perlu.
·        Meminta murid jangan bercakap dan menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran berlangsung.
·        Meminta murid mengangkat tangan dan berdiri apabila hendak menjawab soalan yang diberi oleh guru.
·        Memberikan motivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh.
7)      Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain?
·        Sebelum berpindah ke aktiviti lain, guru pastikan murid betul-betul faham apa yang diajar
·        Guru menegaskan bahawa dia akan beralih kepada aktiviti lain.
·        Guru memberi ruang kepada murid untuk menyedari perubahan dari satu aktiviti kepada aktiviti lain..
8)      Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?
·        Sebelum memberi tugasan, guru pastikan murid benar-benar faham apa yang dipelajari.
·        Guru membekalkan lembaran kerja kepada murid bersama contoh jawapan.
·        Guru memberikan galakan dan motivasi supaya murid menyiapkan tugasan yang diberi.
9)      Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?

·        Guru mengulangi apa yang di ajar dalam bentuk rumusan.
·        Guru memberikan sedikit komentar atau refleksi tentang apa yang telah dipelajari supaya dapat di gunakan di dalam kehidupan seharian
·        Murid bangun dan mengucapkan terima kasih.


b) Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran
Aktiviti 5:
Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar

1)         Penggunaan soalan
  • Soalan yang digunakan adalah jelas dan ringkas. Murid dapat memahami apa yang di kehendaki oleh guru.
  • Terdapat juga soalan yang di berikan oleh guru memerlukan sedikit kreativiti pelajar untuk berfikir. Sebagai contoh, apabila guru menggunakan perkataan baru yang tidak biasa digunakan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.


2)         Memberi penerangan
  • Penggunaan  ayat yang mudah dan ringkas semasa memberi penerangan.
  • Guru mengulangi bahagian yang tidak difahami oleh murid.
  • Guru memberi penekanan yang lebih kepada bahagian yang penting.


3)         Pergerakan penyampaian dalam pengajaran
  • Di mulakan dengan latar belakang tajuk yang ingin di sampaikan.
  • Pengajaran di mulakan dengan proses mendengar perkataan. Perkataan yang di maksudkan ialah perkataan yang ada di dalam tajuk yang akan di perbincangkan.
  • Pergerakkan seterusnya ialah bertutur. Pelajar di kehendaki menyebut apa yang di sebut oleh guru.
  • Seterusnya pelajar di kehendaki membaca perkataan yang telah di dengar dan di tuturkan. yang tertera di papan hitam
  • Seterusnya, pelajar di kehendaki menulis apa yang telah didengar, dituturkan dan dibaca.




4)         Penggunaan alatan
  • Guru Bahasa Melayu menggunakan papan putih, kad bantuan mengajar dan buku panduan guru sebagai rujukan ketika mengajar dalam kelas.
  • Guru  Jawi menggunakan Papan hitam semasa pengajaran.


5)         Respons kepada kerja murid
  • Guru memperbetulkan kesalahan kerja yang di buat oleh murid.
  • memberi komen yang membina terhadap hasil kerja yang tidak sempurna.
  • Murid yang dapat menyelesaikan kerja dengan baik di beri pujian sebagai galakan dan seterusnya menjadi motivasi untuk murid tersebut meneruskan usahanya.



6)         Penggunaan suara dan “eye contact”
  • Nada suara guru berbeza-beza mengikut keadaan. Menjadi tegas apabila ingin menyatakan perkara penting seperti tajuk dan isi penting. Manakala menjadi lembut apabila memberi penerangan kepada murid secara individu.
  • wujud “eye contact” antara guru dan murid. Perkara ini adalah untuk memastikan murid menumpukan perhatian kepada apa yang di ajar.

7)         Pergerakan badan
  • Guru banyak berdiri untuk memudahkan proses mengajar
  • Guru menggunakan lenggok badan yang sesuai apabila menceritakan ataupun menegaskan sesuatu.









Aktiviti 6

Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apa yang anda pelajari daripadanya.



Jawapan

·        Kekuatan pengajaran dan pembelajaran kelas Jawi 1 Dinamik
1.      pelajar menumpukan kepada topik pengajaran. Terdapat suasana yang hidup walaupun kemudahan BBM terhad. Ini kerana murid- murid terdiri daripada pelajar yang pintar dan mendapat suntikan motivasi dan cara psikologi yang berkesan daripada guru yang mengajar
·        Kekuatan pengajaran dan pembelajaran kelas Bahasa Melayu 1 Maju
1.      penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat mengajak murid-murid supaya memberi penumpuan kepada topik pelajaran.
2.      keadaan ini menjadikan suasana P & P ceria dan menyeronokkan. Bagi murid-murid yang lemah, penggunaan BBM ini amat diperlukan dalam proses pengajaran.
·        Kelemahan pengajaran dan pembelajaran kelas Jawi 1 Dinamik
1.      tiada penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik pelajaran.
2.      jumlah pelajar yang ramai menyebabkan ada yang mengambil kesempatan berbual-bual dan berjalan tanpa pengetahuan guru.
·        Kelemahan pengajaran dan pembelajaran kelas Bahasa Melayu 1 Maju
1.      Cara penyampaian guru kurang cekap. Menggunakan bahasa yang tinggi dan sukar difahami oleh murid darjah satu.
2.      kawalan kelas lemah. Murid cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan ini dengan berjalan dan membuat bising. Ini kerana kelas ini terdiri daripada murid yang paling lemah dalam pelajaran.

            Saya dapat mempelajari bahawa proses P & P yang baik ialah berpunca daripada guru itu sendiri. Guru mesti bijak menguasai psikolgi murid-murid. Cara penyampaian P & P kepada tahap kepandaian murid juga mesti berbeza. Murid yang lemah amat lembab lambat penerimaannya. Berbeza dengan murid yang pintar, penerimaannya cepat sekali. Walaubagaimanapun, BBM adalah suatu unsur yang amat dalam P & P. Ia dapat membantu murid-murid menguasai topik pengajaran dengan cepat dan mendalam. BBM mesti disediakan sesuai dengan tahap kepandaian murid masing-masing. Gabungan kedua-dua unsur ini, akan menjadikan P & P berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.





KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN

Kemudahan yang disediakan:

  1. pusat sumber
  2. bilik bimbingan dan kaunseling
  3. bilik rawatan
  4. pejabat sekolah
  5. stor
  6. bilik pendidikan moral
  7. bilik muzik
  8. kelas pemulihan
  9. kelas j-QAF
  10. kantin
  11. bilik tayangan
  12. makmal komputer
  13. surau
  14. bilik bahan bantuan mengajar
  15. bilik buku teks sekolah
  16. bilik alatan ko-kurikulum
  17. koperasi sekolah
  18. makmal sains
  19. bengkel kemahiran hidup
  20. kelas pra sekolah
  21. bilik mesyuarat
  22. bilik guru




Peralatan yang disediakan:


  1. PA sistem
  2. Komputer
  3. printer hitam putih
  4. projektor overhead
  5. papan tayang putih (setiap bilik darjah dipasang di bahagian atas papan hitam) dan peralatan multimedia (setiap bilik darjah dibekalkan satu unit)
    • sepanjang pelatih berada di sini, tidak ada seorang pun guru yang menggunakan kemudahan ini. Alasannya peralatan tersebut cerewet dan merugikan masa. Hakikatnya, kerajaan telah banyak berbelanja menyediakan kelengkapan peralatan multimedia ini untuk setiap bilik darjah. Alangkah ruginya jika tidak dimanfaat sebaiknya oleh para guru.
kemudahan yang masih diperlukan:

  1. padang
    • kawasan sekolah terhad. Semua kawasan telah digunakan semaksima mungkin. Padang sekolah terpaksa digunakan untuk meletak kenderaan guru dan pelawat. Padang menjadi tidak terurus dan becak dengan air hujan. Dalam rancangan terkini plan pembangunan sekolah, kawasan padang akan didirikan bangunan baru yang lengkap dan canggih.

  1. dewan tertutup
    • majlis rasmi dibuat di dewan terbuka. Dewan terbuka terdiri daripada beberapa kelas yang dibuka bersama ruang kosong sebelah bawah bangunan sekolah). Antara masalah yang dihadapi ialah perubahan cuaca yang tidak menentu akan mengganggu perjalanan sesuatu majlis.

  1. pencetak warna
    • guru yang memerlukan pencetak warna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Ilustrasi bewarna perlu untuk menceriakan proses pengajaran dan pembelajaran. Seeloknya disediakan sekurang-kurangnya seunit untuk kegunaan para guru.

  1. mesin penyalin khusus untuk guru.
    • Mesin penyalin hanya untuk kegunaan pejabat. Guru yang hendak membuat salinan fotokopi boleh mendapatkannya di koperasi sekolah dengan perbelanjaan sendiri.





















SOALAN:
Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik?

1.0 PENDAHULUAN
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:
  • Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
  • Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
  • Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.
  • Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
  • Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat.
  • Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.

1.1 Guru Sebagai Pendidik
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.
J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:
  • Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia
  • Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
  • Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar
  • Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka
Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.
Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa. Tetapi persoalannya sekarang, mampukah sekolah menangani masalah sosial yang semakin mencabar ?.
2.0 PERANAN SEKOLAH
Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan yang dianggap sebagai satu proses yang membolehkan seseorang manusia yang sanggup berfikiran kritikal dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran-kemahiran teknikal dan kegiatan-kegiatan psikomotor. Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada mausia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang difikir sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan-kehidupan seharian.
Sekolah merupakan satu institusi masyarakat yang penting dalam mementingkan perhubungan dan perubahan tingkahlaku pelajar-pelajar mengikut arah dan kehendak masyarakat (Khadijah Haidi, 1994). Justeru itu sekolah perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa , sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Tidak ketinggalan juga sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Bahkan guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna, mematuhi peraturan masyarakat.
  1. Guru dan Isu Semasa
Pada masa kini, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat perindustrian yang maju dalam teknologi telah mengalami perubahan sosial yang pesat (Mohd. Yusman Awang, 1996). Oleh itu guru di sekolah juga hendaklah memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. Ini bermakna, pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar mengikut arus pembaharuan semasa. Ini selaras dengan wawasan negara, yang mementingkan kemajuan teknologi maklumat supaya konsep pendidikan negara bercorak ke arah bercirikan teknologi secara saintifik. Dalam kata lain tanggungjawab guru ini menjadi semakin berat dan komplek kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni. Persoalannnya sekarang , mampukan guru mengimbangkan teknologi maklumat, moral dan etika terhadap pelajar ?. Jika kita lihat untuk mengimbangi faktor ini sukar untuk dicapai. Selaras dengan kemajuan teknologi kini masalah keruntuhan moral pelajar semakin menjadi-jadi.Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakan pendapat dan rungutan ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer. Menurut laporan Berita Harian (Oktober,1997) seorang bapa mengadu tingkahlaku anaknya berubah menjadi liar dan berperangai tidak senonoh berikutan dengan pertambahan pengetahuan dan maklumat dari internet yang tidak bertapis. Pelajar mudah mendapatkan sebarang maklumat sama ada sesuai atau tidak dengan cara yang lebih mudahdi zaman kemajuan teknologi maklumat kini. Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru sebagai pendidik di sekolah di samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka akan timbul masalah di kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai masalah yang menjurus mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja masa kini. Sehubungan dengan itu guru perlu berpaling kepada tugas-tugas yang lebih mencabar dan menguji kewibawaan guru tersebut di samping tugas utamanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Pada pendapat kami, pengetahuan ilmu teknologi maklumat ini penting untuk generasi muda sebagai satu wadah untuk mencapai kemajuan di masa hadapan. Tetapi pengetahuan ilmu ini perlu disekat dan diberi secara berperingkat. Misalnya bagi pelajar sekolah rendah pengetahuan mengenai internet tidak perlu lagi, bagi mengelakkan mereka daripada meneroka jauh di dalam bidang ini ke arah yang tidak sihat. Namun pengetahuan secara teori perlu diberikan supaya mereka tidak ketinggalan. Apabila pelajar ini telah melangkah ke sekolah menengah pengetahuan teknologi maklumat ini perlu diberi pendedahan secara keseluruhan kerana pada peringkat umur ini mereka sudah mampu berfikir untuk menentukan yang baik dan yang buruk. Walaupun pendedahan ini perlu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkahlaku pelajar ini di rumah. Di sekolah masalah ini mungkin sukar terjadi kerana ia dikawal sepenuhnya oleh guru. Masalah ini biasanya berlaku di rumah ketika bersendirian atau bersama rakan sebaya.
  1. Peranan Sekolah dan Masyarakat
Sekolah merupakan institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Ini dapat dicapai sekiranya sekolah memberi perhatian yang bersungguh-sungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Isunya sekarang, mampukan pihak sekolah dan masyarakat berindak seiring dalam menangani masalah sosial di kalangan pelajar ?. Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini adalah tanggunjawab bersama. Pihak sekolah perlu memainkan peranannya manakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat petanda peranan sekolah dalam menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah . Menurut Dr. Abdul Rahim Abd. Rashid (1997), ini disebabkan oleh kelemahan -kelemahan sekolah seperti hubungan interpersonal yang renggang, guru yang kurang bermotivasi dan berdedikasi, perasaan yang tidak berpuas hati terhadap sekolah, hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang ditunjukkan oleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang tinggi yang dihadapi oleh murid di sekolah, kegagalan yang tinggi dihadapi oleh murid-murid disebabkan oleh ketidakcekapan sekolah dalam memenuhi kehendak murid, dan kekerapan berlakunya murid diabaikan di sekolah. Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal personal murid dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak sekolah. Menurut S. Subramaniam, Setiausaha Persatuan Perkhidmatan Pendidikan (Jun 1998) pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh.
Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial yang rigid. Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak sekolah, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. Menurut Khairunnisa Sulaiman (1996) dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu bapa, khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di luar sekolah.
Pihak sekolah harus menyedari, masyarakat setempat adalah satu aset yang boleh dijadikan rakan kongsi yang berkesan membantu pihak sekolah dalam menangani semua masalah yang berlaku , khususnya membanteras masalah sosial dan jenayah di kalangan murid sekolah.
Bagi mengatasi masalah ini, sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yang berkesan bagi membolehkan ia mampu mengawal gejala-gejala buruk dan membanteras masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah. Peranan yang dimainkan oleh sekolah sebagai agen pengawalan sosial boleh dilakukan dengan pelbagai cara terutamanya bekerjasama dengan masyarakat setempat. Pihak sekolah dan masyarakat, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu duduk semeja membincangkan masalah sosial pelajar ini. Pengawalan dan tindakan yang dilakukan oleh sebelah pihak mungkin berjaya tetapi kurang berkesan. Pihak masyarakat juga perlu memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menangani masalah ini. Setiap tindakan yang wajar seperti merotan atau denda ringan yang lain hendaklah dianggap sebagai hukuman untuk mendidik bukan sebagai dera.Salah faham ini juga menimbulkan konkfik dalam menangani masalah sosial pelajar.
Dari masa ke semasa pelajar-pelajar perlu dilatih supaya lebih bertanggungjawab mematuhi peraturan dan undang-undang mengekalkan keamanan, menghormati orang lain, berperangai mulia dan tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk sebagaigaris panduan amalan dan tindakan. Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sosial di sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkahlaku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlulah menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin.
  1. Sekolah dan Kaunseling
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar.
Namun persoalannya, mampukah program seumpama ini menangani atau sekurang-kurangnya mengurangi masalah pelajar dari sudut akademik, peribadi ataupun tingkahlaku pelajar ?. Jika dikaji dengan mendalam, unit kaunseling yang beroperasi di sekolah telah wujud sejak tahun 1964 lagi, tetapi lebih dikenali sebagai perkhidmatan bimbingan kerjaya. Bimbingan kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pula mula dikenali dalam tahun 1980 an. Kewujudan PRS ini seolah-olah tidak memberi sebarang makna kerana peranannya agak kabur dan tidak ditonjol sepenuhnya. Kewujudannya seperti kelab dan persatuan ko-kurikulum yang lain di sesebuah sekolah. Buktinya, sehingga hari ini masih lagi terdapat pelajar-pelajar yang terbabit dengan pelbagai masalah sosial atau kes salah laku seperti kes juvana yang menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan terutamanya di sekolah yang terletak di kawasan-kawasan bandar. Berita-berita ini sering di dedahkan di dada-data akhbar. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh majalah MASSA, Mac 1997, jumlah tangkapan pelajar dalam pelbagai salah laku meningkat iaitu pada tahun 1994 jumlah tangkapan 3247 pelajar, tahun 1995 jumlah tangkapan 4192 pelajar dan pada tahun 1996 jumlah tangkapan meningkat lagi dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 4601 pelajar.
Menurut Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid (1997) berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995, bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Ini belum lagi dicampur dengan jumlah pelajar yang terbabit dengan kesalahan tingkahlaku. Walaupun tidak semua tangkapan kes juvana melibatkan pelajar sekolah tetapi secara rambangnya tahap umur 10 tahun hingga 18 tahun melayakkan mereka dikategorikan sebagai pelajar. Sekiranya mereka tidak terkandas dalam peperiksaan, dibuang sekolah atau malas belajar mereka masih di alam persekolahan.
Menyedari hakikat inilah, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk mewujudkan perkhidmatan kaunselor sepenuh masa yang bersifat proaktif dan bertaraf profesional di setiap sekolah menengah secepat yang mungkin (Abdul Hamid, 1996).
Sementera itu menurut kaunselor di Unit Kaunseling Universiti Sains Malaysia, Wan Mohd Khair Wan Chik berpendapat bahawa idea untuk mewujudkan kaunselor sepenuh masa sepatutnya dilakukan sejak dulu lagi.
Mewujudkan dua orang kaunselor di tiap-tiap buah sekolah amat dialu-alukan. Bagaimanapun, selain daripada menumpukan perhatian di dalam mewujudkan kaunselor di sekolah-sekolah, perkara penting yang perlu di beri perhatian ialah kemudahan untuk kaunselor menjalankan tugas mereka. Guru-guru perlu di beri kefahaman mengenai tugas kaunselor agar pihak guru dan kaunselor dapat bekerjasama antara satu sama lain.
Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tuampuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.
  1. Sekolah dan Unit Disiplin
Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru disiplin. Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undang-undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan seperti salah laku pelajar iaitu datang lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut panjang dan sebagainya sehinggalah kepada kesalahan yang berat seperti merokok dan menghisap dadah di bawah pemerhatian guru disiplin (Kamarrudin Jusoh,1997).
Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Isunya sekarang, adakah tugas guru disiplin sekarang dihormati dan menjadi batu penghalang kepada pelajar untuk melakukan sesuatu kesalahan?. Kehadiran guru disiplin di sekolah seolah-olah tidak dihiraukan oleh pelajar hatta pihak sekolah sendiri (Rusil, 1997). Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Menurut Kamaruddin Jusoh, bekas guru disiplin, sesetengah sekolah sanggup untuk memperuntukan sejumlah wang ke arah kecemerlangan akademik dengan mengabaikan masalah-masalah displin pelajar. Pihak pentadbir akan mendabik dada sekiranya sekolahnya terdapat ramai pelajar mendapat ‘A’ dalam peperiksaan ataupun 100% lulus dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sekolah tidak mengambil kira nilai-nilai yang ditonjolkan oleh setiap pelajarnya asalkan matlamatnya tercapai iaitu mendapatkan sebanyak mungkin pelajar mendapat ‘A’.
Menurut Kamarrudin (1997) masalah pelajar tidak menghormati guru disiplin semakin runcing apabila terdapat campurtangan ibu bapa yang lebih menyebelahi pelajar. Terdapat satu kes pada penghujung tahun 1996, seorang guru disiplin dihadap ke muka pengadilan kerana merotan seorang murid yang melakukan kesalahan disiplin. Apabila kes sebegini diajukan kepada pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengarah Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan, jawapan yang diberikan, "sekiranya guru tersebut bersalah kita akan mengambil tindakan tatatertib dan jika perlu, guru tersebut akan dibuang dari perkhidmatannya". Seolah-olah di sini guru disiplin tidak dihiraukan di sekolah. Dengan demikian guru disiplin akan merasa tugas dan komitmen yang disumbangkan untuk mengawal disiplin dan salah laku pelajar adalah sia-sia dan tidak memberi kesan . Oleh itu unit displin di sekolah-sekolah sekarang ini tidak dapat menolong untuk membenteras gejala sosial dengan sewajarnya.

3 ulasan:

  1. terima kasih kerana berkongsi... mohon copy ya

    BalasPadam
  2. mohon copy :)

    BalasPadam
  3. Boleh nak download x? Terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...