SUBJEK:
MUZIK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KAJIAN SOSIAL
TEMA:
SAYANGI DIRI
Berdasarkan tema dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, lagu ini sesuai dinyanyikan dalam topik “Berbudi Pekerti Disiplin Diri Terbina” Tahun 5
LAGU: ENJIT-ENJIT SEMUT
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas
Mulut pun manis, baik hatinya
Itulah orang, berhati mulia
Buah cempedak diluar pagar
Ambillah galah tolong jolokkan
Sayalah budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
LAGU:RASA SAYANG
Rasa sayang eh
Rasa sayang sayanag eh
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutanglah budi dibawa mati
Rasa sayang eh
Rasa sayang sayang eh
Hey lihat nona jauh
rasa sayang sayang eh
LAGU:BURUNG KENEK-KENEK
Burung kenek-kenek
Terbang cucur atap
Pesan datuk nenek
Hati kita mahu tetap
Burung kenek-kenek
Terbang atas pagar
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin pergi belajar
Burung kenek-kenek
Terbang pokok pandan
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin jaga badan
Burung kenek-kenek
Terbang tepi telaga
Pesan datuk nenek
Budi bahasa budaya kita
LAGU:LENGGANG KANGKUNG
Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung tepi telaga
Jangan bercakap bohong,
Semua orang tak suka,
Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung berbatas-batas,
Kalau orang sombong,
Tentu mendapat balas
LAGU:IKAN KEKEK
sIkan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai
Tenang-tenang air di laut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa dijunjung
Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai
LAGU:ANAK AYAM
Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh
Mati seekor(2x) tinggal sembilan
Mari belajar(2x) bersungguh-sungguh
Supaya kita(2x) tidak ketinggalan
Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh
Mati seekor(2x) disambar helang
Kalaulah kita(2x) sudah ketinggalan
Ilmu tiada(2x) kawan pun hilang
TEMA:
SAYANGI DIRI
Lagu ini boleh dinyanyikan dalam topik “Mengenali Diri” Tahun 4 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
LAGU:FIKIRKAN BOLEH
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
TEMA:
MALAYSIA NEGARAKU & KEJAYAAN DAN
KEBANGGAAN NEGARA
Lagu-lagu di bawah ini sesuai diselitkan dalam topik “Tanggungjawab mengekalkan Kemerdekaan” dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6 dan topik “Kemerdekaan Malaysia” dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6
LAGU: NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpah negaraku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
LAGU: MALAYSIA TANAH AIRKU
Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas
Tumuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia
Malaysia ngeriku Mlaysia
Pusaka tinggalan moyanaku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia oh tanah airku
LAGU:31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
LAGU:JALUR GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang
LAGU:KERANAMU MALAYSIA
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !
LAGU:MALAYSIA BERJAYA
Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya
Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya
Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya
LAGU:SURIRAM
Suriram, suriram ram ram
Suriram manisku
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku
Tinggilah tinggi si matahari
Suriram
Anaklah kerbau mati tertambat
Suriram
Sudahlah lama ibu mencari, sayang
Baru sekarang ibu mendapat
Suriram, suriram ram ram
Suriram manisku
Aduhai anakku sayang
Suriram jantung hatiku
TEMA:
MENGENAL NEGARA KITA
Lagu-lagu ini sesuai diterapkan dalam topik “ Geografi Fizikal :Tumbuh-tumbuhan semulajadi dan Hidupan Liar” Tahun 6
LAGU: BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
perut aku sakit.
Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
makan nasi mentah.
Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
api tak mahu menyala.
Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
kayu api basah.
Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
katak panggil aku.
Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
ular nak makan aku.
Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku
memang makanan aku
LAGU:TANYA SAMA POKOK
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Tanya sama angin
Apa sebab hujan
Nanti jawab angin
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku tanggung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu
Bayang pun hilang
LAGU:HIJAU
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan