SOALAN PERUBATAN ( TAMBAHAN )
Lembaga Perubatan merupakan badan yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kes-kes yang berkaitan masalah kesihatan pegawai.
- Jelaskan keanggotaan Lembaga Perubatan.
Keanggotaan tetap ialah :
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Pengarah JPA
Ketua Pengarah Kesihatan
Dua orang ahli dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Salah seorang mestilah doktor pakar dalam kes penyakit pegawai.
- Dalam situasi apakah Lembaga Perubatan boleh dipanggil untuk menyelesaikan kes kesihatan pegawai?
- Pegawai didapati tidak sihat setelah menghabiskan cuti sakit biasa bergaji penuh maksimum 180 hari ( Perintah Am 22 Bab C Pindaan …..), 90 hari bergaji separuh dengan syarat mendapat cuti sakit.
- Pegawai tidak ada harapan untuk sembuh dan tidak upaya untuk bekerja.
- Pegawai mengambil cuti sakit 45 hari setahun selama tiga tahun berturut-turut.
- Apabila kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragukan.
- Apabila pegawai tercedera semasa bertugas.
- Apabila pegawai disahkan menghidap penyakit tibi, kusta dan barah kerana pegawai akan diberi cuti selama dua tahun bergaji penuh.
- Apabila pegawai dan keluarga diperiksa dan perlu mendapat rawatan keluar negara kerana rawatan sedemikian tidak ada dalam negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan