Pages

KONGSI DAN SEBARKAN ILMU

SENARAI BAHAN


Sabtu, 13 November 2010

JAWAPAN TUGASAN KISSM SOALAN 2a

TUGASAN 2
KOMPONEN II: NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Tugasan 2a
Ali guru lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia di ibu kota. Beliau telah ditempatkan disalah sebuah sekolah di kawasan luar Bandar. Beliau mendapat tahu bahawa guru yang ditempatkan diluar Bandar sering merungut tentang tugas dan persekitaran kerja yang kurang menyeronokkan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah beliau dapat menerapkan suasana keseronokan bekerja sebagai salah satu elemen dalam tonggak 12. Berikan contoh-contoh yang sesuai.

JAWAPAN

Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
Dalam kes Ali, pertama, beliau hendaklah menjadikan kerja sebagai suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran. Kedua, kerja itu hendaklah dijadikannya sebagai  cabaran yang bukan saja memerlukan daya usaha tetapi juga pemikiran dan kreativiti. Beliau patut merasakan bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan sumbangan yang amat besar untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya beliau akan merasa puas kerana sumbangan kecil beliau itu telah berjaya membangunkan negara.
Ketiga, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh agar dapat diiktiraf sebagai pakar dalam bidangnya yang tersendiri dan menjadi rujukan kepada rakan-rakan yang lain. Apabila beliau menganggap kerja itu sebagai domain atau pengkhususan maka dengan sendirinya beliau akan menjadi pakar yang diiktiraf oleh semua. Perkara-perkara ini akan menghasilkan keseronokan kepada Ali dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru.
Sebagai contoh, setiap kali Ali keluar rumah dan ingin melangkah ke sekolah, beliau patut menerapkan ke dalam diri niat yang baik untuk mendidik anak bangsa, ikhlas kerana Allah SWT. Disusuli dengan doa yang baik dan diredhai Allah. Amalan positif ini akan menimbulkan sikap dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggung jawab dan ikhlas dalam setiap kerja yang dilakukan dan apabila dilakukan secara berterusan akan menghasilkan keseronokan berkerja kepada dirinya.
Keseronokan bekerja sebenarnya lahir daripada sikap yang positif terhadap sesuatu tugas dan sesuatu tugas itu dihasilkan daripada inisiatif diri sendiri. Sebagai contoh, Ali dipertanggung jawabkan menjadi guru untuk persatuan pengakap sekolah. Perkara pertama yang beliau perlu lakukan ialah terima tanggung jawab tersebut dengan hati yang terbuka dan cuba lakukan yang terbaik terhadap tugasan itu. Jangan ada suatu perasaan negatif yang menolak dan alasan-alasan yang merupakan dalih untuk mengelak tanggung jawab tersebut. Perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan berusaha mendapatkan nasihat atau tunjuk ajar daripada guru-guru yang berpengalaman mengendalikan persatuan. Ini akan menjadikan kerjanya lebih mudah dan seronok dilaksanakan.
Kerja akan menyeronokkan juga jika beliau berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru. Selain itu, untuk menjadikan Ali seronok bekerja, beliau hendaklah diberitahu oleh pihak pengurusan sekolah bahawa kerjanya itu penting dan membantu sekolah meningkatkan pencapaian pelajar. Sekiranya kerjanya dilihat bermutu dan berkualiti,  pengiktirafan sepatutnya diberi  oleh pihak sekolah. Jika ada sebarang kekurangan dari segi kemahiran akan dibaiki dengan latihan dari semasa ke semasa.
Seterusnya, kerja tidak akan membosankan jikalau Ali mendapatkan ganjaran yang setimpal dengan kerjanya. Kerja akan menjadi menyeronokan sekiranya hasil kerja diberi pengiktirafan, sama ada dalam bentuk surat pujian, hadiah atau pemberian cuti khas. Contohnya, guru besar memberi anugerah pekerja cemerlang kepada Ali pada tahun tersebut memandangkan Ali telah berjaya melahirkan 100%  pelajar yang lulus cemerlang dalam pelajaran matematik yang diajarnya di sekolah itu.
Selain itu, daya kreativiti dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif seseorang itu perlulah sentiasa didedah dengan perkembangan baru dalam bidang kerjanya. Sebagai contoh, Ali telah menggunakan pendekatan mengajar dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau menggabungkan teknik multimedia dan kaedah biasa dalam pengajarannya. Beliau mendapati murid-murid seronok untuk belajar dan ini memberikan lebih motivasi kepadanya untuk lebih bersemangat dalam kariernya.
Dalam mencari keseronokan bekerja, beberapa perkara perlu dielakkan agar tidak menjadi penghalang antaranya menganggap kerja sebagai beban, tidak komited, sentiasa mengharap dorongan oleh ketua, tidak diberi masa yang mencukupi, kerja tidak diiktiraf, hanya menunggu arahan, tidak berdisiplin, tidak suka menolong, tidak diberi tanggungjawab yang mencabar, tiada peluang untuk meningkat, tidak dipercayai dan selalu dicurigai.
            Seseorang yang menganggap kerja sebagai beban tidak akan bersemangat untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Ini akan menimbulkan rasa jemu dan bosan. Perkara yang menyebabkan bekerja itu tidak mendatangkan keseronokan ialah persekitaran yang tidak kemas, rakan sejawatan yang tidak bekerjasama dan ketua yang tidak menghargai kerja adalah di antara beberapa keadaan yang tidak mendorong seseorang itu bekerja dengan baik. Selain itu, tabiat "hanya menunggu arahan" adalah contoh kurang disiplin dan tidak bertanggungjawab. Inisiatif dan daya kreatif boleh membuat seseorang merasai keseronokan semasa bekerja.
Ketua juga berperanan penting dalam menghsilkan keseronokan bekerja. Ketua yang selalu mencurigai kepemimpinan dan kebolehan pekerjanya akan menimbulkan rasa terasing di kalangan pekerja. Ketua seumpama ini tidak cekap dan tidak ada daya kepemimpinan yang baik. Hal-hal yang mengganggu kerja dan mengakibatkan pekerja menjadi bosan, marah dan tidak berminat ialah:
(i) Gangguan terhadap kerja yang sedang berjalan dihentikan kerana mengutamakan kerja-kerja berupa ad hoc,
(ii) Ketua yang selalu mengubah-ubah keputusan atau membuat perubahanperubahan dengan mendadak,dan
(iii) Pihak atasan yang mahukan hasil kerja dengan segera yang menyebabkan kerja itu menjadi tidak sempurna.

Rasa terasing yang dirasai oleh pekerja itu perlu dikikis kerana ia tidak mendatangkan semangat kerjasama. Rasa terasing akan menimbulkan sifat rendah diri yang tidak sihat dari segi pemupukan semangat berpasukan dan motivasi untuk meningkatkan produktiviti. Pegawai dan kakitangan yang tidak suka membantu biasanya akan diasingkan oleh rakan-rakannya. Selain itu dia sendiri tidak akan dibantu dalam tugas-tugasnya walaupun dalam hal peribadinya. Pegawai dan kakitangan yang selalu merasai jemu terhadap kerja dan lesu semasa membuat kerjanya adalah akibat sikap negatif terhadap kerja. Kerja dianggap tidak penting, diiktiraf dan mendatangkan sebarang keuntungan. Oleh itu, Ali perlu mengelakkan dirinya daripada ganguan-ganguan ini yang menghalangnya daripada merasai keseronokan bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...