KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Ahad, 30 Januari 2011

CONTOH REFLEKSI JURNAL MINGGUAN



REFLEKSI 
Banyak kerja-kerja pengurusan yang terpaksa diselesaikan.

· Kerja bertimbun. Antara kerja yang perlu saya selesaikan ialah merancang web master sekolah, membuat dan menyemak soalan ujian diagnostik Jawi, terlibat sebagai AJK kantin sekolah, membuat rancangan tahunan pendidikan Islam tahun satu, merancang dan menyediakan kelengakapan praktikum, merancang dan menyediakan pengajaran dan pembelajaran sekolah.

· Fikiran saya menjadi buntu. Kerja yang mana satu harus diselesaikan. Keadaan ini membuatkan fikiran saya kusut dan saya berada dalam keadaan tertekan.

Menguruskan hiasan di bilik j-QAF

· Alhamdulillah, kami diperuntukkan sebuah bilik untuk kelas pemulihan jawi. Bilik ini terletak di bangunan lama bahagian belakang sekolah. Bilik ini perlu dihiaskan dengan cantik dan ceria. Perlu ada sedikit pelaburan kewangan daripada semua guru j-QAF demi memastikan bilik ini ceria dan menarik. Kami bersetuju mengumpul duit untuk menghias bilik ini. Walaubagaimanapun masalah kewangan membantutkan usaha kami.

Masalah peribadi saya sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi pengajaran antara masalah-masalah saya ialah:

· Kewangan. Kedudukan kewangan saya sedikit terdesak kerana isteri baharu sahaja melapor diri di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Gombak, Selangor. Biasanya, bagi guru baru tempoh pelunasan gaji adalah tiga bulan dan keadaan ini amat menghimpit saya.

· Masa. Masa saya banyak dihabiskan atas jalan raya. Ini kerana saya terpaksa mengambil isteri yang pulang sekolah pada pukul 6.30 petang. Saya turun rumah pada pukul 6.00 petang dan biasanya akan pulang pada pukul 8.00 malam.

· Kepenatan. Keadaaan ini amat memenatkan saya. Pengajaran dan pembelajaran tetap kena rancang.

Jalan penyelesaian:

· Saya perlu membuat jadual kerja yang terancang dan tersusun.

· Saya akan curi masa untuk tidur sekejap untuk merehatkan badan. Saya juga akan bangun malam untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah.



Masalah pengajaran dan pembelajaran:

· Jadual yang padat

Pada awal tahun, saya diberikan jadual oleh pihak pentadbiran sekolah. Masa yang diperuntukkan amat banyak iaitu 31 waktu seminggu. Keadaan ini tidak sesuai kerana saya sekarang sedang menjalani praktikum. Waktu praktikum hanyalah 12 jam seminggu. Untuk itu, saya mesti menyediakan dua buku rekod pengajaran. Satu untuk pihak sekolah dan satu lagi untuk memenuhi penyeliaan praktikum. Kerja pun jadi berganda. Pada waktu-waktu begini, masa amat bernilai bagi saya. Saya jadi berkira tentang masa. Saya rasa begitu sibuk sekali. Alhamdulillah, selepas kedatangan pegawai daripada PPD Daerah Petaling, beliau mengarahkan pihak sekolah supaya memperuntukkan masa mengajar 25 waktu seminggu kepada guru-guru j-QAF yang masih dalam kursus. Saya merasa sedikit lapang. Saya sudah mempunyai kelapangan untuk merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar serta menguruskan hal-hal praktikum.

· P & P terganggu dengan urusan sekolah. Saya selalu dijemput untuk membaca doa dalam sesuatu majlis. P& P saya terganggu sering kerana urusan tersebut. Saya membuat aduan kepada guru pembimbing mengenai masalah ini. Guru pembimbing akan cuba menanganinya.

· Masa P & P yang tidak praktikal. Masa selepas rehat dan masa sebelum pulang. Pada waktu ini, masa P & P sering keciciran. Masa sebenar P & P hanyalah 15 minit untuk satu waktu. Ini kerana masa selepas rehat telah dicuri oleh perhimpunan di dewan terbuka dan perjalanan masuk murid-murid ke kelas masing-masing. Masa sebelum balik sekolah pula terhakis oleh keadaan murid yang sudah tidak sabar untuk pulang. Semangat belajar mereka juga kurang dan guru terpaksa banyak menggunakan masa untuk mengawal tingkah laku mereka.

· Pelajar selalu bertukar kelas. Ujian KIA 2M akan menentukan kedudukan pelajar di sesebuah kelas. Selepas ujian dijalankan, mereka akan diasingkan kelas mengikut pencapaian masing-masing. Keadaan ini menyulitkan saya kerana terpaksa membentuk kumpulan murid yang baharu dan mengubah data-data murid yang telah disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...