TAJUK PROJEK PERTANIAN: TANAMAN SAYURAN KACANG PANJANG
A) Latar Belakang
Sayur-syuarn sering ditanam di kawsan rumah atau kebun sayuran perdagangan. Penanaman sayuran penting kerana ia membekalkan vitamin, garma mineral, protein, karbohidrat dan lemak kepada manusia.
Projek tanaman yang telah ditugaskan kepada saya adalah penanaman pokok kacang panjang.kacanag panjang merupakan sayuran yang tergolong dalam kumpulan jenis tumbuhan kekacang.
Disebabkan saya tinggal di kawasan perumahan rumah pangsa jadi penanaman pokok kacang hanya boleh ditanam dalam pasu sahaja.
Kacang Panjang adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh memanjat. Ciri-cirinya adalah seperti berikut:-
Akar | - | Mempunyai akar tunjang dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas. |
Batang | - | Jenis memanjat dengan cara melilit pada penyokong dan boleh mencapai sehingga 4 m. |
Daun | - | Jenis majmuk. |
Bunga | - | berwarna putih kuning atau ungu, berukuran 2 - 2.5 cm dan terdapat dalam kelompok 3 - 6 kuntum setiap tangkai bunga. |
Lenggai | - | Berukuran antara 20 - 70 cm dan purata garis pusat 1.2 cm. Warnanya berbeza dari hijau muda hingga merah hati mengikut varieti. |
Biji | - | 10-30 biji setiap lenggai. Warna berbiza mengikut varieti dari putih cerah, perang hitam dan berbintik hitam. |
Manakala cara pendebungaan adalah sesama sendiri.
Keperluan Asas Tanaman
Iklim | - | Sesuai pada suhu 20-30 oC |
Hujan | - | Taburan hujan antara 138-168 mm/bulan |
Tanah | - | Sesuai ditanam dikebanyakan jenis tanah gambuat dan pasir.Manakala pH tanah sesuai pada kemasaman tanah pH 5.5 - 6.8. |
B)Bahan-Bahan Yang Diperlukan
B.1) Peralatan Dan Bahan Perkebunan
Tanah Pasu
Baja Biji benih
Serampang tangan Penyiram
C)Langkah-Langkah Penyediaan Menanam Sayuran Kacang Panjang.
C.1) Menyediakan Medium Tanaman
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan Pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
Biji benih kacang panjang tergolong dalam biji benih kasar. Jadi biji benih kacang panjang boleh terus disemai di dalam pasu yang mengandungi tanah.
C.2) Menanam Biji Benih Ke Dalam Pasu
Tarikh 12.2. 2008. Tanah di dalam pasu ditanda dan dibuat lubang dengan jarak yang sesuai. Masukkan 2 biji biji benih dalam sedalam 2.5 cm (1”) lubang dan timbus sedikit. Akhir sekali siram tanah agar biji benih lembap dan diletakkan di tempat teduh.
D)Penjagaan Tanaman Pokok Kacang Panjang
i) Menyiram air:
Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari.
ii) Membaja:
1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) ditabur pada setiap minggu.
E) Peringkat-Peringkat Pertumbuhan Sayuran Kacang Panjang.
Dua hari selepas penyemaian biji benih, biji benih didapati telah bercambah mengeluarkan tunas kecil. Didapati dua tunas telah tumbuh.
Pada 16.2.2008 didapati pokok kacang telah mengeluarkan daun. Dan telah tumbuh setinggi jari kelingkeng.
Pada 26.2.2008 iaitu 2 minggu selepas penanaman didapati anak pokok kacang naik tinggi dan seakan-akan menjalar. Oleh sebab pokok kacang panjang adalah sayuran jenis memanjat oleh itu kayu-kayu junjung atau penyokong adalah diperlukan.
Pokok kacang panjang terus membesar dan menjalar.
Pada minggu yang ke- pokok kacang mula mengeluarkan bunga.
Buah kacang panjang mulai mengeluarkan buah pada minggu yang ke
Buah kacang panjang membesar dan berkembang subur
Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Tanda-tanda peringkat kematangan kacang pajang yang sesuai dikutip ialah semasa bijinya masih kecil dan tidak kelihatan dari luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan