Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Khamis, 16 Disember 2010

SOALAN 5 PERUBATAN KISSM

SOALAN 5

En.Johan, Pengetua Institut Perguruan Keningau telah diperuntukkan buat pertama kali sebuah rumah kerajaan keas C  yang merupakan rumah khas jabatan


a.    Jelaskan larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh Johan semasa beliau mendiami rumah  tersebut


Jawapan

1.         Meminda rumah adalah dilarang.
Dilarang membuat pindaan mana-mana bahagian dalam dan luar rumah tanpa kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya setempat

2.         Menyewa rumah adalah dilarang
Pegawai adalah dilarang daripada menyewa mana-mana bahagian rumah yang diperuntukan kepadanya. Salain daripada pegawai,keluarga ,orang gaji serta tetamu sementara sahaja.

3.         Larangan berternak binatang .
Pegawai adalah dilarang daripada memelihara binatang ternakan termasuk ayam itik di mana-mana bahgaian rumah.




  1. Huraikan tanggungjawab En. Johan sebagai penghuni rumah tersebut.

Jawapan

1.         Tanggungjawab membersih kawasan
Tanggungjawab setiap pegawai yang mendiami rumah  menjaga sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga kawasan rumah , termasuk kerja menotong rumput dan membersihkan sampah sarap di kawasan rumah.

2.         Tanggungjawab melaporkan kerosakan.
Pegawai bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya apa-apa kerosakan atau kekurangan rumah yang diduduki dengan segera. Laporan dibuat  melalui borang J.K.R.Pegawai bayar sendiri atas kerosakan sekiranya gagal membuat laporan segara.

3.         Melaporkan kemasukan ke rumah kerajaan.
Pegawai menerima tawaran mendiami rumah daripada Pegawai Perumahan hendaklah melaporkan kepada  Jabatan kerja Raya untuk menandatangan sijil akuan masuk rumah.
Pegawai laporkan tarikh masuk rumah kepada Pegawai Perumahan yang akan dimaklumkan kepada Ketua Jabatan pegawai berkenaan untuk urusan potongan elaun  rumah..

4.         Melaporkan untuk kosongkan rumah.
Pegawai perlu laporkan kepada J.K.R dan Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh keluar rumah.


5.         Serahan kunci.
Pegawai perlu serah kunci kepada J.K.R dan tandatangan sijil akuan keluar rumah.

6.         Tanggungjawab mematuhi peraturan.
Pegawai mendiami rumah perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...