Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Rabu, 7 Mac 2012

CONTOH JAWAPAN DAN SOALAN KISSM: Jelaskan prosiding jenayah yang perlu dimulakan terhadap Guru A oleh Ketua Jabatan


KOMPONEN I(Perintah Am)Tugasan 1Soalan 1A

a. Jelaskan prosiding jenayah yang perlu dimulakan terhadap Guru A oleh Ketua Jabatan.

Dalam mana-mana struktur organisasi, tidak terkecuali institusi pendidikan, adalahmenjadi tanggungjawab dan amanah tiap-tiap pegawai yakni Ketua-Ketua Jabatan untuk menjalankan pemerhatian, kawalan dan pengawasan tatatertib dan kelakuan ke atas pegawai- pegawai bawahannya. Lebih penting lagi, seorang Ketua Jabatan haruslah membuat pertimbangan dan mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap seseorang pegawai yangtelah melakukan kesalahan tatatertib ataupun melanggar undang-undang dan peraturan yangtelah ditetapkan.Peraturan 28(3) menggariskan tanggungjawab Ketua Jabatan dalam mengambiltindakan tatatertib terhadap pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah. Pertama sekali,Ketua Jabatan hendaklah
mendapatkan laporan pertuduhan jenayah yang dihadapkanterhadap Guru A daripada Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar MahkamahSeksyen
yang mengandungi pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap Guru A, tarikhdan waktu penangkapan sekiranya Guru A ditangkap, maklumat sama ada Guru A dijaminataupun tidak, dan maklumat-maklumat lain yang relevan.
Seterusnya, Ketua Jabatan hendaklah
mengemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
, ataupun PBTT, untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008 [JPA(S)TT. 71/3/1 (16)],sekiranya terdapat lebih daripada satu peringkat PBTT yang terlibat dengan seseorang pegawai, laporan Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan kepada PBTT yang mempunyaikuasa untuk mengenakan tindakan tatatertib atau hukuman selain daripada turun pangkat atau buang kerja.Akhir sekali, Ketua Jabatan hendaklah
mengemukakan aduan supaya tindakantatatertib diambil
terhadap Guru A dan
mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib jenis- jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil
sebelum prosiding jenayah di mahkamahdiputuskan
.
Sekiranya Guru A dibebaskan, tiada hukuman akan dikenakan terhadapnya. Namun begitu, jika sabit kesalahan, Ketua Jabatan boleh mengesyorkan samada pegawai itudikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat, apa-apa hukuman selain dibuang kerjaatau turun pangkat, ataupun ditamatkan perkhidmatan demi kpentingan awam.Kecekapan dan kewibawaan seseorang Ketua Jabatan dalam memantau prestasi danmengawasi kelakuan pegawai-pegawai bawahannya adalah sangat penting untuk memastikan perkembangan, kelancaran, dan produktiviti sesebuah organisasi. Justeru, seseorang ketuadalam organisasi yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan serta gagal mengenakantindakan tatatertib ke atas pegawai bawahan yang melakukan kesalahan boleh disifatkansebagai pasif dan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab. Oleh itu,wajarlah jika sekiranya seseorang ketua dikenakan tindakan tatatertib atas kegagalanmelaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau

b. Huraikan lima jenis hukuman tatatertib yang tidak dengan tujuan buang kerjaatau turun pangkat yang boleh dikenakan terhadap Guru B dan kesannya terhadapkenaikan pangkat guru tersebut.

Sekiranya seseorang pegawai didapati melakukan kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib, atau PBTT, dengan syor Ketua Jabatan, mempunyai kuasa untuk menjatuhkan mana-mana satu hukuman atau apa-apa kombinasi dua atau lebih hukumantatatertib iaitu
(i)                 Amaran
(ii)               Denda
(iii)             lucut hak emolumen
(iv)             tangguh pergerakan gaji
(v)               turun gaji

Yang pertama, Guru B boleh diberi hukuman amaran atau warning

 Hukuman inidilaksanakan apabila seseorang pegawai didapati bersalah dan amaran diberikan untuk mengingatkannya bahawa hukuman yang lebih berat akan dikenakan sekiranya sesuatukesalahan diulangi. Amaran juga adalah sesuai apabila Ketua Jabatan atau pegawai yangmempunyai kuasa berpendapat bahawa adalah kurang wajar bagi seseorang pegawaidikenakan hukuman yang lebih berat lagi setelah mempertimbangkan keadaan, jeniskesalahan tatatertib, dan kelakuan pegawai yang melakukan pelanggaran peraturan.

Namun begitu, hukuman ini boleh juga dilaksanakan bersama-sama dengan hukuman lain bagi kesalahan berat contohnya seperti kes kesalahan tatatertib Guru B. Sebagai implikasidaripada hukuman ini, Guru B tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh enam bulanatau satu urusun mana terdahulu.

Seterusnya,denda atau fine

juga boleh dikenakan terhadap Guru B berasaskanemolumen ataupun pembayaran gaji dan upah kepadanya. Guru B boleh dikenakan dendamaksimum yang tidak melebihi amaun yang sama dengan tujuh hari emolumen. Selanjutnya, jika Guru B didenda lebih daripada sekali dalam satu bulan kalendar, agregat denda yang
dikenakan terhadapnya tidak boleh melebihi amaun yang sama dengan 45% daripadaemolumen bulanannya. Sebagai kesan terhadap kenaikan pangkatnya, Guru B
tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu
.
Lucut hak emolumen atau forfeiture of emoluments

juga merupakan salah satudaripada jenis hukuman tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang boleh dikenakan terhadap Guru B. Lazimnya, hukuman lucut hak emolumen dikenakan bagikes ketidakhadiran tanpa cuti. Oleh hal yang demikian, dalam kes ini, sekiranya KetuaJabatan telah mengenalpasti sama ada sepanjang tempoh perjalanan prosiding jenayahterhadap Guru B, dia juga didapati bersalah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpakebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, hukuman lucut hak emolumen boleh dijatuhkan. Kesannya, Guru B tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 18bulan atau satu urusan mana terdahulu

Selain itu, hukuman tangguh pergerakan gaji ataudeferment of salary movement

boleh dikenakan bagi tempoh tiga, enam, sembilan, atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji Guru B. Sepanjang tempoh hukuman ini berkuatkuasa,Guru B tidak berhak menerima pergerakan gaji dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ketarikh yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman. Di samping itu, tarikh pergerakangaji Guru B akan kekal pada tarikh yang diubah itu sehinggalah Guru B mencapai tangga gajimaksimum. Namun begitu, Guru B tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian

Akhirnya, Guru B juga boleh dikenakan hukuman turun gaji atau reduction of  salary

 Antara peruntukan hukuman ini, gaji guru berkenaan akan diturunkan secaramendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga
pergerakan gaji. Selain daripada tarikh hukuman dijatuhkan, Lembaga Tatatertib jugamempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh pelaksanaan hukuman. Bagi tempoh hukuman pula, penguatkuasaannya tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan. Sama dengan hukuman tangguh pergerakan gaji, Guru B tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Sebagai implikasi, Guru B
tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian

Secara ringkas, lima jenis hukuman tatatertib yang tidak dengan tujuan buang kerjaatau turun pangkat iaitu hukuman amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakangaji, dan turun gaji, adalah lebih berat daripada hukuman yang sebelumnya. Contohnya,hukuman amaran adalah lebih ringan daripada denda dan lucut hak emolumen adalah lebih berat daripada denda. Ini boleh disimpulkan melalui tempoh seseorang pegawai tidak layak untuk dinaikkan pangkat sepanjang tempoh pelaksanaan hukuman tatatertib, yakni tempohtersebut untuk hukuman amaran adalah lebih singkat daripada hukuman turun gaji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...