Soalan 7 ( Perubatan)
Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
a. Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai.
Jawapan
1. Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad yang sama seperti pegawai sendiri.
2 Kadar bayar wad sama dengan kadar bayar wad untuk pegawai.
3. Sekiranya anak pagawai murid sekolah tidak melebihi tingkatan 5, dikecualikan bayaran wad apabila ia dimasukkan ke dalam wad kelas 2.
Gred | Kelas Wad | Bayaran sehari |
Gred Khas dan ke atas. Kategori I hingga III yang bergaji RM3138 dan ke atas | Kelas 1 bilik seorang | RM 10.00 |
Kategori III yang bergaji RM3,137 dan ke bawah hingga Kategori VI | Kelas 1 bilik berdua | Rm 8.00 |
Kategori VII hingga VIII | Kelas 1 bilik bertiga | RM6.00 |
Kategori IX hingga XI | Kelas dua Kelas tiga | RM 3.00 Percuma |
b. Jelaskan tafsiran ’keluarga pegawai’ yang layak menerima kemudahan
rawatan percuma selepas kematian pegawai.
Jawapan
- Keluarga pegawai bermakna bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya.
- Anak-anak yang layak berumur bawah 18 tahun, sekiranya masih belajar di bawah 21 tahun.
- Anak-anak yang daif ( kelemahan otak atau jasmani ) tiada had umur.
- Anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat yang didaftar mengikut peruntukan undang-undang.
- Balu seorang pegawai dianggap keluarga pegawai.
- Ibu bapa yang sah bererti ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang bertalian keluarga yang sah di sisi undang-undang.
terima kasih menyediakan maklumat ini.
BalasPadam