TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
DAERAH HULU SELANGOR
KERTAS CADANGAN
PERKHEMAHAN
TUNAS KADET REMAJA
DAERAH HULU SELANGOR
2009
ANJURAN
Sekretariat KRS Daerah Hulu Selangor
Disediakan oleh
KUMPULAN DAERAH HULU SELANGOR
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor bagi melaksanakan program ini.
2.0 MATLAMAT
Kursus ini dicadangkan bagi memantapkan pasukan TKRS di setiap sekolah rendah di Daerah Hulu Selangor.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memperjelaskan kurikulum TKRS yang telah digariskan oleh KPM melalui program perkhemahan yang menarik minat murid.
3.2 Melahirkan pemimpin dan ahli kadet yang mampu melatih anggota dengan pelbagai disiplin TKRS.
3.3 Meningkatkan keyakinan diri setiap ahli kadet untuk berhadapan dengan segala cabaran hidup.
3.4 Mewujudkan semangat berpasukan dan jati diri yang tinggi dalam diri setiap ahli.
4.0 LATAR BELAKANG
Program perkhemahan ini dirancang khusus untuk semua ahli TKRS dari semua sekolah di Daerah Hulu Selangor. Memandangkan aktiviti TKRS ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru pemimpin, maka dengan adanya program ini, ahli TKRS dan guru-guru pemimpin dapat bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan mengenai TKRS dari sekolah masing-masing.
5.0 RASIONAL
Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995 dan telah dilancarkan secara rasminya pada 20 Jun 1995. Selepas lima tahun TKRS ditubuhkan untuk merealisasikan dan menyokong penubuhan KRS sebagai sebuah unit pakaian seragam yang bergerak secara aktif di seluruh negara dan berjaya membentuk unit yang mantap dan efektif. Pelaksanan aktiviti TKRS adalah bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengambil kira aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Dalam usia muda sepanjang penubuhan TKRS ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan mengikut kurikulum teras dan pilihan yang telah digariskan. Setiap aktiviti yang dijalankan telah dapat menaikkan martabat TKRS sebagai satu unit pakaian seragam yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.
6.0 CADANGAN PELAKSANAAN
6.1 Tarikh : 9 – 12 September 2009
6.2 Tempat : SK Lembah Beringin
6.3 Sasaran : Ahli Kadet TKRS Sekolah-sekolah Hulu Selangor
6.4 Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Tuan Hj Suhaimi Rashid
Pegawai Pelajaran Daerah
Hulu Selangor
( Pegawai KRS Daerah Hulu Selangor)
Timbalan Pengerusi : En Rozali bin Mazlan
Timbalan Pegawai Pelajaran
Pejabat Pelajaran Daerah
(Timbalan KRS Daerah Hulu Selangor)
Naib Pengerusi : Pn Yusma bt Yusof
Penyelia Kokurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
(Pengelola KRS Daerah Negeri)
Naib Pengerusi 2 : Guru Besar
SK Lembah Beringin
(Komandan TKRS SK Lembah Beringin)
Setiausaha : Pn Zalina bt Darus
SMK Bukit Sentosa
(Pegawai Tadbir KRS Daerah Hulu Selangor)
Bendahari : Pegawai Eksekutif Kewangan Daerah Hulu Selangor
Ahli Jawatankuasa : Guru Besar SK Lembah Beringin
Guru Besar SJKC Rasa
Guu Besar SJKC Khin Ming
Guu Besar SK Taman Sentosa
Guu Besar SK Kuala Kubu Bharu
Guu Besar SK Soeharto
Guu Besar SK Sungai Selisih
Guu Besar SK Ampang Pecah
Guu Besar SJKT Kuala Kubu Bharu
Guu Besar SJKT Kerling
6.5 Jawatankuasa Pelaksana
Penaung : Dr Hj Zahri bin Aziz
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Pengerusi : Tuan Hj Suhaimi Rashid
Pegawai Pelajaran Daerah
Hulu Selangor
( Pengarah KRS Daerah Hulu Selangor)
Timbalan Pengerusi : En Rozali bin Mazlan
Timbalan Pengarah
Pejabat Pelajaran Daerah
(Timbalan Pengarah KRS Daerah Hulu Selangor)
Naib Pengerusi : Pn Yusma bt Yusof
Penyelia Kokurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
(Ketua Sektor KRS Negeri)
Setiausaha : Kapten KRS Pn Zalina bt Darus
SMK Bukit Sentosa
(Pegawai Tadbir KRS Daerah Hulu Selangor)
Bendahari : Pegawai Eksekutif Kewangan Daerah Hulu Selangor
Urusetia : Sekretariat KRS Daerah Hulu Selangor
Penyelaras Program : Leftenan Muda KRS Khairuddin bin Shuhadi
Pengerusi Sekretariat KRS Daerah Hulu Selangor
Leftenan Muda KRS Mohammad Fakhruddin bin Jusoh
Ketua Jurulatih KRS Daerah Hulu Selangor
Leftenan Muda KRS Hasliyana Bt Mohamed Yusoff
Pegawai Teknikal KRS Daerah Hulu Selangor
Leftenan Muda KRS Puan Shik Kuan
Pegawai Istiadat KRS Daerah Hulu Selangor
Leftenan Muda Akmam bin Junaidi Pegawai Logistik KRS Daerah Hulu Selangor
Leftenan Muda Mohd Rizal Mansur
Pegawai Data KRS Daerah Hulu Selangor
Leftenan Muda Divya a/p Arumugam
Pegawai Dokumentasi Daerah Hulu Selangor
6.6 Tentatif Program
| 8.00 – 10.00 | 10.30 – 12.30 | 2.00 – 4.00 | 4.30 – 6.30 | 9.00 – 11.00 |
9/9/2009 KHAMIS | | PENDAFTARAN | TAKLIMAT | ||
10/9/2009 JUMAAT | PERANAN/TUGAS/ TANGGUNGJAWAB TKRS | TATACARA BERPAKAIAN | KOMPAS/ IKATAN | RIADAH | BANTU MULA |
11/9/2009 SABTU | KAWAD KAKI | TRACKING DAN IKHTIAR HIDUP | RIADAH | MALAM KEBUDAYAAN | |
12/9/2009 AHAD | KhIDMAS | PENUTUP | BERSURAI | |
TARIKH | MASA | SLOT | PEGAWAI BERTUGAS |
10/9/2009 JUMAAT | 8.00 – 11.00 PG | PERANAN/TUGAS/TANGGUNGJAWAB TKRS | EN. FAKHRUDDIN EN. KHAIRUDDIN |
2.00 – 4.00 PTG | TATACARA BERPAKAIAN | CIK PUAN SHIK KUAN | |
4.30 – 6.30 PTG | MEMBACA KOMPAS/IKATAN | CIK HASLIYANA | |
9.00 – 11.00 MLM | BANTU MULA | EN. AKMAM | |
11/9/2009 SABTU | 8.00 – 10.00 PG | KAWAD KAKI | EN. MOHD RIZAL |
10.30 – 4.30 TGH | TRACKING DAN IKHTIAR HIDUP | SEKRETARIAT | |
9.00 – 11.00 PG | MALAM KEBUDAYAAN | SEKRETARIAT | |
12/9/2009 AHAD | 8.00 – 10.00 PG | KHIDMAS | CIK DIVYA |
7.0 KEWANGAN
7.1 Anggaran Perbelajanan
Makan dan Minum RM 8.00 x 100 x 4 hari RM 3200.00
Bahan Kursus RM 5.00 x 100 RM 500.00
Persediaan Tempat RM 200.00
Cendermata Perasmi RM 50.00
7.2 Pembiayaan
PPD Hulu Selangor RM 3950.00
Setiap orang murid yang menyertai perkhemahan ini adalah dibiayai sebanyak RM39.50. Kelulusan PPD akan memberikan pembiayaan daripada peruntukan aktiviti ko-kurikulum setiap sekolah yang terlibat.
8.0 PENUTUP
Kelulusan peruntukan bagi program ini diharapkan dapat merealisasikan harapan untuk memperkasakan TKRS Hulu Selangor khususnya ahli-ahli kadet TKRS setiap sekolah di Daerah Hulu Selangor. Program ini amat besar maknanya bagi TKRS Daerah Hulu Selangor demi memastikan pasukan badan beruniform ini mampu berfungsi sebagai pembina sahsiah dan jati diri ahli-ahlinya.
Disediakan oleh :
________________________
( PUAN AZLINA BT DARUS )
Setiausaha Program Perkhemahan TKRS Daerah Hulu Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan