Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Khamis, 9 Disember 2010

TIPS LULUS TEMUDUGA KPLI

Kepada calon-calon temuduga KPLI, ada beberapa tips yang boleh dibuat panduan ketika menghadiri sesi temuduga. Antaranya ialah;



  1. Wajib menghafal "Falsafah pendidikan". Cubalah mencari kata kunci seberapa ringkas yang boleh untuk memudahkan proses pemahamannya. Bagi calon j-QAF, hafal sekali "Falsafah Pendidikan Islam" Semasa saya ditemuduga pada tahun 2007, panel menanyakan tentang "Insan yang seimbang dari segi emosi". Bagaimana guru melakukannya? 
  2. Banyakkan membaca isu-isu pendidikan. Senaraikan semua isu pendidikan dalam buku nota. Kuasai isu tersebut dengan membuat analisis dari pelbagai sudut.
  3. Hafal nama Menteri Pelajaran dan Organisasinya.
  4. Isi borang yang telah diberikan dan bawa semua sijil asal serta salinannya.
  5. Pakai pakaian 'Guru'. Bagi lelaki, pakai 'blazer' lebih kemas serta berkasut berkulit hitam bertali leher. Anda dilarang sama sekali memakai kasut karipap. Bagi perempuan, berpakaian sepan seperti baju kurung, bertudung dan berkasut tertutup. Tidak boleh memakai 'sandal'.
  6. Perkara terpenting yang dinilai oleh penemuduga ialah bercakap. Wajib banyakkan bercakap dan mengeluarkan idea. Berlakonlah sekejap walaupun anda bukannya jenis yang suka bercakap.
  7. Jangan gelabah. "Ketenangan dalam segala keadaan adalah kunci Kemenangan"
  8. Selamat Menghadapi Temuduga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...