Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Ahad, 30 Januari 2011

CONTOH KERTAS KONSEP PERTANDINGAN ‘EDIBLE LANSKAP’


KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN ‘EDIBLE LANSKAP’ SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH PETALING PERDANA, NEGERI SELANGOR 2008

1. PENGENALAN
Menanam sayur dan herba merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan bagi menggalakkan murid-murid mengenal pasti spesies-spesies tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ulam,makanan dan ubatan serta mengalami sendiri proses-proses penanaman hinggalah proses mengutip hasil. Secara tidak langsung aktiviti ini turut menambahkan keceriaan dan keindahan kawasan sekolah di samping menjaga alam sekitar secara semula jadi.

2. MATLAMAT
2.1 - Menggalakkan murid-murid terlibat dengan aktiviti pertanian yang  
  menghasilkan sayur-sayuran dan herba secara ’Natural Farming’
    2.2 – Memupuk minat murid-murid ke arah mendapat hasil pertanian sendiri.
    2.3 – Melatih murid-murid dalam proses-proses penanaman seperti
   menyemai,memindahkan anak benih, merumput, membaja, kawalan   
   serangga perosak, membuat junjung, mengutip hasil dan sebagainya.
    2.4 -  Melatih murid-murid menjalankan aktiviti tanaman fertigasi serta proses
             penjagaannya.
    2.5 – Mendedahkan murid-murid kepada nama biasa, nama botani serta
   kegunaan atau kebaikan sayuran dan herba.
    2.6 – Menyimpan khazanah alam seperti tumbuhan herba yang semakin
   pupus untuk tatapan generasi akan datang.
    2.7 – Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid-murid.
    2.8 – Menjaga dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah supaya
   menjadi lebih bersih, nyaman dan selesa untuk pengajaran dan
   pembelajaran.
   
3. PENGANJUR
Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Petaling Perdana, di bawah kelolaan Unit Teknik & Vokasional. Di peringkat sekolah, aktiviti ini adalah kerjasama daripada Panitia Kemahiran Hidup dan Jawatankuasa Keceriaan Sekolah.

4. PELAKSANAAN
Tempoh pertandingan bermula awal Julai hingga September 2008. Penghakiman peringkat daerah minggu ketiga dan keempat bulan September 2008.

5. SASARAN
    Semua murid Tahun 4,5 & 6 sekolah kebangsaan di daerah Petaling Perdana
1
6.  KEWANGAN
     Budget kewangan akan dibincangkan di dalam mesyuarat kali kedua jika ada.

Bil
Jenis Barangan
Seunit
Kuantiti
Jumlah
1
Unit Tanaman Sayuran
  1. Benih sayuran,bayam, kangkung,
     Kacang panjang, bendi &       
     peria 
  1. Cangkul
  2. Pongkes
  3. Sarung Tangan
  4. Pencakar
  5. Tanah hitam & Merah
  6. Penyiram

Unit Taman Herba
a.    Tanah Jepun
b.    Pasu gantung

Unit Fertigasi (Sekiranya ada)
Unit Pendokumentasian
a.    Kertas warna (A4)
b.    Album gambar

Unit Keceriaan & Kebersihan
a.    Cat kilat


RM 1.80


RM 25.00
RM13.00
RM 1.00
RM 11.00
RM 1.50
RM 19.00




RM 5.00
RM 2.00



RM 15.00
RM 40.00


RM 25.00
30


8
6
62
6
100 peket
       6




10 beg
20 biji



1 Rim
Sebuah


6 tin
RM54.00


RM200.00
RM78.00
RM62.00
RM66.00
RM150.00
RM114.00




RM50.00
RM.40.00



RM 15.00
RM 40.00


RM150.00
2
Pelbagai
-
-
RM150.00

                                         JUMLAH


RM1350.00

7.  SUMBER
     Persatuan Ibu bapa dan Guru , LPP, Mardi, FRIM dan individu-individu.









2


8. JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PERTANDINGAN ’EDIBLE LANSKAP’ PERINGKAT
DAERAH PETALING PERDANA, NEGERI SELANGOR 2008

PENGERUSI
En. Norhadi bin Abd. Karim PPN.PPT
Guru Besar SK. Subang

NAIB PENGERUSI
Guru Besar SK. TUDM Subang

BENDAHARI
Pn. Hjh. Nurul Syimah bt Yahya
SK. Seksyen 13, Shah Alam

SETIAUSAHA
Pn. Nor Fatimah bt Awang
SK. Subang

AHLI JAWATANKUASA INDUK
En. Hazili B Kesudi
SK. Puchong Utama (3)
En. Mohd. Yusof bin Abd. Rahman
SK. Subang Bestari
En. Suhaimi bin Yusof
SK. Seksyen 27(2)
En. Khairul Nizam bin Mat Safri
SK USJ 12, Subang Jaya
Pn. Kausalihya a/p Bangaroo
SK. Seksyen 2, Bandar Kinrara
En. Mohd. Shazrul bin Ibrahim
SK. Shah Alam
Pn. Hjh Zaidah bt Mustafa
PK Ko-Kurikulum, SK Subang
En. Mohd. Jazid bin Iman
SK. Subang
En. Mohd. Radzi Bin Misran GC
SK. Subang

3

9. SYARAT
·         Ukuran tapak tidak kurang daripada 3m x 3m Persegi.
·         Unsur Lanskap Lembut tidak kurang daripada 70% daripada keseluruhan bahan yang digunakan.
·         Unsur Lanskap Lembut mengandungi tanam sayur (utama), herba dan ulaman serta pokok buah-buahan singkat masa.

10. SKEMA PEMARKAHAN
·          Stok Tanaman /Bahan   - 40%
·          Penyediaan Tapak Lanskap – 50%
·          Persembahan Pelajar  - 10%

Stok Tanaman /Bahan – 40%
·         Bangunan/Tempat untuk kerja
-      menyemai benih atau bahan stanaman. (2 Markah)
-      kaedah pembiak untuk bahan tanaman (4 Markah)
                   Membekaskan tanaman (3 Markah)
-      Polybeg (1M)
-      Pasu (1M)
-      Bekas-bekas lain (1M)
                   Membekaskan tanaman mengikut umur (6 Markah)
                   Pelbagaikan Tanaman (16 Markah)
-      Sayur daun
-      Sayur buah
-      Umbisi
-      Bebawang
-      Rhizom
-      Ulaman
-      Herba
                   Tanda nama (1M)
                   Rekod/ Stok (1M)
                   Maklumat untuk pengetahuan pengunjung/pelajar (3 M)
        Stok Ternakan
-      Arnab, ayam puyuh (2M)
-      Ikan (2 M)
        Penyediaan  Tapak Lanskap (50)
-      Pemilihan tapak yang sesuai 5%
-      Saiz tapak lanskap  3M X 3M persegi 5%
-      Konsep /Prinsip 40%



4
        Persembahan Pelajar – 10%
-      Penggunaan Audio- visual yang berkesan – 2%
-      Persembahan pelajar yang meyakinkan    - 4%
-      Sokongan pelajar yang lain                     - 2%
-      Sokongan dari guru                               -  2%     

             
11. KESIMPULAN
         
Semoga pertandingan ini mendapat kerjasama dari semua pihak serta berjalan dengan lancar dan mampu melahirkan semangat murid-murid yang cemerlang dalam semua aspek untuk merealisasikan matlamat dan harapan negara. Terima kasih juga kepada pihak yang sama-sama menjayakan pertandingan ini.







Disediakan oleh,


(En. Mohd. Radzi Bin Misran GC)
SK. Subang, Kg. Melayu Subang, Shah Alam.












5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...