Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Ahad, 8 Mei 2011

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SUBJEK PERDAGANGAN


CONTOH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SUBJEK PERDAGANGAN

DISEDIAKAN OLEH
AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ
Dip. Pend. Pengurusan Perniagaan  & Perdagangan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Email           :        amirazros@yahoo.com
Blog             :        http://amirazros.blogspot.com/
Facebook      :        http://facebook.com/amirazros
Laman web   :        http://wangianpemikat.com/








RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RM 1)

Mata pelajaran                 : Perdagangan
Tingkatan                        : 5 Trampil
Bilangan Murid                : 35 Orang
Tarikh                              : 21 Januari 2010
Masa                               : 9.00am-9.40am (40 minit)
Tajuk                                  : PROMOSI                                                                          
Sub Tajuk (Unit)                : Bab 5  :  Promosi                                                                                                 5.1(a)   Peranan promosi                                                                                                5.2(b)   Promosi dalam pemasaran    
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat
a)   Menerangkan maksud promosi dengan ringkas.
b)   Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 peranan promosi di dalam perniagaan.
c)   Menghuraikan kaitan promosi dengan pemasaran. 
BBM                               : Slide powerpoint, video, gambar, nota guru dan papan putih

Set Induksi :  Guru memaparkan satu tayangan video (BBM 1) mengenai aktiviti promosi dan meminta pelajar meneka perkaitan antara tayangan video tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari. Dalam masa yang sama sesi soal jawab antara guru dan pelajar turut berlaku.
Langkah 1 :    Dengan bantuan slide powerpoint (BBM 2) guru akan menerangkan maksud promosi kepada pelajar. Guru juga menunjukkan gambar (BBM 3) contoh-contoh promosi yang ada sambil menyoal pelajar tentang promosi yang pernah pelajar lihat dan ketahui. Guru memperjelaskan lagi jawapan yang diberikan oleh pelajar bagi memastikan pelajar dapat lebih memahami.
Langkah 2 :   Guru menunjukkan satu produk dan bertanyakan pengetahuan pelajar akan kewujudan produk itu di pasaran. Seterusnya guru mengaitkan pengetahuan berkenaan dengan salah satu peranan promosi iaitu mewujudkan pasaran baru dan dalam masa yang sama, guru mengedarkan nota (BBM 4) yang telah disediakan sebagai rujukan tambahan oleh pelajar.

Langkah 3 :   Berdasarkan nota yang telah diedarkan, guru menerangkan perkaitan promosi dengan pemasaran. Sesi soal jawab berlaku antara guru dan pelajar. Guru membentuk kumpulan kecil dan mengedarkan sekeping gambar (BBM 5) promosi bagi setiap kumpulan dan meminta pelajar untuk menulis peranan promosi bedasarkan gambar berkenaan di atas papan putih.
Penutup     :   Guru membuat rumusan berkenaan tajuk yang dipelajari seterusnya meminta pelajar membuat latihan pengukuhan (BBM 6) dan membaca tajuk yang akan dibincang pada kelas berikutnya.









Rancangan Mengajar Harian Perdagangan Tingkatan 5

Tingkatan                   :           5 Perdagangan.
Tarikh                         :           26 Januari 2010 (Selasa).
Masa                           :           8.00 – 8.40 malam (40 minit).
Bilangan Murid          :           54 orang.
Sub tajuk                    :           Pemilihan Media Pengiklanan.
Objektif                      :           Sebelum tamat pembelajaran ini, pelajar dapat menentukan jenis
pengiklanan
yang sesuai bagi sesuatu barang kepada peniaga.
Pengetahuan sedia ada:          Pelajar telah mengetahui jenis media pengiklanan.
Nilai Murni                 :           Bekerjasama.

Langkah-langkah:
Langkah 1                  :           Guru menayangkan gambar-gambar media pengiklanan (BBM 1).
(5 minit)                                  Guru meminta beberapa orang pelajar untuk menyenaraikan
media-media pengiklanan.

Langkah 2                  :           Guru memberikan peta minda yang perlu dilengkapkan oleh setiap
(5 minit)                                 pelajar sepanjang proses pengajaran (BBM 2).
              
Guru memulakan pengajaran dengan menyatakan faktor-faktor pemilihan media pengiklanan (BBM 1).

Langkah 3                  :           Guru memberikan penerangan secara jelas kepada pelajar tentang 
(15 minit)                               faktor-faktor pemilihan   media pengiklanan.
Guru memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk mengukuhkan pemahaman murid terhadap kelapan-lapan faktor tersebut.

 Langkah 4                 :           Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan.
(10 minit)                                Guru memberikan sehelai kertas (BBM 3) majung serta sampul yang mengandungi gambar  suatu jenis perniagaan(BBM 4).
Pelajar diminta untuk menghuraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan media pengiklanan yang sesuai bagi mempromosikannya.
Guru memanggil ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan.

Langkah 5                   :          Guru meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah
(5 minit)                                 dipelajari hari ini (BBM 1).
Guru menyerahkan soalan penilaian berbentuk objektif untuk disiapkan di rumah dan    dihantar keesokan harinya (Lampiran 2).


Rancangan Mengajar Harian Perdagangan Tingkatan 5

Tingkatan                   :           5 Perdagangan.
Tarikh                         :           26 Januari 2010/ Selasa.
Masa                           :           8.10 – 9.30 pagi (80 minit).
Bilangan Murid          :           54 orang.
Sub tajuk                    :           Jenis Promosi.
Objektif                      :           Sebelum tamat pengajaran, dalam masa 10 minit pelajar-pelajar Tingkatan
5VT dapat mengenalpasti dan membandingkan keempat-empat jenis promosi yang telah dibincangkan.
 Pengetahuan sedia ada:         Pelajar mengetahui adanya promosi digunakan oleh peniaga untuk menarik
perhatian dan minat pembeli agar  membeli barangan yang dijual.
Nilai Murni                 :           Hormat-menghormati, bekerjasama, mematuhi arahan dan berani..


Langkah-langkah:
Langkah 1                   :           Guru menunjukkan barangan kegunaan harian dan menanyakan
(5 minit)                                 kepada pelajar mengenai barangan tersebut melalui pengetahuan
sedia ada mereka.

Langkah 2                               :           1) Guru memulakan sesi p&p dengan mengimbas kembali dan
(45 minit)                                menanyakan kepada pelajar mengenai pembelajaran yang lalu.
                                                2) Guru menanyakan jenis promosi yang pelajar ketahui melalui
pengetahuan sedia ada.
                                                3) Guru menggunakan pendekatan inkuiri secara soal jawab di
mana guru bertanyakan soalan kepada pelajar dan segala jawapan
pelajar guru tuliskan di papan putih.
                                                4) Guru memberikan gambaran serta situasi kepada pelajar
berkenaan dengan barangan dan meminta pelajar memberikan pendapat mengenai situasi tersebut berdasarkan jenis promosi yang berkaitan.  
5) Guru memberi masa kepada pelajar untuk menyalin nota di papan putih setelah perbincangan dari satu jenis promosi ke jenis promosi yang lain.







Langkah 3                  :           Simulasi dan main peranan berkaitan jenis promosi mengikut 4
(20 minit)                               jenis promosi selama 5 minit untuk  setiap kumpulan.
                                  
Kumpulan 1 - Pengiklanan                           Kumpulan 3 - Jualan Terus
                                    Kumpulan 2 - Promosi Jualan                                    Kumpulan 4 – Publisiti

Langkah 4                   :           Pelajar merumuskan keempat-empat jenis promosi yang telah
(10 minit)                               dibincangkan beserta dengan fungsi dan tujuan untuk setiap jenis
promosi tersebut.

Langkah 5                               :           Guru juga memberikan latihan pengukuhah sebagai kerja rumah
(5 minit)                                           untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar mengenai subtopik ini.






Rancangan Mengajar Harian Perdagangan Tingkatan 5

Tingkatan                   :           5 Perdagangan.
Tarikh                         :           26 Januari 2010/ Selasa.
Masa                           :           8.10 – 9.30 pagi (80 minit).
Bilangan Murid          :           54 orang.
Sub tajuk                    :           Media Pengiklanan.
Objektif                      :           Sebelum tamat pengajaran, pelajar dapat :
a)      Menjelaskan kelebihan dan kekurangan setiap media pengiklanan.
b)      Memilih media pengiklanan yang sesuai bagi mempromosikan sesuatu keluaran.
Pengetahuan sedia ada:          Pelajar telah mengetahui jenis-jenis promosi dalam pengiklanan.
Nilai Murni                 :           Bekerjasama.

Langkah-langkah:
Langkah 1       : Guru meminta pelajar untuk menyenaraikan jenis promosi.
(5 minit)

Langkah 2       : Guru menerangkan tentang maksud media pengiklanan(BBM 1).
(5 minit)            Guru menayangkan video berkenaan cara peniaga mengiklankan barangan mereka(BBM 2).
  Guru menjelaskan perbezaan saluran yang digunakan antara peniaga kecil-kecilan dan
  peniaga besar-besaran.

Langkah 3       : Guru menerangkan maksud media bercetak(BBM 1).
(20 minit)          Guru memaparkan gambar jenis media bercetak yang sering digunakan(BBM 1).
                          Guru meminta pelajar untuk menyatakan jenis media bercetak.
  Guru menghuraikan tentang kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis media  
  bercetak(BBM 1).




Langkah 4       :  Guru memberikan penerangan maksud media elektronik(BBM 1).
(15 minit)           Guru memaparkan gambar media elektronik yang sering digunakan(BBM 1).
                           Guru meminta pelajar untuk menyatakan jenis media elektronik.
                           Guru menjelaskan tentang kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis media  
                           elektronik(BBM 1).

Langkah 5       :  Guru mempamerkan gambar media-media lain yang boleh digunakan(BBM 1).
(15 minit)           Guru meminta pelajar untuk menyatakan media-media tersebut.
                           Guru menjelaskan tentang kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis media  
                           tersebut(BBM 1).

 Langkah 6      :  Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan.
(15 minit)           Guru memberi sehelai kertas majung serta sampul yang mengandungi soalan  
   yang perlu diselesaikan oleh pelajar(BBM 3).
   Guru memanggil ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan.

Langkah 7       :  Guru membuat rumusan pembelajaran hari tersebut(BBM 1).
(5 minit)             Guru mengedarkan soalan latihan untuk disiapkan dirumah(BBM 4).        
Guru meminta pelajar bersedia untuk topik seterusnya dan membuat rujukan awal.





TINGKATAN
:
4 Perdagangan
TARIKH
:
10 Disember 2009
MASA
:
3.00 - 3.40 petang
TAJUK
:
Unsur Perdagangan
BIL. MURID
:
50 orang
SUB TAJUK
:
Maksud Bantuan Perniagaan dan Fungsi-Fungsi Bantuan Perniagaan
OBJEKTIF
:
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat :
a.  Menjelaskan definisi bantuan perniagaan.
b.  Menghuraikan kepentingan bantuan perniagaan dalam perniagaan.
c.  Mengenalpasti jenis bantuan perniagaan yang digunakan dalam sesuatu perniagaan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
:
Pelajar telah memahami maksud perdagangan dan maksud perniagaan.
NILAI MURNI
:
Cekap, Menepati Masa, Produktif, Berkeyakinan, Berinteraksi, Berani, Menghormati, Patuh Arahan
KBKK
:
Mengenalpasti, Menjelaskan, Menghuraikan
ABM
:
Power Point, Kajian Kes




>> Sila Download dalam Box di sebelah kiri..

4 ulasan:

  1. time kasih atas contoh diberikan..harap dapat saya gunakan sbg bahan rujukan dan panduan ye..trima kasih

    BalasPadam
  2. boleh saya tanya.. RPH ni mengikut pendekatan ape?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...