Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Sabtu, 15 Januari 2011

SISTEM BAHASA

TAJUK TUGASAN:

SISTEM BAHASA

SOALAN: 
Secara Individu, pilih sebuah petikan yang mengandungi lebih kurang 300 patah perkataan. Kenal pasti satu aspek sisitem bahasa yang diajarkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan senaraikan 12 sehingga 15 contoh aspek bahasa tersebut dalam teks yang anda pilih. Jika anda memilih peribahasa, anda mungkin menganalisis lebih daripada satu petikan.

Huraikan rumus aspek system bahasa yang telah anda pilih.

  
JAWAPAN:
Berdasarkan petikan teks di atas saya telah memilih satu sistem bahasa iaitu Kata Nama. Kata Nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan cirri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu
(a)    Kata Nama khas
(b)   Kata Nama Am
(c)    Kata Ganti Nama

Contoh-contoh kata nama yang terdapat dalam petikan di atas adalah
(1)   Iklim                                                    
(2)   Penduduk
(3)   Dunia
(4)   Saya
(5)   Pertanian
(6)   Makanan
(7)   Air
(8)   Kanak-kanak
(9)   Suhu
(10)Hujan
(11)Manusia
(12)Pesakit
(13)Serangga
(14)Jantung
(15)Caracas, Venezuela
(16) Itu
(17) Ini



(A)Kata Nama Khas
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya.

Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup. Kata nama khas hidup pula dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas demikian ditunjukkan melalui rajah yang berikut:-

                                                                       manusia
                                            hidup
Kata nama khas
                   bukan manusia
                                           tak hidup  


A.1) Kata Nama Khas Hidup Manusia
Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk manusia, contohnya.nama manusia seperti
Fatimah, Lim Ah Leng, Komaladewi dan sebagainya.

Kata nama khas hidup manusia juga boleh didahului dengan nama panggilan atau gelaran seperti
Prof. Salleh, Doktor Zaini.

Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas, misalnya ;
si mati, si berhutang dan seumpamanya.

A.2)Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, contoh lain;
Jibrail, Tumpuk, Belang, Kancil, Hevea Brasilia(pokok getah)

kata nama khas hidup bukan manusia boleh menrima kata panggilan atau gelaran. Misalnya
Sang Lamri, Sang kancil

A.3)Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat,undang-undang dan seumpanya. Contoh  seperti yang terdapat dalam petikan teks di atas ialah:
                                             Caracas, Venezuela

B)Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:
            benda               : alam, dunia, cakerawala, pohon, orang
            perkara                        : iklim,cahaya, roh, udara, hisapan
            konsep             : kedamain, perpindahan, keadilan
Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya. Seperti rajah yang di bawah ini :

  
Contoh kata nama am yang terdapatdi dalam  petikan di atas ialah:

(1) Iklim                                         (8) Kanak-kanak
(2) Penduduk                                 (9) Suhu
(3) Dunia                                        (10)Hujan
(4)  Jantung                         (11)Manusia
(5) Pertanian                                  (12)Pesakit
(6) Makanan                                  (13)Serangga
(7) Air                               
     
C)Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata nama tunjuk dan katan ganti nama diri.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata nama diri tanya. Kata nama diri orang pula terdiri daripada kata nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama orang ketiga.

Berikut ini diperincikan penggolongan kata ganti nama:

C.1) Kata ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu.
Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu
(a)    Ini – menunjukkan pada yang dekat
(b)   Itu – menunjukkan pada yang jauh


C.2) Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri terbahagi ke[ada dua golongan iaitu:
(a) Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga ganti nama diri tanya, iaitu
            apa                            merujuk benda atau perkara
            siapa                -           merujuk orang
            mana                -           merujuk benda atau orang
C.3) Kata Ganti Nama Orang
Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga,
(i)                  kata ganti nama orang pertama : saya, aku, beta, patik, kami dan kita
(ii)                kata ganti nama orang kedua    : anda, engkau, awak, kamu
(iii)               kata ganti nama orang ketiga    : ia, dia, mereka, -nya

Berdasarkan petikan teks di atas ’saya’ merupakan kata ganti nama orang pertama. Contoh petikan yang terdapat perkataan kata ganti nama orang pertama ’saya’ iaitu
”Pada hemat saya, perubahan iklim memberi lima kesan utama kepada kesihatan awam iaitu”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...