MODUL SOALAN JQAF IPIK
- Bincangkan bidang-bidang pendidikan Islam sekolah rendah
- senaraikan objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.
- berdasarkan kepada huraian sukatan pelajaran sekolah rendah tahun 1-6, anda dikehendaki mencerakinkan semula agihan sukatan pelajaran pendidikan islam sekolah rendah mulai tahun 1 hingga tahun enam mengikut bidang-bidang yang ditentukan.
- setelah anda mencerakinkan matapelajaran pendidikan islam tersebut, sekarang anda dikehendaki membina objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut bidang mata pelajaran tersebut.
- cuba semak buku teks yang lama dan yang baru. Buat perbandingan.
- dapatkan maklumat dari pelajar mengenai perasaan mereka apabila menggunakan buku teks. Tentu ada pro dan kontranya. Bincangkan.
- senaraikan 10 aktiviti yang difikirkan menarik dan menyeronokkan murid yang diperolehi di dalam buku teks
- baca buku panduan guru pendidikan islam sepenuhnya. Kemudian senaraikan teknik yang sering anda gunakan yang terdapat dalam buku panduan guru.
- senaraikan juga tenkik yang jarang dan tidak langsung digunakan oleh anda semasa pengajaran namun anda mengetahuinya bahawa ia menarik dan menyeronokkan pelajar.
- anda telah melihat dengan jelas contoh rancangan pengajaran semester, mingguan dan harian. Cuba anda buat perbandingan antara rancangan semester dengan rancangan harian berdasarkan kepada grafik banding beza.
- senarai komponen yang perlu ada dalam format rancangan mengajar mingguan dan rancangan mengajar harian.
- bina satu rancangan pengajaran harian yang lengkap, mata pelajaran ibadah tahun 2 berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan islam sekolah rendah.
- cuba anda praktikkan rancangan yang dibina dalam kelas, kemudian buat ulasan kendiri sejauh mana ianya memberi kesan kepada pelajar.
- jelaskan secara grafik konsep j-QAF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan