PENGENALAN
Program Pendidikan Luar Kajian Sosial ini dilaksanakan atas tujuan memnuhi kerja kursus dalam kajian Sosial. Kandungan aktiviti ini menekankan elemen-elemen berdasarkan kajian Tempatan dan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam kehidupan harian.
Program kajian Sosial ini merangkumi bidang sains kemanusiaan dan sains kemasyarakatan iaitu pengintegrasian displin sosiologi, sejarah, ekonomi dan sains politik. Pengintegrasiaan disiplin-disiplin ini dibuat untuk mengkaji dan meihat pola interaksi manusia dalam pelbagai bidaya. Hal ini dilaksankan agar pengajian secara menyeluruh tentang budaya kehidupan manusia sejagat amnya dan masyrakat khususnya dapat dibuat.
Program ini dilaksanakan supaya dapat menyeddiakan guru-guru berpengetahuan luas dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan serta berketrampilan sesuai dengan kehendak pendidikan terkini. Aktiviti program ini akan mendedahkan para guru pelatih seperti saya terhadap social ekonomi masyarakat setempat iaitu di kawasan perkampungan nelayan di Tanjung Lumpur ini. Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan para guru pelatih merasai sendiri pengalaman hidup bersama-sama dengan masyarakat luar khususnya yang berkaitan dengan ekonomi setempat yang terdapat di kawawsan kajian iaitu perkampungan nelayan.
Aktiviti program ini akan mendedahkan para guru pelatih terhadap social ekonomi masayarakat setempat. Disampinh menyemai nilai akhlak mulia, bersemangat tinggi, mempnuyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mampu menghasilkan guru yang berkualiti yang dapat meyumbangkan bakti kepada negara dan juga bangsa.
MATLAMAT
Program ini bertujauan untuk mendedahkan para guru pelatih terhadap sosial ekonomi masyrakat setempat. di samping menyemai nilai akhlak mulia, bersemangat tinggi mempnuyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mampu menghasilkan guru yang berkualiti yang dapat meyumbangkan bakti kepada negara dan juga bangsa Malaysia.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti kajian luar ini, pelatih diharap dapat:
I. Realisasi sebenar tentang sebuah kehidupan dalam aspek sosio ekonomi
II. Mengetahui maklumat kaedah pengumpulan kehidupan kemanusiaan
III. mempunyai kemahiran asas interpersonal untuk berinteraksi bersama masyarakat etempat yang baru dikenali
IV. menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan efektif
V. memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dengan mengamalkan refleksi dan penilaian
VI. pengukuhan kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian
REFLEKSI
ALHAMDULILAH……….
Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi, kerana dengan limpah izin serta kurniaNya, dapat saya menyiapkan laporan yang telah diberikan kepada saya.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih, saya ucapkan kepada kedua-dua pensyarah penasihat iaitu En Ramly b. Saadon dan En. Johari b. Joned yang telah banyak memberi panduan serta tunjuk ajar yang berguna ke arah menyiapkan laporan bagi Program pendidikan Luar kajian Sosial ini.
Setinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang dan merangkap exco Belia dan Sukan iaitu Dato’ Wan Adnan Wan Mamat kerana telah menyambut saya dan rakan-rakan seperjuangan ke kampung beliau dengan tangan yang terbuka. malah beliau juga banyak membantu memberi maklumat tentang sejarah kampong Tanjung Lumpur ini kepada saya dan rakan-rakan yang lain.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada keluarga angkat saya iaitu En. Jusoh bin Awang dan Puan Rohati bt. Raja Adam kerana telah sudi menerima saya dan tiga rakan saya yang lain sebagai anak angkat mereka selama satu malam. Banyak yang telah diberikan kepada saya dan rakan-rakan dalam memberi maklumat tentang sejarah dan latar belakang perkam[pungan Tanjung Lumpur dan corak hidup masyarakat di perkampungan nelayan ini.
Segala panduan dan teguran yang membina dari pihak tuan amat saya sanjungi. Akan saya jadikan ianaya satu pengalaman, pengetahuan dan peransang yang berguna pada masa akan datang.
Seandainya terdapat kekurangan dan kecacatan dalam laporan ini, teguran yang membina dari pihak tuan amatlah saya harapkan. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan